LAZADA

Wednesday, March 28, 2012

... perempuan tak GUNA! ...

Assalamualaikum!

hust an entry i like to share. aku amik entry ini dari Malaysia Ria.
 

ayuh baca lebeh meh!

Saya percaya bahawa apabila anda mula-mula membaca tajuknya, dan membacanya mengikut intonasi yang betul, anda pasti tersangat tidak bersetuju. Sebelum anda mengatakan rasa tidak puas hati itu, eloklah dahulu bertenang dan baca dengan teliti semua fakta yang dikemukakan. Jika ada mana-mana point yang tidak tepat, sila betulkan saya.

1. Perempuan itu tidak guna kain yang nipis untuk membuat bajunya, sehingga terbayang kulitnya. Kerana dia tahu, bahawa pakaian seperti itu adalah pakaian yang layak dipakai oleh perempuan murahan saja.

2. Perempuan memang tidak guna rantai kaki yang berloceng utk dililitkan pada kakinya. Rantai ini apabila dipakai walaupun tersembunyi tetap bergemerincing dan menarik perhatian orang lain, lebih-lebih lagi lelaki jahat.

3. Perempuan memang tidak guna minyak wangi yang baunya semerbak. Wangian sebegini mempunyai kuasa penyerakan bau yang amat tinggi kerana kadar kemeruwapannya tinggi. Biasanya kekuatan bau ini menunjukkan kadar kekompleksan rantai alcohol (secara kimia) yang digunakan utk membuat pewangi itu. Perempuan yang tidak memakai wangian yang kuat ini tahu bahawa inilah yang dipesan oleh nabi. Sabda Nabi SAW bahawa wanita yang keluar rumah dgn memakai wangian, adalah seperti pelacur. Setiap lelaki yg terbau haruman itu akan menghadiahkan 1 dosa zina untuk perempuan itu. Bayangkan la kalau ada sejuta lelaki sehari yang menikmati bau wangian yang dipakainya itu. Nauzubillah….

4. Perempuan memang tidak guna kata-kata yang keji, kerana dia tahu sesiapa sahaja yang bercakap perkara yang keji adalah mereka yang rendah akhlaknya. Lelaki atau perempuan yang bercakap menggunakan perkataan yang buruk @ jahat, adalah seperti sepohon pokok yang rosak akar tunjangnya. Dia tahu bahawa perumpamaan perkataan yang baik dan buruk dinyatakan dengan jelas dalam ayat 24-26 surah Ibrahim.

5. Perempuan memang tidak guna masa berborak untuk mengatakan hal-hal orang yang disekitarnya atau dengan kata lain mengumpat, memperkatakan keaiban saudaranya. Dia tahu bahawa sekiranya orang yang suka mengumpat baik lelaki atau perempuan dia seolah-olah memakan daging saudaranya sendiri. Apakah sanggup kita memakan daging saudara sendiri? Persoalan ini ditanyakan kepada kita dalam firmanNya ayat 12. surah al-Hujurat.

6. Perempuan memang tidak guna tudung tiga segi, apabila memakainya diselempangkannya sehingga nyata bentuk ‘perbukitan’ pada badannya . Sememangnya ia menjadi tatapan mata lelaki yang jahat yang terkena panahan syaitan. Dia tahu apabila bertudung, dia mesti melabuhkan tudungnya sehingga menutup alur lehernya dan tidak menampakkan bentuk di bahagian dadanya. Pesan Rasul seperti yang disuruh oleh Allah tersebut dalam ayat 59 al-Ahzab. Begitu juga seorang lelaki yang bergelar suami mesti memberi peringatan untuk isteri dan anak-anaknya.

7. Perempuan memang tidak guna lenggok bahasa yang boleh menggoda seorang lelaki. Jika bercakap dengan lelaki yang bukan mahramnya, bercakaplah dengan tegas. Jangan biarkan suara lentukmu untuk menarik perhatian lelaki yang sakit dalam hatinya. Sememangnya suara perempuan bukanlah aurat, jika aurat maka Allah tidak akan menjadikan perempuan boleh berkata-kata. Bertegaslah dalam percakapan, jangan gunakan suaramu untuk menarik perhatian lelaki sehingga menjadi fitnah buatmu. Bahaya suara wanita yang bercakap dengan gaya membujuk yang boleh mencairkan keegoan lelaki (yang bukan mahramnya) dicatat dalam ayat 32 surah al-Ahzab. Makna ayatnya lebih kurang begini ”Maka janganlah kamu tunduk dalam berbicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit dalam hatinya dan ucapkanlah perkataan yang baik” ‘Tunduk’ di sini ditafsirkan sebagai berbicara dgn sikap yang boleh menimbulkan keberanian orang untuk bertindak jahat kepada mereka. “Penyakit dalam hati” adalah keinginan seorang lelaki untuk melakukan perbuatan sumbang dgnnya seperti berzina. Mengapa? Lelaki sangat mudah tertarik kepada seorang wanita melalui suaranya.

