LAZADA

Showing posts with label kesengalan berganda. Show all posts
Showing posts with label kesengalan berganda. Show all posts

Tuesday, May 8, 2012

... upgrade! ...

assalamualaikum!!

korang pasan tak kt atas dashboard block korang kan ada yang suh upgrade dashboard kan?

cm ni!

aku dah try dh dashboard baru tuh kan..

peh!!!!!!!!!!! sooooooooo complicated kot! aishh!

*aku ni kuat pulak mengeluh..haihhh! jgn kwen dgn org tua dh la..haihh!*

korang dah guna ke? aku nak tanye pendapat ni..okeh tak??amacam???agak blur tak???

masa fb aku bertukar jadi timeline kan..aku rasa cam. WTHack?? dan ak pon tak on seminggu..haahha..siyesly..smpai kan ada org post ko dh lme tak on9 ehh..hahahaha!

err...apekah perasaan pkai dashboard br??terasa cm new born kah??hahha!

oh!! tiap entry aku pasti ada gelak kan??entah ape yg lawak pon ak xtau la..what a weirdo..

k la..nanti aku stori lg ehhh!

TTFN!

Saturday, February 25, 2012

... perli-perli semasa berniaga elok ke? ...

assalamualaikum...

entry ni kurang sikit panas. ini hanya peringatan untk aku, kau, kau, dan kau.

even aku ni taklah tua dan taklah muda tapi usia aku ini sudah boleh kawen dan ada anak satu dah. sepatutnyer lahkan. hahahha! *oh beshnye!*

pagi tadi aku pergi pecahlaju *breakfast* dengan abah, mama, adik-adik dan anak-anak buah aku la kan. pegi kedai itu idak ler ramai orang but the service are TOO TOO TO SLOW!

siyes terlalu slow. even orang yang nak g kerja pon leh jadi lambat.

aku bukan nak menghancurkan rezeki orang. bukan. aku dulu sebelum kerja jadi kerani ni. sume kerja aku pernah buat kecuali as a operator pengeluaran laa kan. kecuali tuh. aku dahulu pernah keje kedai makan, jual baju, promoter dan jual air. u name it and aku ada pengalaman. sape cakap aku tak suka kerja? suke! lagi2 kalo bos yang bole berkompromi dengan kite. hangpa tak suka ka? tipu la tak suke kan..

point aku nak citer is, bile hang mau menjadi pelayan or promoter or ape2 aje yang berkaitan dengan pelanggan, please be nice. aku tahu ini akan ada orang cakap, "Ala! cmne kalo pelanggan kurang ajar cm kt KFC I-City tuh?" okay, yang itu memang pelanggan itu salah sebab kurang ajar. tapi macam mana kalo pelanggan tak ramai tapi pekerja kurang ajar?? macm mana? macam mana kalau pelanggan dah tunggu more 30minit tapi pelayan cakap perli-perli?

as like poagi tadi, memang slow gile. dorg more to bungkus. kenapa tak buat gilir-gilir? sekeping masuk bungkus, sekeping masuk pinggan. kan besh? ini tidak!!!

nak tahu ape budak2 tuh cakap?
"kalau nak cepat, pergilah kedai mamak. roti semalam."

ikutkan hati aku memang nak sound. tak kisah lah depa nak citer pasal siapa pon tapi time tuh memang aku tunggu lama. THEY SHOULD APOLOGIES! not rude!!!

perlu ke kurang ajar cm itu? rezeki tuh Allah dah bagi patut bersyukur. dan the point is awak dah salah patut nice la. kalau Allah tuh bayar cash la kat korang. nak buat cmne?cmne? rezeki putus lak tuh.aaa! mati kebulur lah kau kan!!!

dulu aku pernah kena dgn promoter JUSCO ni. *hah! amik ko!*. ada satu baju ni canteq. cm bese la aku suke windows shopping aku test mcm tuh kt badan tetbe ada suara cm sial berkata,"hah!canteq sgt la tuh kan kak."..kbtln adik aku pggl dan aku ckp kt adk ak,"mi, canteq kan." adik aku jwp cnteq".
siyes aku sleng orang tuh sampai ilang pandangan. ehh! awak dengan customer cmtuh memang susah la kan rezeki ko! mulut cm CILAKA!


