LAZADA

Showing posts with label blog aku. Show all posts
Showing posts with label blog aku. Show all posts

Friday, June 15, 2012

... New Boss AGAIN? ...

Assalamualaikum!

sudah lama kot ak tak hapdate entry baru ni. kebizian keje menjadi-jadi kot. haih! coming June and new car and naik pangkat, sesuatu yang mengejutkan tapi bersyukur kerna Allah bagi kite rezeki kan? aminn.

dalam masa tak sampai 6 bulan pas boss pertama aku berenti kan. aku sudah ditukarkan bos sebanyak DUA kali. tajuk entry cam banyak kali kan?haha! tapi masalahnya tak sampai 6 bulan okeh. awal March bos pertama aku resign. sekarang kan June so TIGA bulan aje??

gila ahh! company aku ni. chooi! memang buat mood aku langsung tak meriah okeh! hate it! sepatutnta aku resign aje kot. environment baru laa besh kan? hahaha! orang lain ditukarkan bos dalam masa 6 bulan selepas. aku? hampeh punya atasan. ceh!

aku agak sedikit trauma bila dapat bos lelaki melayu. haha! sebab aku sememangnya tak selesa okeh. aku ada satu kisah di mana ia berlaku di kilang previous aku keje. ada exec ni. department aku laa kan. dia dah kawin dan ada 3 or 4 orang anak kan, then aku hormat dia as seorang abang yang dah kawin la kan.

tapi ku sangka kan tengahari hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari. Exec tuh GATAL!!! die boleh pulak nak rapat-rapat dengan aku pastuh nak sentuh-sentuh aku! oh please! geli okeh! pastuh kan dia sentuh telinga aku!! aku dah la pakai tudung kan. memang la nampak bentuk telinga kan sebab aku pakai anak tudung half. aku tak selesa if telinga tak kuar kan. *orang pekak sedikit memang cam ni kan* die sentuh telinga aku tuh kan, aku menjerit, lintang pukang dia lari. teruk kan?

then ni bila aku ada bos lelaki melayu, dan dia tuh memang sedikit gatal kan, but i still kena hormat dia la kan as boss aku kan, so aku pun okeh la. tak die tak gatal kot. hope so. maybe dia cume mesra aje kot.haha! *think positif ni*

dulu bos aku cina aje pon. ada la sorang bos melayu aku ni. ex-bos la.die masuk department aku kan, aku sorang aje kerani. suma nak bagi aku kerja gile melambak. then bos aku yang hired aku mule-mule tuh akn, dia pon cakap ape tah kat bos melayu aku tuh, terus bos melayu aku tak banyak minta tolong kat aku.

majoriti bos aku cina. yang sekarang ni perempuan cina. dan minggu depan bos melayu lelaki. hurmm.. aku ni masa kecik-kecik dengan perempuan aje until my age 9month, baru abah balik dari jepun. siapa iqomat pon atok yang buat. abah tengah keje kot masa tuh. habis mama pantang, abah terbang g jepun. lepas tuh after 7 month (aku 9month) baru abah balik. cer pikiaq, tak ke mase tuh aku dah kenal mama dan kakak-kakak aku aje! perempuan okeh!

until dah besar kedabaq ni aku kurang mesra dengan abah. still dengan mama. but kalo nak beli barang kan, haha! abah laa jadi mangsa. haha! thats is my life yang penuh dengan kepelikan. pelik ke? tak kan? ada lagi human lain lagi pelik dari aku.

so means, aku kureng selesa berkawan dengan lelaki sangat. kawan lelaki aku satu aje. bercinta pon ni baru ke-2 sepanjang umur aku 23 tahun. *belum genap*

well itulah kisah aku dan bos baru. eleh! bos baru ke? bos lama kot. dia kena transfer aje kot.heh!

k laa. sudah magrib.

TTFN!

Tuesday, May 15, 2012

... Alhamdulillah, rezeki. menang tiket free ...

assalamualaikum!!

meh meh meh!! aku mau stori panas ni..agak panas laa jugak..hihihi. 

sebelum tuh ini semua rezeki..mungkin rezeki aku menang tiket free kan..tgk preview wehh! dgn retiss lagi okehh!huhuh... pasti korng tak sabarkan nak tahu aku dapat tiket free citer ape..hahaha..jangan jeles okeh! *maaf.ada riak disitu.*

 TADAAAA! 

klik kasi besar ehh.

alhamdulillah..rezeki..sbb masa tuh aku tengah main twitter..pastuh aku tetbe nmpk admin E ni ckp Tahniah kpd bla bla bla bla..then ak pelik..depa dok main ape ni tetbe menang kan..pastuh aku pon stalk la profile depa ni.. 

rupe-rupenye menang tiket preview.. 2 tiket okeh! so tak la #ForeverAlone nanti kan.hihihi. then aku tengah fikir nak ajak sapa kan.. cara nak menang adalah siapa balas tweet yang pantas okeh.huhuhu.. aku pon mengedik laa nk try kan.huhu..