8. Perempuan memang tidak guna alat make-up untuk menonjolkan kejelitaannya melainkan di hadapan suaminya sahaja. Adab bersolek (tabarruj) ini amat ditekankan kepada wanita muslim (muslimah) kerana semestinya kecantikannya adalah hak ekslusif yang mesti persembahkan kepada suaminya.

9. Perempuan tidak guna kain tudung yang jarang-jarang seperti jarangnya jala yang digunakan untuk memukat haiwan akuatik. Kerana apabila memakai tudung seperti ini, akan nampak juga bahagian yang sepatutnya ditutup rapi dari pandangan orang lain. Rambut adalah mahkota, tetapi jangan biarkan mahkota itu tidak ‘berharga’ dengan menayangkannya tanpa sebarang perlindungan. Jika mahkota berharga disimpan dengan rapi di dalam sangkar, dan ditambah pula pengawal untuk menjaga keselamatannya, maka demikian juga dengan rambut wanita. Sangkar itu adalah kain litup yang sempurna dan pengawalnya pula adalah ilmu yang diamalkan oleh anda untk memakainya dengan cara yang terbaik…

Anda sudah selesai membaca? Marah? Geram? Maaf kerana mewujudkan perasaan itu.....:)
Diharap perkongsian daripada artikel ini boleh menjadi hint berguna untuk semua, khususnya insan bergelar wanita....

"Kerana dirimu begitu berharga..."

komen aku: err. tak ada ape sgt nak komen.. kate2 ats ni sume betul2. utuk peringatan aku dan semua muslimin sekalian~~ cume. aku tak marah pon mle2 baca tajuk tuh. hahah! cam pelik. mesti ada kes putus cinta ke.hahha! mne laa tau kan..mau jugak tau sebab ape putus. sekali tuh peringatan utk semua muslimin. alhamdulillah! ramai yang sygkan perempuan ek. HIASAN DUNIA~


... kenapa kubur perempuan lebih dalam dari kubur lelaki? ...

assalamulaikum.

just want to share. aku amik post ni dari CINI!

Isteri : Abang, boleh sayang tanya?

Suami : Ye sayang. Nak tanya apa?

Isteri : Sayang pelik la abang. Kenapa syarat dalam Islam, bila lelaki meninggal dunia, kubur nya digali sedalam 5 kaki tapi kubur wanita, berlainan digali sedalam 7 kaki?

Suami : Ooo... InsyaAllah senang ja jawapannya tu.. (sambil tersenyum). Kalau nak tau Islam ni agama yang sangat prihatin dan bijaksana. Sebenarnya sebab kubur wanita digali lebih dalam dari lelaki kerana jika berlaku banjir, jenazah wanita tersebut tak akan terapung ke atas dan akhirnya akan membuka aurat jenazah. Islam sangat menjaga aurat kaum wanita, sampaikan hingga nyawa dah melayang dari jasad pun. Islam masih melindungi aurat kaum wanita.

Isteri : SubhanaAllah. Besarnya kuasa Allah ya abang.


P/S: Sebenarnya tiada ukuran berbeza bagi kubur lelaki dan perempuan. Entry ini hanyalah sebagai renungan kita semua juga sebagai peringatan bagi kita agar sentiasa mengingati bahawa setiap yang hidup pasti akan MATI!. Cerita diatas juga tiada mengena antara yang hidup dan yang telah mati.


... dashboard blogger NEW LOOK! ...

assalamualaikum!

today is wednesday! hurmmm... orang lain letk post wordless wed. tapi ak hampeh. haihh! aku lupe la yg hari ni hari rabu. haiihh! *err? kuat mengeluh ni kwen dgn org tua dak?*

ohh. ni korang dah gune ke dashboard baru blog ni? aku ada wat sekali semalam.. haihhhh! tak paham nau. siyes tak paham. aku punye la balet2, sume jadi cam WEIRDO..

korang dah guna? kalau dah cer citer cikit pengalaman. bg la tips2 kecantikan. err? bukan tips2 utk menggunakannyewww. hukhukhuk~

bukan ape mne la tau nt blog ni tetibe nk upgrade tanpe memberitahu cm fb kannnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn. so nanti sume muke blur. hahah!
ingat lagikkk mke aku tercenggang dan seminggu mogok tak bukak fb. then bukak blek then ak reti pulak gune.. KEKEKKEKE~

so lets share the new!

... Irma Hasmie Bertunang ...

Assalamualaikum!!

pagi tadi aku dapat emel dari kawan aku kat KL. dorang mesti copy dar Blog MURAI.COM …

kepada owner blog murai, maaflah saya tak buat link awk. sebab sy di opis ni. tak boleh bukak blog sosial ni. sume webpage kne BLOCK dgn orang IT..haaiihhh…kedekut ehh..

readers!
marilah tengok Irma Hasmie yang lawa dan comel ini!!
lawa kan?? sweeettt sangat2!