aku dulu pernah keje kedai kaya ball dan waffle. korang paham-pahamlah kan kalo dah keje kedai makan cam aku. NON-STOP beb! letih sangat-sangat. tapi aku puas. memang ak pernah kena mara dengan customer sebab lambat. tapi dah benda tuh masak. aku bukan suka-suka hati nak slow.kang kalo tak masak, nanti dorg return lak. kan dah susah. sape nak jawap dengan bos? return pastuh nak duit pulak tuh. hah!cmne?

siyes aku sabar dan layan kan aje. then siap ada yang blah time order tuh. aku dah cakap awal-awal, ramai orang ni. lama sikit ek. tggu tau. sorry. then org tuh accept my apologies. see! simple!

ahh! budak pagi tadi tuh pon kebanyakannye lelaki. darah panas. cakap ikut nafsu.

tak kisahla. selagi customer tuh tak maki tak campurkan isu kaum or whatever. kalo boleh sabar, sabar. kalo boleh mintak maaf. kalo tak dapat nak ikut kehendak dorg reject dorg. ada paham?

and u as pekerja or yang berunding dengan customer. U SHOULD BE NICE!!


Friday, January 13, 2012

... he engaged already ...

Assalamualaikum...

ini kisah lama. kalau nak tahu lebih lanjut before engaged ini sila klik SINI.

kes ini memang dah lama. kalau boleh aku tidak mahu ingatkannya. tapi. cuma aku banyak terkilan sebagai seorang kawan. itu sahaja. salah ke kawan nak tahu yang hang tuh dah ada GF? salah ke kawan tuh nak tau yang hang tuh nak bertunang dengan GF?

even benda tuh lambat lagi berlaku. tapi ia akan berlakukan? kenapa tak boleh share dengan kawan? kata kawan. tapi smeuanya BULLSHIT laa!

memang betul ada beza antara cinta dan suka. cuma kita terlalu buta untuk sedarnya. oh! kenapa dahulu kau kata pada aku yang KITA AKAN MENJADI KAWAN SAMPAI BILA-BILA??? oh kau jantan penipu!!!!!

kau tunang pon tak habaq kat aku? ape ko ingat nanti aku sentap ke ape??? yee! dahulu aku memang ada suka kat kau. tapi itu hanya mainan!!! atau mungkin sebab aku selesa berkawan dengan kau! *oh! aku sungguh marah*.

ye! memang akan ada orang cakap yang itu hak kau. tapi cuba kau ditempat aku! oh lupe jenis manusia macam kau memang tak ada hati dan perasaan kan?? aaaaaaaaa! dasar!!!

sekarang kau dah jadi tunang orang. aku doakan kebahagian kalian. aku tak kisah la kau nk tunang ke ape ke. aku ingat lagi masa mula-mula kita berkawan. aku awal-awal dah tanya sama ada kau sudah ada teman wanita atau tidak. kau hanya diam seribu bahasa. damn! aku stupid kot!!

SHIT!!

*okay stop!*

aku sudah tidak mahu marah-marah lagi. so sampai di sini sajalah cerita kau di belog aku. hah! kau tidak layak sepatutnye masuk dalam belog aku ni. bukan encem pon.hahahha! citer pasal BF aku lagi terbaik kan??hahaha!
pape pon, tahniah dan saku doakan kalian kekal hingga akhir hayat. aminn~

TTFN.

diakhiri dengan Alhamdulillah~


Monday, December 12, 2011

... Selangor Cuti!!! ...

Assalamualaikum!

today is 12.12.2011 kan? yesterday adalah Besday Sultan Selangor kan. DAULAT TUANKU! well! i love my Sultan. hihi~ kan kan kan!

sebenarnya aku agak kecian kt sultan. harap post ini tidak menjadi isu besar oke. ini cuma luahan, andai ada terislap sume harap dimaafkan dan dibetulkan.

baiklah aku mulakan.

semalam pagi masa aku tengah bekpes aku baca paper di meja tulis bapak aku. fuhhyooo! bapak aku ada meja tulis. tapi ak ada meja mekup.hahahaha! disitukan ada paper so aku selak-selak sehelai demi sehelai untuk baca la. tapi mood aku baca paper bukan disiang hari, hanya pada waktu malam. so aku hanya baca tajuk beso2 pastuh aku tengok gambo-gambo seperti hp, kamera dan lappy and others la kan. ihihihih~

nak dipendekkan cerita tetibe aku nampak lah wajah SUltan Selangor yang kacak. cume aku agak sedih melihat die bukanlah FULL PAGE! tapi dia hanya HALF 1 PAGE! paham-paham la kan. pastuh black and white.