meh aku stori soklan ape depa bagi..depa ada 4 soklan..so means depa ada 8 tiket free la kan..

soklan pertama:

1) namakan 4 pelakon utama dalam aku ada kau ada.

ni aku miss. kalo aku komen pon bukan aku leh jawap kan. sbb aku lupe 1 pelakon perempuan yg baru tuh. err.. ape ehh nme die?? *abaikan*

soklan ke2 lak.
2) filem ini buat kat mana. 

maknanya mana laa kan depa shooting..aku nk bls pantas laa kan..tp aku guna web twitter..dah la tgh tenet slow nk mampooos lak tuh..aku komen dh kt korea..so tggu laa 10 mint kan..then admin tuh bls nma pemenang..cnfm laa bukan aku kan..sedeh gak la..

pastuh die ckp ada lg 2 pasang tiket preview..aku dh cam..hah!!!!!!!!!!! ada lagi!!nk try..aku tggu oke soklan die..peh!! tggu tau..tak g toilet pon..nsb laa dh pas magrib depa nk buat soklan..kang kalo tggu-tunggu nanti aku terlepas solat pulak..dh rezeki terbang aje nanto kan.huhuhu..

die bg soklan cmni:

3) lagu OST aku ada kau ada.

aku balas lah BEGINI CARANYA. aku tak guna web yang lembap ini okeh.. tapi aku guna ECHOFON. sangat pantas..hihi..ada sepupu kawan aku cakap yang aku balas gune echofon tuh agak pantas..

so aku tggu laa 10 minit..pas aku bg jawapan tuh kan..aku dah macam cuak2 laa..jantung aku berdegup kencang..aku kenal perasaan ini..aku ni jenis manusia yang tinggi daya firasatnya..aku jenis cam leh baca mindset org. tapi xtau laa betul or tak. sebab orang kata manusia ini ada gelombang otaknya. kan kan kan.

aku rasa cam menang..cam tak..so aku diam2 ajelah..dalam hati dah berdoa dan tawakal. kot2 dapat jmpe shaheizy sam..mau mimpi jadi realiti kan.hihihi.

tup tup! tetbe admin tuh mention nme aku dan cakap aku menang 2 tiket FREE! tgk preview aku ada kau ada.. 

i was like WHAT!!!!!!!! really!!

alhamdulillah!

rezeki dapat barang free kan.hihih..so aku pon tengah fikir laa nak ajak sape. sebab tgk preview ni hari senin 21may dekat the curve kan. so aku kena lah half day kan. kot kot jalan jem kan. Damansara sape yang tak kenal kan. ahhaah!

oh! aku kena sampai before 8 malam..so aku kena gerak awal laa kan..huhuhuhu~~

tapi as usual kalo citer tuh hbs lambat so maybe aku kenalah ajk kawan aku yang dok area dekat dgn rumah aku kan..yela..dh laa blek tgh mlm kot..sesak2 nk tgkp gmbo kot..huhuhu...
hope bapak aku tak mara lah kan..dan selasa aku kerja.. =______="

cer bygkn aku smpai rumah jam 1 pg..pastuh pastuh cnfm laa mate ak rabak kan???gile ahh!

dan i will looks like ZOMBIE~~~

hahhahaha! pape aku bersyukur sangat-sangat sebab ada rezeki..really enjoy it..love it! 

p/s: aku peminat shaheizy sam.

 

Tuesday, May 8, 2012

... share: DIET. apa jenis darah anda? ...

Assalamualaikum!

something that i should share!!haha!

Diet berdasarkan golongan darah pertama kali diperkenalkan oleh Dr. Peter J.D´Adamo yang menjalankan penelitian pada setiap jenis darah yang menunjukkan kesan fisiologi berlaku terhadap lektin yang masuk dalam tubuh badan. Lektin adalah protein yang terdapat pada makanan, khususnya tumbuhan kekacang. Setiap protein makanan yang diserap tubuh, menurutnya hanya sesuai dengan jenis darah tertentu.

Dalam bukunya, “Eat Right For Your Type” yang diterbitkan pada tahun 1996 menerusi kajian yang dijalankan bertahun-tahun itu menjelaskan bahawa setiap individu memiliki tindakbalas yang berbeza terhadap makanan berdasarkan jenis darah yang dimiliki. Menurutnya, diet yang tidak berjaya berkait rapat dengan perkaitan ini dengan menambah bahawa lektin makanan yang tidak serasi dengan jenis darah tertentu akan membawa komplikasi buruk terhadap kesihatan individu antaranya penggumpalan sel darah merah dan pelbagai komplikasi lain.

Ini berbeza dengan pengambilan makanan yang sesuai dengan jenis darah kerana ia memberikan kesan positif antaranya keadaan emosi yang lebih stabil, mudah mengatasi tekanan dan peningkatan daya tahan lawan penyakit. Selain itu pengambilan makanan yang bersesuaian dengan jenis darah juga dipercayai dapat mengembalikan fungsi sistem tubuh dan memperbaiki metabolisma tubuh.

Darah terdiri daripada empat jenis iaitu A,B,AB, dan O.