Her Mom dan Mother-In-Law. MIL die ni Datin kalo aku tak silap.

Irma Hasmie dijangka akan menamatkan zaman bujangnya pada 1 Julai 2012 ini, mudahan semuanya berjalan dengan lancar, tak sabar nak tengok gambar tunang Irma Hasmie ni, tak jumpa pulak. Layan gambar hantaran untuk Irma Hasmie dari tunangnya kat bawah ni, selain sebentuk cincin, irma juga menerima hantaran seperti di bawah ini, comel sesangat bakul coklat tu, macam buat dari Bijan je hikhik.

Kurma?? ni dari Mekah ni kan?? coklat tuh aku kenal.huhuh~

Kek kot ni kan? kek tasbih?
kek bertunang! perhh! 2 tingkat kooot!
set persalinan nikah nanti kot.
set mandian ker minyak wangi??
buah-buahan!
Bakul Bijan!!! semart kan? camne la dorg buat ek..
ini aku xtau ape laak…
sejadah dan telekung!
Manakala pihak Irma membalas dengan 9 dulang hantaran seperti Set mandian, persalinan, sirih junjung, buku-buku keagamaan, Pencukur, Kek.
- Tahniah Irma Hasmie dan tunangnya
p/s: marilah share! no credit to me its fine.
..: Usagi Kechik :..

Tuesday, March 27, 2012

... Peter Casey Tidak Malu Menunaikan Solat di Starbucks ...

 
Peter Casey tidak kekok solat di tempat awam
 
Peter Casey atau Abdul Malik, berlatar belakangkan seorang Yahudi-Kristian . Namun pencarian spiritual pemuda berusia 23 tahun ini berakhir kepada agama Islam. Seawal usia 15 tahun, pemuda lulusan Queens College ini memutuskan untuk bersyahadat dua kalimah syahadah.
 
Peter Casey
 
Kini namanya sangat dikenali di negara kelahirannya Amerika Syarikat, mahupun di mata dunia selepas pengakuannya dalam memilih agama Islam tersebar luas di alam maya. Sejak tragedi 11 September, ramai penganut agama Islam takut akan keselamatan diri mereka, lebih-lebih lagi di negara Amerika. Sebaliknya Peter Casey tidak takut terhadap fobia Islam yang melanda negara Uncle Sam itu malah semakin rajin menunjukkan keyakinan barunya itu di depan khalayak awam.
 
Beliau sering ke masjid setiap hari dengan menaiki skateboardnya yang menunjukkan gaya anak muda AS kini. Beliau juga tidak berfikir dua kali untuk menunaikan ibadah solat di Starbuck, jika kebetulan beliau tengah minum di sana dan waktu solat telah tiba.
 
Lelaki bermata biru ini tidak sesekali menyembunyikan identiti keislamannya. Sebaliknya, dia mengatakan sedang berusaha untuk "menentang stereotaip dan salah faham" orang lain di sekitarnya mengenai Islam.
 
Sebagai seorang mualaf yang dibesarkan di pinggiran bandar dengan latar belakang Yahudi-Kristian, Casey berada dalam keadaan yang sewajarnya 'mustahil' untuk melakukannya (memeluk Islam). Namun itulah tekad Casey untuk membuatkan orang belajar menerima orang Islam, mulai dari cara dia berpakaian, bercakap, dan kelakuannya.
 
 
Tempat Casey dibesarkan
 
Casey dibesarkan di pinggiran Long Island oleh ibu yang beragama Yahudi dan ayahnya yang beragama Kristian Katolik. Di satu sudutnya, Kristian menekankan bahawa Jesus adalah sebagai anak Allah, Tuhan Bapa, dan Roh Kudus. Di sisi lain pula, Yahudi mengatakan bahawa Jesus adalah seorang nabi palsu.
 
"Saya merasakan ada dua perkara ekstrem di dalam agama Yahudi-Kristian, dan saya mempelajari kedua-duanya," kata Casey.
 
Pertentangan antara Yahudi dan Kristian memeningkan Casey
 
Selepas serangan 11 September 2001, pemahaman Casey terhadap agamanya mula berubah. Casey baru mengjangkau umur 13 tahun ketika dua menara kembar WTC itu runtuh. Sejak dari kejadian itu, beliau rajin melayari dunia maya untuk mencari isi ajaran agama Islam yang dikatakan punca di sebalik serangan itu. Di internet, Casey menemui ajaran yang lebih masuk akal tentang Jesus. Al-Quran mengatakan Jesus adalah seorang nabi, seorang lelaki yang menyampaikan firman Allah. Tidak lebih dan tidak kurang dari itu.
 
"Ketika saya mula belajar mengenai Islam, saya seperti.... Inilah dia. Ini adalah agama itu (agama yang dicarinya selama ini), "katanya. Dua tahun kemudian, pada usia 15 tahun, beliau memeluk Islam.
 
