LAZADA

Sunday, August 28, 2011

... do not forget Hari Kemerdekaan kita ...

Assalamualaikum.

still same year like last year yang kita sambut merdeka dan raya. but tahun nih more same. raya dan merdeka sama hari. last year kan sambut merdeka dahulu baru raya kan.

ramai orang sibuk beli barang raya saja. dan kemungkinan ada juga orang lupa merdeka di negara kite. oke. aku juga belum beli bendara. sangat-sangat lupe. huhu! *dush!*

aku tak tahu kenapa aku tetibe tahun ini semangat nak menyambut merdeka pula. haha! *mata juling*. mungkin kerna tahun ini Ramadhan terakhir kot. Allahualam. sesungguhnya masa depan kita Tuhan Maha Mengetahui kan.

pape pon i just wat to wish!

" SELAMAT HARI RAYA EIDULFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN"
&
" SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE-54"

tahun merdeka sama dengan umo mak saya..weee~~

TTFN!

Saturday, August 27, 2011

... bos bagi duit raya? ...

assalamualaikum.

semalam jumaat adalah hari last keje untuk cuti selama seminggu. hip hip hoorayy! well bila kemalasan dah menjelma sebab mood "raya" dah datang, makanya aku pun agak malas. tapi semalam aku keje kan penuh semangat, siap kemas meja. tolong bos aku kemas meja. buang drawing-drawing component yang lama-lama. wahsey! memang banyak la drawing atas meja bos aku tuh. dari tahun lepas punya pon ada.

semalam kan aku g solat zohor kul 3.30 petang. agak lewat la gak aku g solat kan kerna kerja memang melambak-lambak. aishh! pastuh kul 3.50 aku masuk opis balik. masa tuh aku tengah berdiri, sebab nak susun file la katakan.huhu. tetibe bos aku tanya, "Leana, u belum balik kan?" . aku tengok jam dan cakap, "belum lagi bos, baru jam 4 petang. balik jam 4.45 petang." . then bos aku cakap, "jangan balik dulu.". aku dah pelik. ape kono la dengan bos aku nih ek. bos aku bizi nya tak hingat. aku kekadanh terpaksa jadi timbalan. haha! *berangan dah ni*

then bila bos aku macam tak bizi, aku lak bizi wat keje bos aku sikit-sikit. tetibe bos aku hulurkan something kat aku. tengok-tengok sampul duit raya warna merah. aku dah pelik. aku cakap, " eh!! ape nih bos? duit raya? ala.. malu nya.". bos aku cakap, "amik saja. saya bagi.". masalahnya bos aku cina! huhu! tak mengapalah aku ambil dan anggap ia sebagai duit belanja. belum lagi pas cuti seminggi nanti bos aku nak belanja makan. wahh! tak sabar!

oh ye! 6th september nih bos omputeh aku nanti turun Malaysia! from US. oke! i wish that i can speak english very2 well. oke! i have to listening something. i have ENglish CD from my class. but u know how lazy i am right. hahah!

owh. meh aku tunjuk duit raya! amount dia aku tak mau bagitahu, kerna nanti ada keriakan disitu.huhu. 
aku tak tipu oke!

well. even kilang itu tak ad akeistimewaan cam kawan-kawan aku yang lain. ada cam berbuka from company, dapat bonus dan elaun raya. but i'm still happy sebab tak ada pressure keje situ. bos aku tak bagi pressure langsung. dan aku bahagia. hihi~ aku punya kerja tak dikacau. 

oh ya! aku dapat kenaikan! Alhamdulillah. walaupun 5%. tapi bos aku sebenarnya nak bagu 6%. tapi tah kenapa tah HR cakap aku tak bole dapat 5% sebab aku sorang saja kerani beliao. sabo jelahkan. tapi tak mengapalah. huhu~

well! i counting Raya day! hiphip hooray! 

TTFN!

Friday, August 26, 2011

... berdua lebih baik! ...