DIET UNTUK GOLONGAN DARAH ‘A’
Dr. Peter J.D´Adamo dalam bukunya menyarankan pemilik jenis darah A mengambil diet vegetarian dengan pengambilan makanan yang mengandungi lektin yang sedikit. Ini kerana jika kandungan lektin diambil dalam kuantiti yang banyak akan mengakibatkan masalah perut. Menurut beliau lagi, golongan individu yang memiliki jenis darah A menghasilkan kandungan lendir lebih banyak berbanding jenis darah lain. Keadaan ini menimbulkan risiko terhadap jenis penyakit jenis alahan seperti asma, infeksi telinga dan gangguan pada saluran pernafasan.

Selain itu sumber makanan berasaskan haiwan seperti ikan dan ayam boleh diambil tetapi dalam kuantiti yang terbatas. Individu dengan jenis darah ini juga dianjurkan mengambil susu yang telah melalui proses penapaian seperti susu masam, krim tanpa lemak, keju alami, telur dari jenis organik atau ayam kampung (dalam jumlah terbatas), lemak (dalam jumlah terbatas, kekacang dan bijirin dan susu kacang soya. Individu darah jenis ini perlu mengambil sayur-sayuran dan buah-buahan dalam kuantiti yang banyak.

Makanan yang harus dihindarkan adalah hidangan laut berwarna putih seperti ikan siakap putih, cumi-cumi, daging lembu, daging salai, susu, keju hasil olahan industri, kacang merah, roti, kuih-muih, kek, kentang, mangga, betik, jeruk, pisang, minyak jagung dan minyak kacang tanah.

Ciri khas individu jenis darah A:

• Memiliki sistem pencernaan yang sensitif
• Perlu menghindari makanan yang daripada produk susu dan daging
• Dianjurkan menjadi vegetarian atau mengambil makanan berkadar karbohidrat tinggi, namun rendah lemak
• Mengurangkan stres dengan bermeditasi, atau berolahraga
• Cukup beristirehat

Menu diet yang dianjurkan:

Sarapan : Air putih dicampur jus limau nipis dan oat
Snek: Jus anggur / kopi
Makan Tengah Hari: Salad dan roti gandum satu potong serta teh herba
Snek: Kuih beras dua potong dan teh hijau
Makan Malam : Pasta tanpa daging campur brokoli, yoghurt dan teh herba

DIET UNTUK GOLONGAN DARAH ‘B’
Berbeza dengan individu darah jenis A, individu darah jenis B lebih fleksibel. Teori Dr. Peter J.D’Adamo menyarankan golongan jenis darah ini menghindari makanan beku atau makanan dalam tin manakala sangat menganjurkan makanan berasaskan susu yang memiliki kandungan karbohidrat yang tinggi.

Ciri khas golongan darah B:

• Dianjurkan untuk melakukan diet dengan berbagai-bagai variasi makanan, namun perlu menghadkan pengambilan daging.
• Disarankan mengambil makanan dan minuman berasaskan susu untuk meningkatkan sistem imunisasi badan.
• Olahraga yang sesuai dilakukan adalah berenang, bermain tenis, berjalan kaki dan bermeditasi.
• Untuk mengatasi stres, disarankan memiliki hobi dan aktiviti berasaskan kreativiti.

Pemilik golongan darah B sangat mudah terhadap penyakit berkaitan imunisasi dan serangan virus, mereka disarankan agar mengambil sayuran hijau yang kaya magnesium dalam kuantiti yang banyak.
Makanan yang dianjurkan adalah daging lembu, kambing kibas, arnab, ikan laut, semua produk susu kecuali ‘blue chesse’ dan aiskrim, telur ayam organik dan ayam kampung, minyak zaitun, beras merah, beras putih, makanan berasaskan beras dan buah-buahan.

Manakala makanan yang perlu dikurangkan pengambilannya adalah ayam, ketam, udang, kerang-kerangan, telur puyuh, telur itik, minyak bijan, minyak jagung, minyak biji matahari, minyak kacang tanah, minyak soya, kelapa, santan, soya, kacang tanah, biji bunga matahari, biji labu, bijan, kacang pistacio, tempe, tauhu, kacang merah, makanan berasaskan gandum, mi segera, beras pulut, jagung, lobak, tomato dan jagung.

Menu diet yang dianjurkan:

Sarapan: Bijirin dan buah pisang beserta segelas susu tanpa lemak
Snek: Jus anggur
Makan Tengahari: Sepotong dada ayam dan dua potong roti beserta salad dan teh herba
Snek: Jus limau/yogurt dan teh herba
Makan Malam : Sepotong ikan salai, sayur rebus, buah-buahan segar dan teh herba

DIET UNTUK GOLONGAN DARAH ‘AB’
Pola makan pemilik golongan darah AB adalah gabungan antara pola makan golongan darah jenis A dan B. Penyakit yang berisiko dijangkiti adalah sinus, infeksi telinga, dan gangguan saluran pernafasan. Pengambilan jenis makanan yang dianjurkan adalah hidangan laut, semua jenis telur (kecuali telur itik), susu fermentasi (melalui proses penapaian), minyak zaitun, minyak kacang soya, minyak kacang tanah, kacang tanah, semua jenis sayuran kecuali jagung, taugeh dan cendawan dan semua jenis buah-buahan kecuali jeruk.