kenapa macam itu? SUltan negeri lain boleh pulak letak 1 page o 2 page dan siap warne kuning la tuh!!!

mungkin Sultan Selangor suruh save bajet kot. mungkin. so the right tjhing is think positif la kan.

mungkin la kan. tapi tidak mengapalah harap Sultan panjang umur. aminn!

dan hari ni aku cuti kul 9 pagi lak tetibe terasa nak g Broga lagikan. mendaki. pehh! hebat kalo lepaskan geram ni, tapi memandangkan noon sangat dah ni tak mengapalah. aku pergi ke Bagan Lalang lah kejap lg kan. ehh! petang nanti. huhuh~ mahu tangkap gambo kan. wahh! harap pemandangan cantek dan tak ujan. aminn~!

wait my picture if aku rajin nak tnjuk gambo la..ihihihi~

TTFN!

Wednesday, December 7, 2011

... elok ke membuat fitnah? ...

Assaalamualaikum.

okay aku hari ini nak citer pasal orang-orang belog ini suka bebenau buat cerita. aku ingat kan melodi je HOT HOT HOT. rupenye belog nih lagi HOT!!

okay aku sudah hampir seminggu la dapat emel pasal SYELLA KAMARUDDIN TUH. aku pon tak la kenal beliau. dia pon bukanlah sedara aku ke hape ke. tak ada lah. cuma sama-samalah kita kurang kan fitnah sesama islam.

ramai manusia yang nak tahu sangat-sangat siapa husband Syella ni kan? sampai ada yang buat fitnah yang husben Syella tuh Tan Sri Musa. Astagfirullah. korang ni. tak ada kerja lain ke? kornag ni press ke?

kalau di surat khabar dan majalah dok sibuk nak lakukan jualan dengan citer-citer sensasi. kat belog pon same! aishh!

sebenarnye kan aku tak kisah la sape2 pon husben Syella ni. suka hati depa laa nak 15juta ringgit ke. bape2 ke. dorang tak minta kornag duit kan? tak payah la nak amik tahu sape husben die. wat dosa kering aje dok fitnah kan? ape teka-teka tuh bukan fitnah ke? ehh! oleh sebab korang cakap mula-mula syak husben die tuh Tan Sri Musa tuh, bole merobohkan masjid orang lain tau.

Perlu ke tahu sape husben Syella? cukup laa die dah gtau yang dia dah kawen. memang la kenduri tuh perlu diumumkan. tapi kalo dah desak suh orang menceritakan benda yang dorang tak nak cerita, tuh jangan la memaksa. dorang baru kahwin. dah korang dok serbu.

ehh! aku yang baca kisah Syella ni pon naik rimas tau. ciss! tak pasal-pasal aku yang baca emel pasal ni pon dapat dosa tau. aku tak forwardkan emel-emel tuh. malas! benda tak ada faedah langsung! cam S**T!! tau tak?!!

aku bukanlah nak bekup si Syella ni. lagi pun dia ada salah gak. membuka aurat. tak mau la cakap tuh pasal dosa die kan. tapi die tak patut seksi. kan dia wanita. pastuh membelanjakan yang banyak kan dalam islam tidak digalakkan. pasal pengumuman kan cukuplah kalau dia nak ajak yang terdekat. lepas tuh kat luar sana bila orang tanya dah kawin ke belum, cakap ajelah dah. ape susah. xnak ngaku tanggung la dosa sendiri.

aku kecian kat korang yang dok sibuk kain org. kain sendiri tak sedar. kita ni umat akhir zaman, udah-udahlah dosa tau memaksa org tuh. cer la paksa Syella tuh tutup aurat. kan best cikit. aku rasa tak dosa kot. *err? tak kan? memaksa orang menutup aurat?*

rimas tol ak dapat emel pasal syella ni. cer la emel kt aku activity shaheizy sam. bole la ak tgk depa dok shooting. hahahha! kan kan kan?

sama-samalah kita renungkan benda ini. doakan la meke laki bini bahagia hingga akhir zaman, amin!! dan moga Syella tutup aurat. amin! aku nak nasihat depa panjang-panjang pon bkn depa kenal aku. huhu~ just doakan untuk awak as sesama islam.