Sejak itu, lelaki yang baru menjadi guru sejarah di sebuah sekolah Islam di Brooklyn , telah berupaya untuk mengubah sedikit sebanyak kecurigaan dan kebencian masyarakat awam AS terhadap Islam. Casey tidak hanya berdakwah melalui perbuatan seperti bersolat di tempat awam tetapi beliau juga aktif berdakwah melalui blognya, Dawah Addict . Persoalan dan topik seperti 'Muhammad dalam Kitab Injil' dan 'Bagaimana Menjadi Seorang Muslim' diulasnya dengan berkesan.
 
"Ketika baru-baru menjadi Muslim, masih terngiang-ngiang sehingga ke hari ini, ramai orang berkata, 'Mengapa tidak ada ramai orang Islam yang mengatakan keganasan adalah perkara yang buruk? Mengapa tidak ada orang Islam di luar sana yang memberitahu mengenai Islam yang sebenarnya?'," Kata casey. "Dan saya mula berfikir, saya akan melakukannya jika tidak ada orang lain yang akan melakukannya."
 
Saluran Casey di YouTube mempunyai lebih daripada 5,000 pelanggan dan hampir setengah juta pengunjung. Pengunjung saluran You Tube beliau terus bertambah dari masa ke semasa. Terdapat juga komen-komen negatif di salurannya.
 
Namun, dia tidak menoleh ke belakang. Alasannya "Saya merasa seperti saya mempunyai tanggung jawab kepada orang-orang di Amerika," katanya, "Kerana ini adalah tempat saya membesar dan ini adalah rumah saya, dan saya ingin berkongsi apa yang membuatkan saya berasa sangat bahagia dan telah memberikan perubahan yang begitu banyak kepada saya.
 

... Ramai wanita pilih ‘kasut pembunuh’ ...

Ramai wanita pilih 'kasut pembunuh'
MUNGKIN anda perasan, tumit kasut wanita sekarang semakin tinggi. Memang nampak cantik apabila digayakan tetapi sedarkah anda banyak kasut tumit tinggi terutama yang halus dan runcing boleh memberi kesan buruk bukan saja pada kaki tetapi keseluruhan badan?
Tidak hairan jika ada pakar penjagaan kaki atau podiatris menggelar kasut tumit tinggi ini sebagai 'kasut pembunuh' kerana ia boleh menyebabkan banyak masalah daripada buku lali tergeliat sehinggalah kesakitan kronik.

Kasut tumit tinggi
Masalah: Sama ada tumit tinggi atau separa tinggi, ia boleh menyebabkan kesakitan pada belakang tumit. Material kasut yang keras akan menekan bahagian tulang kaki sehingga boleh membuatkan kaki melecet, bengkak, sakit atau tendon Achilles (iaitu keadaan di mana tendon pada otot di bawah betis, di pergelangan kaki akan alami kecederaan). Bentuk kaki juga akan berubah sedikit di mana tulang pada kaki akan tertonjol keluar.
Kasut yang tumitnya terlalu tinggi akan memaksa semua tekanan (beban badan) tertumpu pada bola kaki. Bola kaki ini ialah bahagian kaki paling lebar di bawah ibu jari. Walaupun saiznya kecil, tetapi di sinilah pertemuan beberapa
tulang dan tekanan yang keterlaluan boleh menyebabkan tulang dan saraf di kawasan ini mengalami keradangan. Bahkan tekanan yang terlalu banyak juga boleh membuatkan tulang mengalami keretakan halus dan mengakibatkan kesakitan. Selain itu, semua kasut tumit tinggi boleh menyebab
kan risiko pergelangan kaki terseliuh.

Penyelesaian: Carilah kasut dengan tumit lebih rendah. Ia dapat mengelakkan anda daripada berhadapan dengan risiko mengalami masalah yang disenarai di atas, tetapi pada masa sama, masih boleh bergaya. Pakar podiatris menyarankan memilih kasut yang tumitnya tidak lebih daripada dua inci (lima sentimeter) - itu pun tidak dipakai selalu.


Kasut tumit halus

Masalah: Walaupun semua kasut tumit tinggi boleh me
nyebabkan masalah, kasut yang lebih berbahaya ialah bertumit halus. Ini kerana semua berat badan akan tertumpu pada satu pusat saja. Orang yang memakai kasut tumit halus perlu berjalan lebih perlahan dan berhati-hati kerana risiko untuk terseliuh atau jatuh sentiasa menunggu, apatah lagi jika lantai agak licin.

Penyelesaian: Jika masih mahu memakai kasut tumit tinggi, carilah tumit yang tebal supaya berat badan diagihkan lebih sekata pada tumit. Ini membuatkan kaki lebih stabil berbanding memakai kasut tumit halus. Pun begitu, tekanan masih dirasai pada bola kaki, tetapi pemakaian kasut tumit tebal akan mengurangkan risiko jatuh.