Golongan daripada jenis darah ini, harus menghadkan pengambilan daging lembu, udang dan ikan laut, susu dan semua produk susu serta daging yang diproses. Makanan berasaskan kekacang pula perlu diambil dalam kuantiti sedikit. Kurangkan pengambilan berasaskan gandum seperti roti, kek, kuih-muih dan pasta.

Ciri khas individu jenis darah AB:

• Memiliki sistem pencernaan yang sensitif
• Disarankan untuk mengambil makanan dalam kuantiti sedikit tetapi kerap
• Untuk lebih bertenaga olahraga pada setiap pagi digalakkan

Menu diet yang dianjurkan:

Sarapan : Air limau nipis, jus anggur, roti dua potong beserta satu potong keju
Snek : Yogurt
Makan Tengahari : Dada ayam empat hirisan, salad, dua biji buah plum dan teh herba
Snek: Kek keju dan teh herba
Makan Malam : Omelet dan salad buah serta kopi


DIET UNTUK GOLONGAN DARAH ‘O’
Dr. Peter J.D´Adamo menyarankan agar pemilik darah jenis O lebih banyak mengambil makanan berprotein tinggi, mengikut diet rendah karbohidrat dengan pengambilan ikan atau daging (kecuali daging yang diolah) serta sayur-sayuran yang banyak, telur dan kacang namun menghindari produk susu dan gandum. Beliau turut menyarankan agar pemilik darah jenis ini menghadkan pengambilan buah-buahan.

Pemilik darah jenis O harus menghindari semua jenis bijirin, pasta dan nasi. Dr. Peter J.D´Adamo turut menyenaraikan jenis makanan yang perlu dihindar seperti sayur brokoli, sawi, taugeh, terung, cendawan, dan kentang. Bagi pemilik darah jenis ini, telur, susu, gandum dan kekacang tidak diperlukan memandangkan tubuh telah mendapat khasiat daripada sumber daging.

Hindari jeruk kerana ia mampu mendatangkan keracunan usus kepada golongan darah jenis ini.

Ciri khas golongan darah O:

• Memiliki sistem imunisasi tubuh yang lebih tinggi berbanding golongan darah jenis lain
• Mudah mengadaptasi berbagai makanan
• Untuk mengatasi tekanan, disarankan melakukan aerobik
• Dianjurkan untuk mengambil makanan berprotein tinggi dan rendah karbohidrat, seperti daging, buah-buahan, ikan, sayuran
• Berisiko terkena radang dan kerosakan organ seperti arthritis jika makanan yang diambil tidak bersesuaian

Menu diet yang dianjurkan:

Sarapan : Dua potong roti bakar lapis mentega dan sebiji pisang
Snek : Teh herba
Makan tengahari: Sepotong daging panggang, salad bayam dan epal
Snek : Sepotong kuih
Makan Malam : Sepotong daging lembu dan asparagus yang direbus, kentang rebus, buah-buahan dan teh herba

Hasil kajian yang dilakukan oleh Dr. Peter J.D´Adamo ini adalah suatu yang baru dan masih terdapat pertikaian daripada pakar pemakanan. Justeru, tidak melihat kepada jenis darah, apa yang lebih utama adalah mengamalkan pemakanan yang sihat.

Pemakanan sihat hakikatnya adalah mengenai memenuhi keperluan pemakanan harian dan pada masa yang sama, mengelakkan kekurangan atau berlebihan zat yang boleh menyumbang kepada risiko penyakit yang berkaitan dengan pemakanan tanpa mengira jenis darah individu. Ia meliputi membuat keputusan yang bijak tentang apa jenis makanan yang harus dimakan dan bagaimana mengamalkan tabiat makan yang sihat. Justeru, terpulanglah kepada anda sama ada ingin mengadaptasi saranan Dr. Peter J.D´Adamo ataupun tidak.

Nota : Sape2 nk diet 2 leh la refer kat sini....kalau xnk ikut pun xpe...suke ati korang la... ^_^

nota kaki: aku tak tau laa jenis darah aku ape kan..tp korang punye mesti tahu kan??hihih,...cer try..

credit!

... upgrade! ...

assalamualaikum!!

korang pasan tak kt atas dashboard block korang kan ada yang suh upgrade dashboard kan?

cm ni!

aku dah try dh dashboard baru tuh kan..

peh!!!!!!!!!!! sooooooooo complicated kot! aishh!

*aku ni kuat pulak mengeluh..haihhh! jgn kwen dgn org tua dh la..haihh!*

korang dah guna ke? aku nak tanye pendapat ni..okeh tak??amacam???agak blur tak???

masa fb aku bertukar jadi timeline kan..aku rasa cam. WTHack?? dan ak pon tak on seminggu..haahha..siyesly..smpai kan ada org post ko dh lme tak on9 ehh..hahahaha!

err...apekah perasaan pkai dashboard br??terasa cm new born kah??hahha!

oh!! tiap entry aku pasti ada gelak kan??entah ape yg lawak pon ak xtau la..what a weirdo..

k la..nanti aku stori lg ehhh!