p/s: jika aku ada kesilapan kata di post ini, sila betulkan. *peace no war!*

Saturday, November 26, 2011

... Domo face's! ...

salam Awal Muharram to all Muslims and muslimah!!!

okay. a nite yang aku bukan nk citer pasal tahun baru ini. huhuu~ senanr nye memang nak citer gak la kan? azam baru aku ape. tapi nantilah. sebab aku pnye azam br ni byk gak la kan. but still tak berubah macam dulu. hahaha! okay lah. moh ler kite citer ek ape kesah entry aku mlm nih!!!

*pehh!ape la yg aku bubbling ni ek!!*

tadi masa aku men fb kan. ada kawan aku mention name aku dalam link die. sangat-sangat comel gambo itu!! dan aku amat-amat menyukai nya!! weeehuuuuU!!

ini dia!!!

comel kan? kata kawan sy ini semua muka-muka saya!!hahahahhahhah! memang setuju sangat sangat kan!!!!!

korang rase ia comel tak? senanrnye bagi aku domo ini bukanlah comel tapi comot!!!!
dan aku like sangat sangat even abah aku cakap ini toyol jepun!! hahahahaha!

ok. itu saja bubbling aku!hahahha!

kbai!

Monday, October 24, 2011

... unplanned vacation ...

assalamualaikum.

last month pada week yang last, aku dan famili telah pergi vacation! err! citer sudah basi baru mahu dikongsi? haha! maaf la ek. kesibukan *padahal tidur sahaja* telah melanda dalam diri. well, apa boleh buat. mahu cari duit kan. haha. duit nak kawin mungkin. hihi.

tentang vacation aku. meh la tengok gambo tak seberapa ini. enjoy!
my mama and abah. drive to Lumut!
dalam kereta ada lak nyamuk maka aku telah pukul ia dan mati melekat. hiihihi~

Alhamdulillah. sudah sampai Pangkor jeti. nice view! macam sudah lama lak tak sampai, padahal tahun bulan 6 hari tuh baru saja pergi. hihihi.

sesampai saja sudah tengahari. maka kami pegi cari kedai makan. dan makan lepas tuh pegi pantai kejap untuk ambil pemandangan yang hebat! dan aku tulis nama aku dipasir seperti di atas. hihihi.

the next morning. ada lak hornbill. kan kan kan? depa ni ada waktu pagi saja. time ni kami nak g cari kedai makan. perh! ada satu kedai makan ni kan mahal nak mampooos! nasi lemak telur goreng rm3.50. kata kedai koperasi. kasi la murah cikit. ni tak. hurmm. nak kata sedap, cam makan nasi biasa aje. tak apalah. sudah makan pun.

waktu petang. canteq kan? very nice laa!

sama je macam atas punya view. hihihi.

itu gamat! sudah mati. geli oke bile terpijak kalo tak perasan!

mandi time! best. aku mandi kat tempat ada batu hadang. so air ombak tidak terlalu kuat. besh wooo. aku mandi dengan adik aku aje. hihihi~

this is pantai!!!

seeking ketam. hohohoho~


smart tak aku edit? hihihi~

oh! di pantai adalak rumpai laut. maka aku lak ada kretiviti aku nih mengukir nama aku. haha! bijak tak saya??

ini versi lain pulak. hihihi~

err? layan aje la gambo-gambo ini ek.hihii~


so nak balik dah. sebab only 1 nite saja. but its very-very fun. part yang funny aku lompat dan jatuh. konon nak tunjuk terer. hahhaha! adik dan mama dan abah dok bantai gelakkan aku je. =__=" malu nau. nasib tak ada orang nampak. hahhahaha! lawak-lawak!

i will miss this jeti. really-really miss it. lagi-lagi part aku tengah emo gile-gile ni. aiishh!

di sini i want to say thanks to my mum and dad sebab bawak anak dia ni pegi vacation! weee! thanks sebab macam tau-tau saja anaknya ini tengah frust! hahahahah! very-very beshh!

thanks mum & dad. love yuh!!!

… numb …

ada banyak benda aku nak luahkan. Tapi aku takut aku tak kuat dengar kritikan orang. 1st im not a good mother. Dan takkan jadi yang terbaik....