Kasut tapak rata

Masalah: Siapa kata kasut tapak rata ini 'mesra' pada kaki? Berdasarkan perbandingan yang dijalankan Jurucakap Persatuan Perubatan Podiatrik Amerika, Hillary Brenner, kasut tapak rata ini tidak memberikan sebarang sokongan kepada kaki. Ia menghalang kaki daripada berfungsi sepenuhnya dan boleh menyebabkan masalah lutut, pinggul dan pinggang. Kekurangan atau ketiadaan sokongan pada tapak kaki dikaitkan dengan kesakitan yang dipanggil plantar fasciitis (keradangan pada tisu tapak kaki dan membuatkan tumit sakit ketika berjalan).

Penyelesaian: Jika suka memakai kasut tapak rata, beli pelapik kasut yang boleh memberi sokongan kepada kaki, sekali gus memberi kusyen pada tumit. Pelapik ini terutama yang dibuat khas untuk kaki akan mengurangkan semua masalah dan kesakitan kaki. Sokongan pada lengkungan tapak kaki akan mengurangkan tekanan pada bahagian kaki yang sensitif.


Selipar

Masalah: Ia tidak menawarkan perlindungan pada kaki dan kaki anda terdedah kepada kecederaan. Mereka yang ada kencing manis tidak digalakkan memakai selipar untuk mengelakkan sebarang kecederaan. Ingat, pada
pesakit kencing manis, luka yang kecil pun boleh mendatangkan kemudaratan kerana kaki mereka sudah tidak sensitif dan mungkin tidak sedar luka menjadi semakin teruk.

Apa yang lebih membim
bangkan, luka yang tidak dirawat dengan rapi boleh menyebabkan gangren (tisu mati) sehingga membawa kepada pemotongan kaki (amputasi).

Selipar juga seperti kasut tapak rata, ia tidak memberi sokongan kepada kaki.

Penyelesaian: Carilah selipar sporty yang memberi lebih banyak sokongan pada kaki. Tapak selipar yang lebih tebal akan melindungi kaki daripada berasa sakit terpijak batu. Lebih baik jika selipar itu direka mengikut lengkungan tapak kaki.


Kasut tebal dan baji

Masalah: Kasut tebal dan baji biasanya mempunyai lantai yang keras dan ia menghilangkan biomekanik ketika berjalan. Ini akan membuatkan kaki cuba membengkok dalam cara tertentu, tetapi tidak berjaya kerana kasut yang keras. Jika tumit
nya jauh lebih tinggi daripada bahagian ibu jari, maka tulang jari kaki akan berasa banyak tekanan.

Penyelesaian: Beli kasut tebal atau baji yang lebih rendah. Walaupun ia masih tidak disarankan, kasut ini tidak memberikan banyak tekanan berbanding kasut bertumit tinggi. Kalau masih mahu memakainya, selang selikan dengan kasut jenis lain, bukan dipakai setiap hari.


Kasut runcing di depan

Masalah: Ia mungkin nampak bergaya, tetapi kasut runcing di depan ini akan menghimpit keseluruhan bahagian depan kaki. Selepas satu tempoh, ia akan menyebabkan kesakitan saraf, bunion (ada benjolan sakit di bawah ibu jari dan menyebabkan jari bengkok), melecet dan jari kaki bertindan serta senget. Kasut runcing di depan adalah faktor paling biasa yang menyebab
kan masalah bunion pada wanita.

Selain itu jari kaki akan nampak cacat kerana ia dipaksa berhimpit antara satu sama lain. Apabila kecacatan berlaku, ia tidak boleh dikembalikan kepada keadaan asal kecuali melalui pembedahan.

Penyelesaian: Cari kasut yang mempunyai rekaan lebar di depan. Jika masih mahukan kasut yang runcing di depan, pilih kasut yang bahagian runcing ini melepasi jari.


Salah saiz

Masalah: Sembilan daripada 10 wanita membeli kasut yang satu saiz lebih kecil kerana mahu kaki mereka nampak comel. Malangnya ia boleh me
nyebabkan belulang, melecet, bunion dan pelbagai masalah lain. Kajian menunjukkan ramai kanak-kanak kini juga memakai kasut yang salah saiznya dan meningkatkan risiko mengalami kecacatan kaki ketika membesar.

Penyelesaian: Ukur kaki dan beli kasut yang sepadan dengan saiz kaki.
Ketika mencuba, cuba kasut baru sambil berdiri dan berjalan. Lebih baik beli kasut pada waktu petang ketika kaki kembang sedikit. Paling penting, ia perlu selesa dan memberi sokongan yang diperlukan oleh kaki dan seluruh badan
 
 

... Penggunaan lidah (pertuturan) yang ditegah ialah ...