TTFN!

Monday, May 7, 2012

... SHARE: kenapa harus wanita yang menutup aurat ...

Assalamualaikum...

something that i want to share.

kenapa harus wanita yang menutup aurat


Terkadang orang heran dan bertanya, kenapa harus mereka?

Yang bajunya panjang, tertutup rapat, dan malu-malu kalau berjalan..

Aku menjawab.. Karena mereka, lebih rela bangun pagi menyiapkan sarapan buat sang suami dibanding tidur bersama mimpi yang kebanyakan dilakukan oleh perempuan lain saat ini..

Ada juga yang bertanya, mengapa harus mereka?

Yang sama laki-laki-pun tak mau menyentuh, yang kalau berbicara ditundukkan pandangannya.. Bagaimana mereka bisa berbaur…

Aku menjawab.. Tahukah kalian.. bahwa hati mereka selalu terpaut kepada yang lemah, pada pengemis di jalanan, pada perempuan-perempuan renta yang tak lagi kuat menata hidup. Hidup mereka adalah sebuah totalitas untuk berkarya di hadapan-Nya.. Bersama dengan siapapun selama mendatangkan manfaat adalah kepribadian mereka.. Untuk itu, aku menjamin mereka kepadamu, bahwa kau takkan rugi memiliki mereka, kau takkan rugi dengan segala kesederhanaan, dan kau takkan rugi dengan semua kepolosan yang mereka miliki.. Hati yang bening dan jernih dari mereka telah membuat mereka menjadi seorang manusia sosial yang lebih utuh dari wanita di manapun..

Sering juga kudengar.. Mengapa harus mereka?

Yang tidak pernah mau punya cinta sebelum akad itu berlangsung, yang menghindar ketika sms-sms pengganggu dari para lelaki mulai berdatangan, yang selalu punya sejuta alasan untuk tidak berpacaran.. bagaimana mereka bisa romantis? bagaimana mereka punya pengalaman untuk menjaga cinta, apalagi jatuh cinta?

Aku menjawab..

Tahukah kamu.. bahwa cinta itu fitrah, karena ia fitrah maka kebeningannya harus selalu kita jaga. Fitrahnya cinta akan begitu mudah mengantarkan seseorang untuk memiliki kekuatan untuk berkorban, keberanian untuk melangkah, bahkan ketulusan untuk memberikan semua perhatian.

Namun, ada satu hal yang membedakan antara mereka dan wanita-wanita lainnya.. Mereka memiliki cinta yang suci untuk-Nya.. Mereka mencintaimu karena-Nya, berkorban untukmu karena-Nya, memberikan segenap kasihnya padamu juga karena-Nya… Itulah yang membedakan mereka..
Tak pernah sedetikpun mereka berpikir, bahwa mencintaimu karena fisikmu, mencintaimu karena kekayaanmu, mencintaimu karena keturunan keluargamu.. Cinta mereka murni.. bening.. suci.. hanya karena-Nya..

Kebeningan inilah yang membuat mereka berbeda… Mereka menjadi anggun, seperti permata-permata surga yang kemilaunya akan memberikan cahaya bagi dunia. Ketulusan dan kemurnian cinta mereka akan membuatmu menjadi lelaki paling bahagia..

Sering juga banyak yang bertanya.. mengapa harus mereka?

Yang lebih banyak menghabiskan waktunya dengan membaca Al-Qur’an dibanding ke salon, yang lebih sering menghabiskan harinya dari kajian ke kajian dibanding jalan-jalan ke mall, yang sebagian besar waktu tertunaikan untuk hajat orang banyak, untuk dakwah, untuk perubahan bagi lingkungannya, dibanding kumpul-kumpul bersama teman sebaya mereka sambil berdiskusi yang tak penting. Bagaimana mereka merawat diri mereka? bagaimana mereka bisa menjadi wanita modern?

Aku menjawab..

Tahukah kamu, bahwa dengan seringnya mereka membaca al Qur’an maka memudahkan hati mereka untuk jauh dari dunia.. Jiwa yang tak pernah terpaut dengan dunia akan menghabiskan harinya untuk memperdalam cintanya pada Allah.. Mereka akan menjadi orang-orang yang lapang jiwanya, meski materi tak mencukupi mereka, mereka menjadi orang yang paling rela menerima pemberian suami, apapun bentuknya, karena dunia bukanlah tujuannya. Mereka akan dengan mudah menyisihkan sebagian rezekinya untuk kepentingan orang banyak dibanding menghabiskannya untuk diri sendiri. Kesucian ini, hanya akan dimiliki oleh mereka yang terbiasa dengan al Qur’an, terbiasa dengan majelis-majelis ilmu, terbiasa dengan rumah-Nya.