Assalamualaikum!

oke! aku nih memang kuat menipu kan? ekceli aku hari ini patut keluar dengan geng K.I.T.A. tapi biasalahkan masing-masing ada LIFE. so malaslah nak memaksa kan. so dari ber-4 maka tinggallah ber-2. pon bahagia pe.

hari ini aku dengan kawan aku bernama Nisa ingatkan nak berbuka di Restoran Warisan. ala.. restoran tuh ada kuar kat jalan-jalan cari makan. hihi! well. memang the food is nice but tak ada la yang average sangat kan. cuma biasa saja seperti nasi di restoren tepi jalan. oke sorry.
tapi kami berdua makan kat kedai mamak. sebab kedai itu full. huhu.. 

sebelum buka, baca doa makan dan buka puasa kan. ada la geng lelaki nih tegur aku cakap "panjangnyer doa." 
lah! dah baca doa makan dan buka ye panjang ckit. tuh mesti baca doa makan aje la tuh.huh!

pas makan g jusco bukit tinggi. ingat nak beli kasut tapi windows shopping je lebih. pastuh kan jalan masuk jusco, beli sweater lak. hahaha!niat lain. lain yang dibeli. hahaha! then temankan kawan aku cari baju pakwe dia. uhuh. setengah jam mencari baju. dan akhirnya dapat!

dan bila nak bayar tuh di cashier, ada satu famili tuh kan dia beli baju banyak. bukan beli baju kurung pon banyak-banyak. tapi beli more to jeans and t-shirt. yang shopping tuh melayu la. then die shopping memang banyak gile. seluar jeans jenis yang sama tapi beli beza warne je. huhu! masa akak cashier tuh masih men-klik harga baju dan suar-suar itu, masih tinggal 5 helai suar jeans die belum amik harga. aku tengok kat skrin harga cashier harga barang orang tuh beli is RM1027.00 oke!

then bila dah habis amik harga total harga barang die beli ialah RM1152.00 oke! then aku ingatkan die nak kuarkan cek ker tapi! dia keluarkan BUKU VOUCHER jusco bernilai RM 1,ooo.oo so die tinggal  bayar RM152 jee! dasyat x? patut la muka semua tuh selambe aje.huhu. only 1 night dorang shopping! oe damn! aku jealous!

then turn aku lak bayar di cashier, dah la jusco card expired. dush2! aku memang mereng sebab tak guna jusco kad! then masa kawan aku bayar lak di belakang aku tetiba aku nampak kad topup di kaki kawan aku. aku tanya kawan aku sama ada ia kepunyaan dia atau tidak? then dia cakap bukan. maka aku ambil dan tengok-tengok KAD TOPUP HOTLINK RM5 YANG MASIH BELUM GORISS! caya tak? aku beli sweater only RM7.90 then aku dapat topup RM5!! pulangan yang hebat! Alhaldulillah. murah rezeki den.

oke. aku nak citer sebelum masuk jusco shopping tuh kiteorang makan askem! weee! sangat-sangat sedap askem McD! sila tengok di bawah:-

sedap kan??

aku ada bergambar dengan kawan aku. haha! depan cermin. bukan dalam toilet ek. malas lah nak upload. sebab kalo upload dalam belog nih kena letak trendmark sebab nanti ada orang curi gambo kite then die wat explore then die malukan kite. perh! sadis! tapi pahala ker tak kite dapat sebab dia aibkan kita? lelaki zaman sekarang mulut pon bole tahan. haha!

oh yea! pagi tadi aku sampai-sampai opis aku buat kad raya! ala! lupe nak ambil gambo kad itu. dari muka depan sampai sampul aku buat sendiri. haha! lawa per. bese la. guna komputer kan.hahah!

well. today is jumaat. waiting raya for coming to the town. cannot wait. but wait! handbeg and kasut belum beli. huhu. sabau jela.

TTFN and Good Night! koje2..waaa!

Thursday, August 25, 2011

... doa hari ke-25 Ramadhan ...



Doa Hari Kedua Puluh Lima

اَللَّهُمَّ اجْعَلْنِيْ فِيْهِ مُحِبًّا لِأَوْلِيَائِكَ وَ مُعَادِيًا لأَعْدَائِكَ مُسْتَنّا بِسُنَّةِ خَاتَمِ أَنْبِيَائِكَ يَا عَاصِمَ قُلُوْبِ النَّبِيِّيْنَ


Ya Allah.. Jadikanlah aku orang-.orang yang menyintai Auliya-Mu dan memusuhi musuh-musuh-Mu. Jadikanlah aku pengikut sunnah-sunnah penutup Nabi-Mu, Wahai Penjaga Hati Para Nabi.

... doa hari ke-24 Ramadhan ...