Penggunaan lidah (pertuturan) yang ditegah ialah

• berdusta, sama ada secara sungguh-sungguhan atau pun main-main (gurauan), 

• berjanji untuk tidak ditunaikan (berdusta untuk menipu). 
Rasulullah saw bersabda: "Ada tiga perkara yang sesiapa terlibat dengan salah satu daripadanya, maka dia adalah munafiq, walaupun dia mengamalkan puasa dan sembahyang, iaitu, apabila bercakap dia berdusta, apa berjanji dia mungkir dan apabila diamanahkan dia khianati" 

• mengumpat, memfitnahkan orang, menghasut atau menjadi batu api, mencerca, memaki-hamun dan sebagainya).
Rasulullah saw bersabda: "Jauhilah kamu daripada mengumpat kerana mengumpat itu lebih jahat daripada berzina. Penzina, apabila bertaubat, mungkin diampuni Allah, tetapi pengumpat tidak diampuni oleh Allah sehingga dia diampuni oleh orang yang diumpatnya". 

• mencacatkan cakap orang dan membenarkan cakap sendiri (mirak) serta berbantahan (jidal). 

Rasulullah saw bersabda: "Tidak sempurna iman seorang hamba Allah sehingga dia meninggalkan tindakan mencacatkan cakap orang dan berbantahan, walaupun dia benar". 

• memuji diri. 
Allah Taala berfirman: "Maka jangan kamu mengatakan diri kamu suci (memuji diri). Dia (Allah) maha mengetahui tentang orang yang bertaqwa". (al-Najm : 32) 
• mengutuk dan memaki makhluk.

• mendoakan kejahatan (keburukan) untuk manusia, walau manusia itu zalim.

• mengeluarkan kata-kata kotor, kesat, lucah, lucu, sindiran dan gurau-senda dengan tujuan menghina dan memalukan seseorang.

Menurut Imam al-Ghazali, semua tindakan lisan yang tersebut di atas adalah dikategorikan sebagai "kata-kata haram". Di samping itu, banyak menuturkan "kata-kata harus" yang tidak berfaedah (perbualan yang sia-sia) ditegah juga. Kerana, apabila banyak berbicara, berborak umpamanya, selalunya lidah tergelincir lalu menuturkan kata-kata yang haram itu. Kalau tidak demikian pun, banyak berkata-kata itu sekurang-kurangnya merugikan masa. Mengikut ulama, panjang cakap akan memanjangkan hisab di akhirat kelak.


Malik bin Dinar bermadah, "Apabila engkau dapati rasa degil bersarang di hatimu, terasa daif beribadat dan sukar mendapat razeki, maka ketahuilah, semuanya itu disebabkan oleh ucapan lidahmu mengenai perkara yang tidak mendatangkan manfaat kepadamu". 


Sumber : Halaqah.net
 
 
Moga post ini dapat meng'improve'kan diri ke arah lebih baik..
 
 

... TIP PILIH KASUT ...

Tip pilih kasut

 
KASUT tidak hanya berfungsi sebagai pelapik kaki bagi memberi keselesaan, malah ia melengkapkan penampilan diri agar menarik dan anggun ketika melangkah.
Sesuai dengan fungsinya sebagai pelindung kaki dan penambah gaya, pemilihan kasut juga harus dilakukan dengan berhati-hati.
Bayangkan jika kasut yang dibeli harganya mahal tetapi menyebabkan kaki melecet, pastinya ia tidak berbaloi. Justeru, pemilihan kasut yang betul itu penting agar kesihatan, keselesaan dan penampilan diri kekal sepanjang hari.

Terdapat beberapa panduan sebelum anda membuat keputusan membeli kasut agar tidak tersilap membuat pilihan.
Perkara yang perlu diambil kira sebelum membeli kasut:
 
  Belilah kasut pada waktu siang hari atau petang. Ini bagi membolehkan kita mendapatkan kasut dengan ukuran yang tepat dan selesa ketika dipakai.
  Berdiri tegak dan pastikan kasut yang dipilih itu selesa. Buat ujian dengan cuba berjalan-jalan di dalam kedai. Jika lantai kedai penuh dengan permaidani, cuba berjalan di luar atau di atas lantai simen.
  Pastikan tumit dan jari kaki tidak terkeluar daripada saiz asal kasut.
  Pastikan memakai kedua-dua kasut yang dipilih, berdiri tegak dan cuba berjalan.
  Panduan bagi yang gemar menggunakan stoking atau sarung kaki ketika memakai kasut bertutup dan sandal. Cuba pakai stoking ketika hendak membeli kasut bagi mengelakkan daripada saiz yang dipilih tidak sesuai.