Jangan khawatir soal bagaimana mereka merawat dan menjaga diri… Mereka tahu bagaimana memperlakukan suami dan bagaimana bergaul di dalam sebuah keluarga kecil mereka. Mereka sadar dan memahami bahwa kecantikan fisik penghangat kebahagiaan, kebersihan jiwa dan nurani mereka selalu bersama dengan keinginan yang kuat untuk merawat diri mereka. Lalu apakah yang kau khawatirkan jika mereka telah memiliki semua kecantikan itu?

Dan jangan takut mereka akan ketinggalan zaman. Tahukah kamu bahwa kesehariannya selalu bersama dengan ilmu pengetahuan.. Mereka tangguh menjadi seorang pembelajar, mereka tidak gampang menyerah jika harus terbentur dengan kondisi akademik. Mereka adalah orang-orang yang tahu dengan sikap profesional dan bagaimana menjadi orang-orang yang siap untuk sebuah perubahan. Perubahan bagi mereka adalah sebuah keniscayaan, untuk itu mereka telah siap dan akan selalu siap bertransformasi menjadi wanita-wanita hebat yang akan memberikan senyum bagi dunia.

Dan sering sekali, orang tak puas.. dan terus bertanya.. mengapa harus mereka?

Pada akhirnya, akupun menjawab…

Keagungan, kebeningan, kesucian, dan semua keindahan tentang mereka, takkan mampu kau pahami sebelum kamu menjadi lelaki yang shalih seperti mereka..

Yang pandangannya terjaga.. yang lisannya bijaksana.. yang siap berkeringat untuk mencari nafkah, yang kuat berdiri menjadi seorang imam bagi sang permata mulia, yang tak kenal lelah untuk bersama-sama mengenal-Nya, yang siap membimbing mereka, mengarahkan mereka, hingga meluruskan khilaf mereka…

Kalian yang benar-benar hebat secara fisik, jiwa, dan iman-lah yang akan memiliki mereka. Mereka adalah bidadari-bidadari surga yang turun ke dunia, maka Allah takkan begitu mudah untuk memberikan kepadamu yang tak berarti di mata-Nya… Allah menjaga mereka untuk sosok-sosok hebat yang akan merubah dunia. Menyuruh mereka menunggu dan lebih bersabar agar bisa bersama dengan para syuhada sang penghuni surga… Menahan mereka untuk dipasangkan dengan mereka yang tidurnya adalah dakwah, yang waktunya adalah dakwah, yang kesehariannya tercurahkan untuk dakwah.. sebab mereka adalah wanita-wanita yang menisbahkan hidupnya untuk jalan perjuangan.

Allah mempersiapkan mereka untuk menemani sang pejuang yang sesungguhnya, yang bukan hanya indah lisannya.. namun juga menggetarkan lakunya.. Allah mempersiapkan mereka untuk sang pejuang yang malamnya tak pernah lalai untuk dekat dengan-Nya.. yang siangnya dihabiskan dengan berjuang untuk memperpanjang nafas Islam di bumi-Nya.. Allah mempersiapkan mereka untuk sang pejuang yang cintanya pada Allah melebihi kecintaan mereka kepada dunia.. yang akan rela berkorban, dan meninggalkan dunia selagi Allah tujuannya.. Yang cintanya takkan pernah habis meski semua isi bumi tak lagi berdamai kepadanya.. Allah telah mempersiapkan mereka untuk lelaki-lelaki shalih penghulu surga…

Seberat itukah?

Ya… Takkan mudah.. sebab surga itu tidak bisa diraih dengan hanya bermalas-malasan tanpa ada perjuangan…

Tuesday, April 24, 2012

... SHARE: Amalan Pengasih Suami Isteri ...

Assalamulaikum!

benda ni aku dapat dari kawan aku. depa dok kan suke main email-email. itu laa part yang hebat kalo ada email.haha! main email ajelaa mampu..FB, Twitter sume dah kena block.