Doa Hari Kedua Puluh Empat

اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ فِيْهِ مَا يُرْضِيْكَ وَ أَعُوْذُ بِكَ مِمَّا يُؤْذِيْكَ وَ أَسْأَلُكَ التَّوْفِيْقَ فِيْهِ لأَنْ أُطِيْعَكَ وَ لاَ أَعْصِيَكَ يَا جَوَّادَ السَّائِلِيْنَ

Ya Allah.. Aku memohon kepada-Mu hal-hal yang mendatangkan Keredhaan-Mu, Dan aku berlindung dengan-Mu Dan hal-hal yang mendatangkan kemarahan-Mu, dan aku memohon kepada-Mu kemampuan untuk mentaati-Mu serta menghindari kemaksiatan terhadap-Mu, Wahai Pemberi Para Peminta.

Wednesday, August 24, 2011

... Awas! Kurma Tiruan ...


GEORGE TOWN – Permintaan tinggi buah kurma semasa bulan Ramadan menyaksikan ada segelintir peniaga mengambil kesempatan dengan menjual buah kurma yang dicampur dengan bahan pemanis.

Kebiasaannya, cara ini diamalkan oleh peniaga yang menjual buah kurma secara pukal atau timbang dengan harga yang lebih rendah.

Difahamkan, peniaga atau pemborong ini mengimport buah kurma yang berkualiti rendah secara pukal sebelum diproses bagi membolehkan buah kurma ini dijual semula.

Kosmo! diberitahu, buah-buah kurma ini digaul dengan gula merah dan disimpan beberapa lama untuk sebati sebelum dicampur semula dengan buah kurma kualiti sederhana.

“Hasilnya, buah kurma kualiti rendah ini akan terasa manis seperti kurma sebenar (buah kurma yang berkualiti baik) tapi sebenarnya ia telah dicampur gula merah.

“Buah kurma jenis ini dijual secara timbang dan banyak dijual di kedai-kedai runcit atau gerai kaki lima sepanjang Ramadan,” ujar sumber yang memberitahu pernah mempraktikkan kaedah tersebut.

untuk lebih lanjut. KLIK SINI.


... When K.A.M.I hang out ...

Assalamualaikum.

this is a night story be4 i go to sleep. wuwuwuw~

pada minggu puasa ke-2 iaitu 12, 13 dan 14 ogos 2011, aku telah berjumpa dengan geng K.A.M.I. weee~ (^__^)
manyak syoook woo. well, hari jumaat malam pas buka puasa aku amik Nabila at KTM Shah Alam. wuwuwuw~ cian dia tunggu aku. kerna dia sampai pun pas 10 minit waktu berbuka, maka aku makan dan solat dahulu dirumah dan ambil dia.

malam itu dia tido di rumah usang aku. best la tido sekatil cuma (=__=)" . Nabila agak gans tido malam. sebelum tido kami berdua cari map nak ker tempat LRT. aish! turun kelana jaya nau. dengan kereta kodok yang tiada aircon lg. aish!dengan sesat dan berpeluh-peluh. nasib credit hp ada banyak. maka aku kol la kawan dan ehem-ehem untuk tanya tempat nak dituju.

mula-mula aku sudah jumpa tempat LRT, di Taman Jaya. tapi aku pusing-pusing mencari lak Taman Universiti. Haru noh. sampai Taman Universiti tak ada parking maka aku pusing balik ke Taman Jaya untuk parking. Mula-mula ingat nak parking di Armcop Mall. yela, Mall ayah Mizz Nina kan. boleh jumpa Noh Hujan. Nabila yang cakap la. tapi tak menjadi, sebab parking mahal. maka aku pakring la di A&W. haha! confirm ada orang ingat aku dan Nabil tak puasa. sudahlah kami pakai tudung. huhu. bikin malu saja. pas parking saja, kami beli tiket dan pergi ke KL Sentral. untuk berjumpa dengan Niya dan Sadelin. weeee.

Then dalam tren macam biasa, kami buat lawak sengal. then dah sampai kami mesej Niya ada di mana, dan peluk cium haha! oke. tak ada cium. kan puasa. cuma ada laga pipi. weewewe.
then kami sudah menjadi bertiga. menanti Sadeline pula. memandangkan dia bertolak dari Kuantan, Pahang agak lambat, maka lambat jugalah dia sampai. tapi tidak mengapa, kami bertiga pergi window shopping. perh! penat berjalan itu usahlah kata. memang rasa nak pencen awal la kan.