Perkara yang tidak boleh dilakukan ketika membeli kasut:
  Ketika memilih kasut, sebaiknya jangan terburu-buru agar kasut yang dibeli selesa dipakai dan fesyennya bersesuaian dengan penampilan diri.
  Jangan sesekali membeli kasut pada waktu pagi kerana ketika itu kaki belum mengembang dengan ukuran maksimum.
  Jangan hanya duduk ketika mencuba dan menggunakan sebelah kasut saja. Jangan mudah menganggap kasut itu benar-benar selesa sepenuhnya meskipun ia cantik dan saiz sesuai sedangkan kita belum mencubanya.
  Usah membeli kasut tanpa mencuba dan hanya berpandukan pada saiz semata-mata. Tidak semua jenama menggunakan saiz kaki yang sama kerana ia berbeza mengikut produk keluaran masing-masing.
  Jangan pilih kasut yang dirasakan terlalu ketat walaupun menganggap kaki akan biasa dengan saiz dipilih kerana lambat-laun, timbul masalah lain seperti sakit dan melecet melainkan jika kita ingin mengambil risiko itu atau hanya dipakai untuk satu malam saja
 



... 25 Pesanan Luqman Al-Hakim Kepada Anak-Anaknya ...

25 Pesanan Luqman Al-Hakim Kepada Anak-Anaknya
Pesanan #1: "Hai anakku, ketahuilah sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam, banyak manusia yang karam di dalamnya. Bila engkau ingin selamat agar jangan karam, layarilah lautan itu dengan sampan yg bernama Takwa, isinya ialah Iman dan layarnya adalah Tawakkal kepada ALLAH."
1 - dunia ibarat laut yang dalam
Pesanan #2: "Orang-orang yang sentiasa menyediakan dirinya untuk menerima nasihat, maka dirinya akan mendapat penjagaan dari ALLAH. Orang yang insaf dan sedar setelah menerima nasihat orang lain, dia akan sentiasa menerima kemulian dari ALLAH juga."
2 - terima nasihat
Pesanan #3: "Hai anakku, orang yg merasa dirinya hina dan rendah diri dalam beribadat dan taat kpd ALLAH, maka dia tawadduk kepada ALLAH, dia akan lebih dekat kepada ALLAH dan selalu berusaha menghindarkan maksiat kepada ALLAH."
3 - tawadduk
Pesanan #4: "Hai anakku, seandainya ibubapamu marah kepadamu kerana kesilapan yang dilakukanmu, maka marahnya ibubapamu adalah bagaikan baja bagi tanam tanaman."
4 - baja bagi tanaman
Pesanan #5: "Jauhkan dirimu dari berhutang, kerana sesungguhnya berhutang itu boleh menjadikan dirimu hina di waktu siang dan gelisah di waktu malam."
5 - hutang
Pesanan #6: "Dan selze: 10pt;">12 - jangan makan sampai kenyang
Pesanan #13: "Hai anakku, janganlah engkau langsung menelan sahaja kerana manisnya barang dan janganlah langsung memuntahkan saja k3A black;">
Pesanan #7: "Hai anakku, seorang pendusta akan lekas hilang air mukanya kerana tidak dipercayai orang dan seseorang yang telah rosak akhlaknya akan sentiasa banyak melamunkan hal- hal yang tidak benar. Ketahuilah, memindahkan batu besar dari tempatnya semula itu lebih mudah daripada memberi pengertian kepada orang yang tidak mahu mengerti."
7 - pendusta akan hilang kpercayaan
Pesanan #8: "Hai anakku, engkau telah merasakan betapa beratnya mengangkat batu besar dan besi yang amat berat, tetapi akan lebih berat lagi daripada semua itu, adalah bilamana engkau mempunyai tetangga (jiran) yang jahat."
8 - jiran tetangga yang jahat
Pesanan #9: "Hai anakku, janganlah engkau mengirimkan orang yang bodoh sebagai utusan. Maka bila tidak ada orang yang cerdik, sebaiknya dirimulah saja yang layak menjadi utusan."
9 - orang bodoh sebagai utusan
Pesanan #10: "Jauhilah bersifat dusta, sebab dusta itu mudah dilakukan, bagaikan memakan daging burung, padahal sedikit sahaja berdusta itu telah memberikan akibat yang berbahaya."
10 - dusta dan daging burung
Pesanan #11: "Hai anakku, bila engkau mempunyai dua pilihan, takziah orang mati atau hadir majlis perkah wina n, pilihlah utk menziarahi orang mati, sebab ianya akan mengingatkanmu kepada kampung akhirat sedangkan menghadiri pesta perkah wina n hanya mengingatkan dirimu kepada kesenangan duniawi sahaja."
11 - pilih majlis
Pesanan #12: "Janganlah engkau makan sampai kenyang yang berlebihan, kerana sesungguhnya makan yang terlalu kenyang itu adalah lebih baiknya bila makanan itu diberikan kepada anjing sahaja."
12 - jangan makan sampai kenyang