Amalan Pengasih Suami Isteri

Mereka yang telah mendirikan rumahtangga pastinya inginkan keluarga yang bahagia dan harmoni. Dalam Islam, untuk mewujudkan kebahagiaan di antara suami isteri, tidak perlulah isteri atau suami mencari ilmu pengasih yang adakalanya lebih memudaratkan. Malah ada yang mendatangkan syirik dan bertentangan dengan agama. Jika suami isteri jujur dan ikhlas ingin memperolehi kerukunan rumahtangga, terdapat beberapa amalan yang patut dipraktikkan iaitu:
1. PANDAI MEMIKAT HATI – Ini bukanlah bermakna menggunakan kepintaran dan kebijaksanaan semata-mata. Masing-masing perlulah mencari jalan supaya pasangan berasakan dirinya benar-benar disayangi dan dicintai. Ucapkanlah kata-kata yang lemah-lembut dan menyenangkan diiringi senyuman yang menggambarkan kasih sayang dan kemesraan yang tak berbelah-bagi. Lakukanlah sesuatu kerja dengan ikhlas dan jujur kerana dengan itu akan menimbulkan kasih sayang yang abadi di antara suami dan isteri.
2. PANDAI MENYESUAIKAN DIRIMenyesuaikan diri dalam sebuah rumahtangga adalah merupakan suatu usaha yang penting. Suami isteri perlulah memahami pasangan dan hendaklah sedaya-upaya menutup kekurangan pasangan masing-masing. Sikap bertolak-ansur dalam menerima kelemahan pasangan adalah suatu pengorbanan yang besar kerana setiap manusia pasti ada kelemahannya. Namun suami isteri perlulah cuba membaiki diri dengan kerelaan dan kesedaran.
3. SALING HORMAT-MENGHORMATI - Suami isteri perlulah saling hormat-menghormati, menjaga maruah dan peribadi masing-masing. Kritik-mengkritik atau keji-mengeji adalah racun berbisa dalam rumahtangga dan boleh menyebabkan perceraian. Jika ingin menasihati, gunakanlah kata-kata yang lemah-lembut yang tidak mengecilkan hati dan perasaan.
Dalam hidup berumahtangga, suami isteri perlulah menghargai segala usaha dan jasa yang dicurahkan kepada mereka. Janganlah memandang sepi segala usaha dan pemberian yang telah kita nikmati. Isteri janganlah suka melahirkan perasaan tidak puas hati diatas kehendak dan permintaan yang tak dapat ditunaikan suami. Mintalah sesuatu yang mampu diberikan suami dan bukanlah sesuatu yang diluar kemampuannya. Segala yang diberi, perlulah dihargai walaupun pemberiannya kecil sekalipun.
4. CINTA-MENCINTAI – Setiap manusia dikurniakan perasaan semulajadi iaitu perasaan cinta dan kasih sayang. Cinta merupakan pakaian hidup. Suami isteri mestilah berusaha mencari jalan untuk memupuk dan memperbaharui cinta supaya rumahtangga sentiasa dalam keadaan bahagia, aman dan ceria. Cinta hipokrit atau cinta palsu tidak akan membahagiakan jiwa, sebaliknya memusnahkan. Hanya cinta suci adalah cinta yang abadi. Oleh itu, janganlah kita berpura-pura mencintai seseorang kerana itu ibarat kita bermain dengan api.
5. BERTIMBANG-RASA - Sikap bertimbang-rasa perlulah disemai agar kemesraan terjalin. Ia memupuk perasaan kasih dan sayang di antara suami isteri kerana dengan bertimbang rasa perbalahan dan rasa tidak puas hati dapat dielakkan. Sekiranya isteri penat, suami perlulah membantu isteri melaksanakan tugas di rumah. Begitu juga dengan isteri, janganlah memaksa suami menurut segala kehendaknya tanpa bertimbang-rasa.
6. BERMUKA MANIS – Mengiringi suami ke pintu rumah serta mengucup mesra ketika suami keluar kerja dan menunggu suami pulang kerja dengan wajah manis merupakan suatu penghargaan terhadap suami. Hati suami akan sentiasa riang dan bertambah sayang. Kesopanan yang ditunjukkan pula akan mengeratkan kasih sayang. Perkara kecil yang menjadi punca perbalahan janganlah diperbesarkan. Lupakanlah segala perkara yang remeh-temeh dengan menanam sikap pemaaf.


TTFN!


…: Usagi Kechik :…

Friday, April 20, 2012

... study dan kerja jauh beza ...

assalamualaikum!

post ini saya hanya mahu menceritakn ape yang saya rasa. harap anda yang membaca ini tidak terasa, kalo terasa, sy minta maaf.

study? semua orang pernah jadi student kan? tak kisah la sekolah ke, universiti ke, janji we call it student or universiti student. am i right? hahaha!

kalau orang kata "ko ni keje aje lebeh, tp xde duit." u should say it RIGHT!! nak tahu tak, masa sekolah kan. STPM aje kan, memang kaki jalan. duit sentiasa ada. lagi-lagi aku dapat biasiswa kan. so kaya tuh tak ingat laa kan. besh laa jugak.

dan bila sudah start kerja, semua berubah. parents sudah tidak hulur duit. 1sen pon tak bagi. cuma mama aje ada bg aku rm150 untuk modal kerja. tuh duit g n balik kerja. makan? sendiri mau ingat laa duit mne nak cari.

banyak beza study dan kerja. when we all start working, secara automatik dalam otak, KERETA. melainkan anda sudah memiliki kereta time belajar kan? tapi tipulah kan kalau anda tidak trniat untuk membeli kereta lain kan? who knows our future?

tapi kalau grad Degree, aku rasa tak ada masalah gaji aku rasa. masuk2 kerja pas grad pon basic sudah ada 2.3k or 1.8k kan? ape kesah kan??

nak tahu tak, akan datang nanti Bank Negara akan menyekat orang yang nak loan kereta. depa hanya benarkan mereka yang bergaji 2k ke atas sahaja layak untuk loan kereta. siyesly! btl! aku tak tipu.

sepupu bapak aku kerja kat proton. depa sendiri cerita kat kiteorg. susah nanti. bank akan kira-kirakan utk kita. dari gaji kita kan, depa akan tolakkan rm850 utk life kite. dan kena ada lebeh rm1.3k utk membeli kete.

means rm2k laa kena ada kt tangan.sbb bank akan siap2 tolak 850 utk life kite yang semakin mahal ini!!!

tak kisah laa kete 2nd or baru..cmtuh laa gamak nye..huhuhu...

kereta 2nd.. loan kete 2nd lagi mahal dari keta bru. tau tak? kawan aku kerja bank sendiri cakap loan kereta 2nd dorg akan charge about 5%++..kalau kereta baru tak akan sampai 3.5%++.

aku tak paham dengan negara ini. depa paham ker tak maksud 2nd atau dalam bahasa melayunya, kereta terpakai!!! negara kita ini tak laa ramai yang mampu...oleh sbab kurang mampulah dorg beli kete 2nd sbb ingtkan murah.. tp kalo bunganya membabi buta mahal, better tak payah beli 2nd..baru ada dah..tp masalahnye kalo ada 10k org cm aku ni yang sedar diri yang gaji ciput tuh cmne pulak???

camne??camne??aku sedar la weh diri aku. gaji tak cukup nak bayar itu ini. ehh! ingat aku tak ada angan-angan ke?? ada la wehh! aku pon manusia jugak. bukan robot pon. tau tak!! ciss! cilakozz!

entah laa..aku tak paham.. nasib baik parents aku membantu..nk harapkan gji ciput aku aje memg tak laa jawapnye..mesti aku hanya nek moto..pas kwen pon nek moto..nk terberanak pon nek moto..dh ada baby pon nek moto..cian giller kt anak aku..huhuh...

dah laa...yang sudah membaca ini sendiri laa sedar..masing-masing ada akal kan??sendiri laa tau cmne life kan?? bak kata orang, sendiri ketuk kepala, sendiri sakit. sedari diri itu! jangan kerana duit, sumenye kite buta..keperluan atau keinginan  berbeza..sangat-sangat berbeza!! ada paham??

k laa..sudah tamat membebel aku ini.ahhah!

TTFN!

... Perbezaan Lebah Dan Lalat, Dengan Orang Mukmin Dan Munafik ...

assalamualaikum...

seperti biasa something yang aku kan share dr kalian..

aku copy paste from HERE!

so lets read!

Perbandingan lebah dan lalat seperti orang mukmin dan orang munafik. Kebanyakan sifat yang ada pada lebah ada pada diri orang mukmin. Manakala sifat yang ada pada lalat ada pada diri orang munafik. Apabila kita melihat kepada lebah dan lalat, subhanallah! tiada perbezaan antara kedua-duanya. Kedua-duanya mempunyai rupa yang hampir sama, boleh terbang, dan berada di taman dan ladang yang sama. Tetapi, perbezaannya terdapat pada sifat-sifat; sebagai contoh manusia ada yang mukmin dan ada yang munafik walaupun berada di tempat yang sama. Sifat lebah menyerupai sifat orang mukmin manakala sifat lalat menyerupai sifat munafik. Mari kita perhatikan;

Pertama
Lebah dan lalat apabila kedua-duanya memasuki taman ke mana tempat yang mereka tuju? Lebah pastinya akan mendapatkan bunga-bungaan tetapi lalat akan hinggap di tempat yang kotor.

Kedua
Makanan lebah daripada madu-madu bunga manakala lalat pula daripada najis dan kotoran.

Ketiga
Lebah menyukai amal jamai’ atau kerja berkumpulan manakala lalat suka membuat kerja seorang diri.


Keempat
Lebah mempunyai wala’ kepada ketuanya tetapi lalat tidak mempunyai ketua untuk diikut kerana mereka hidup secara individu. Orang mukmin mempunyai wala’ kepada Allah, Rasul, dan orang-orang soleh manakala orang munafik hidup sendiri tanpa ketaatan kepada sesiapa.

Kelima
Lebah antara sifatnya menghasilkan madu manakala lalat menghasilkan kotoran. Orang mukmin apabila menghadiri majlis ilmu mereka akan menyampaikan kepada orang lain ilmu yang dipelajari tetapi munafik apabila mendengar suatu perkara buruk, mereka akan ‘jaja’ perkara itu kepada orang lain.

Keenam
Lebah menghasilkan ubat dan kesembuhan manakala lalat hanya memindahkan penyakit . Orang mukmin apabila berada di suatu majlis dan mendengar perkara kebaikan, mereka akan sampaikan kebaikan itu kepada orang lain. Tetapi, orang munafik hanya menimbulkan permusuhan antara manusia.

Demikianlah perbandingan yang boleh dibuat antara orang mukmin dan orang munafik. Wallahu alam.

Nota: ada paham? so nak jadi lalat ke atau lebah? ingat, sengat lebah berbisa. dari lalat yang suka bertelur di makanan kita dan membuat kita sakit.


… numb …

ada banyak benda aku nak luahkan. Tapi aku takut aku tak kuat dengar kritikan orang. 1st im not a good mother. Dan takkan jadi yang terbaik....