Pesanan #13: "Hai anakku, janganlah engkau langsung menelan sahaja kerana manisnya barang dan janganlah langsung memuntahkan saja kerana pahitnya sesuatu barang itu, kerana manis belum tentu menimbulkan kesegaran dan pahit itu belum tentu menimbulkan kesengsaraan."
13 - pahit dan manis
Pesanan #14: "Makanlah makananmu bersama-sama dengan orang-orang yang taqwa dan bermusyawarahlah urusanmu dengan para alim ulamak dengan cara meminta nasihat dari mereka."
14 - makan bersama orang yang bertakwa 
Pesanan #15: "Hai anakku, bukanlah satu kebaikan namanya bilamana engkau selalu mencari ilmu tetapi engkau tidak pernah mengamalkannya. Hal itu tidak ubah bagaikan orang yang mencari kayu api, maka setelah banyak ia tidak mampu memikulnya, padahal ia masih mahu menambahkannya."
15 - ilmu untuk diamalkan
Pesanan #16: "Hai anakku, bilamana engkau mahu mencari kawan sejati, maka ujilah terlebih dahulu dengan berpura-pura membuat dia marah. Bilamana dalam kemarahan itu dia masih berusaha menginsafkan kamu, maka bolehlah engkau mengambil dia sebagai kawan. Bila tidak demikian, maka berhati-hatilah."
16 - mencari kawan sejati
Pesanan #17: "Selalulah baik tutur kata dan halus budi bahasamu serta manis wajahmu, dengan demikian engkau akan disukai orang melebihi sukanya seseorang terhadap orang lain yang pernah memberikan barang yang berharga."
17 - bertutur dengan baik dan sopan serta bermanis muka
Pesanan #18: "Hai anakku, bila engkau berteman, tempatkanlah dirimu padanya sebagai orang yang tidak mengharapkan sesuatu daripadanya. Namun biarkanlah dia yang mengharapkan sesuatu darimu."
18 - pilih teman yang berharap
Pesanan #19: "Jadikanlah dirimu dalam segala tingkahlaku sebagai orang yang tidak ingin menerima pujian atau mengharapkan sanjungan orang lain kerana itu adalah sifat riya' yang akan mendatangkan cela pada dirimu."
19 - jangan riya' dan mengharapkan sanjungan
Pesanan #20: "Hai anakku, janganlah engkau condong kepada urusan dunia dan hatimu selalu disusahkan oleh dunia saja kerana engkau diciptakan ALLAH bukanlah untuk dunia sahaja. Sesungguhnya tiada makhluk yang lebih hina daripada orang yang terpedaya dengan dunianya."
20 - jangan condong kepada dunia
Pesanan #21: "Hai anakku, usahakanlah agar mulutmu jangan mengeluarkan kata-kata yang busuk dan kotor serta kasar, kerana engkau akan lebih selamat bila berdiam diri. Kalau berbicara, usahakanlah agar bicaramu mendatangkan manfaat bagi orang lain."
21 - berdiam diri lebih baik dari berkata yang kotor
Pesanan #22: "Hai anakku, janganlah engkau mudah ketawa kalau bukan kerana sesuatu yang menggelikan, janganlah engkau berjalan tanpa tujuan yang pasti, janganlah engkau bertanya sesuatu yang tidak ada guna bagimu, janganlah mensia-siakan hartamu."
22 - berjalan tanpa tujuan dan mensia-siakan harta
Pesanan #23: "Barang siapa yang penyayang tentu akan disayangi, sesiapa yang pendiam akan selamat daripada berkata yang mengandungi racun, dan sesiapa yang tidak dapat menahan lidahnya dari berkata kotor tentu akan menyesal."
23 - disayangi dan tiada penyesalan
Pesanan #24: "Hai anakku, bergaul rapatlah dengan orang yang alim lagi berilmu. Perhatikanlah kata nasihatnya kerana sesungguhnya sejuklah hati ini mendengarkan nasihatnya, hiduplah hati ini dengan cahaya hikmah dari mutiara kata-katanya bagaikan tanah yang subur lalu disirami air hujan."
24 - bergaul rapat dengan orang yang alim dan berilmu
Pesanan #25: "Hai anakku, ambillah harta dunia sekadar keperluanmu sahaja, dan nafkahkanlah yang selebihnya untuk bekalan akhiratmu. Jangan engkau tendang dunia ini ke keranjang atau bakul sampah kerana nanti engkau akan menjadi pengemis yang membuat beban orang lain. Sebaliknya janganlah engkau peluk dunia ini serta meneguk habis airnya kerana sesungguhnya yang engkau makan dan pakai itu adalah tanah belaka. Janganlah engkau bertemankan dengan orang yang bersifat talam dua muka, kelak akan membinasakan dirimu."
25 - ala kadar dan jangan hipokrit
 





::: Setelah menerjah post sendiri :::

perhh!! bertahun sudah belog aku ni eh. from 2010. then aku kawen 2014. beranak pinak from 2015 until 2021. HHAHAH i have 4 ketoi anak. 1 bu...