then sudah menanti Sadeline selama 30 minit kot. eh! cop-cop. actually, kami ingin mencari Sadeline sebab dia cakap singgah toilet. dan kami senyap-senyap masuk dalam toilet menanti Sadeline, malah siap bergambar lagi, alih-alih tiada Sadeline di dalam toilet. maka kami pun keluar dan berasa agak pelik di mana Sadeline kan. Then dia mesej bertanya dimana kami, dan aku pun balas dimana kedudukan kami. tetiba aku nampak kelibat gadis comel berjalan, aku tenungkan saja, then dia pandang dan senyum. itulah Sadeline. haha!
aku tanya juga toilet mana dia masuk, rupanya kami salah toilet. aishh! ingatkan mahu menjerit saja dalam toilet. kan tiada orang dengar. haha!
di Kl sentral. thanks to akak yg suweet kerna ambilkan gambar kami.hiks~

so kami lepak kejap then barulah pergi batu caves, temankan Nabila amik barang, kami naik KTM ke batu caves KTM. semestara tunggu KTM gerak, kami siap bergambar. nak tengok? haha!
aku dengan Nabila

Sadeline dengan Niya

perhh! memang kecoh dalam KTM itu dengan gelak tawa kami. dah sampai KTM, kami cari teksi dan bila naik teksi g rumah kawan Nabila ambil barang. after that g Giant batu Caves untuk berjumpa dengan Ain. dan thanks Ain ambil gambar kami. wewewe. comal nye kami kan?
see. sweet tak kami? 

sian Ain tak dapat Nasi Lemak ayam rempah dia. bukan tak nak cari kan. tapi baru jam 3 petang, mana ada bazar masih buka. huhu. sebelum gerak, kami beli kek kat Secret resepi! wee~ dan kami bergambo lagi. haha!
lihat! Ain ada letak nama. dia tulis Niya senget. aku punya kek pun dapat Nana senget. =__=)"

kami bergado sekejap di depan cashier.penin Ain layan kami. haha!

after that kami naik teksi ke KTM batu caves yang baru itu ke KL sentral, wah! banyak baru woo. ok la smart, then kami salah platform! oke. sangat-sangat malu dengan abang jual tiket itu. hahaha! sebab KTM batu caves adalah KTM yang last! so only 1 platform use!punya la sampai nak tutup-tutup muka kan. tak malu ke? ahaha!

then tunggu KTM gerak tak gerak-gerak. semakin menunggu untuk dibaiki sementara. aishh! agak lama. dan kesian Sadeline sebab something happen to her. sangat-sangat kesian. she looks so tired.

after KTM sampai we rushing to LRT then pergi ke kereta aku. ekcelikan aku ada satu perasaan yang aku takut kereta aku hilang! oke. aku tak suka feeling bukan-bukan kerna aku pasti setiap yang kita rasa pasti akan terjadi suatu hari nanti. serius aku tak tipu.

dah sampai Taman Jaya with heavy raining, maka aku pun bawa mereka ke Gravy baby! yeaay! kedai kak Wani Ardy! sangat-sangat syook!

lets see our picture. oke. aku tahu kami tidak comel, selalu masuk bakul angkat sendiri. well tiada orang nak puji, so puji diri sendiri la. kn3?


afan sampai jam 7. oke kena denda belanja kami. ahaks!

sekarang percaya kami ada pergi Gravy baby? besh! murah dan sedap.

sila rujuk PREVIOUS EMEL for more details about murahnyew~

Then 2 orang kawan Universiti Niya pun datang. hooray! meriahlah malam berbuka kami. sudah makan. sudah buka maka kami borak dan borak dan last-last bincang tempat mahu lepak so kami membuat keputusan mahu di TUTTI FRUTTI! ohyeay! mari tengok gambo sedap itu! dan Sadeline paling excited nak pergi tutti Frutti! haha!




sedap tak???sedap!!

then before we get back home kami mengambil banyak gambar kami. cuma tiada kawan Niya kerna dia mahu pulang awal selepas buka. huhu!

meh tengok kami. sebelum itu, maaf, satu gambar saja bole diberi tonton.haha!

see. dengan muka berminyak. aiish!

after tired bergambar, maka kami pon pulang. kerna aku sudah mengantok dan keletihan. well, dah la aku drive kan. agak bahayala kan. huhu!

kami tido malam tidak banyak borak sebab penat kot. dan next morning, aku bangun awal macam biasa. aku memang tidak boleh bangun lewat-lewat, tidak tahu kenapa. dan aku pergi tengok tv semestara mereka tido. oh ye! pas sahur pg itu, aku dengan Nabila berbual panjang. ahhah! besh2. story mory macam-macam. but gurl, u are very tough!

then bangun tido Niya mandi dulu, pas itu aku. Sadeline bangun awal, but she not in good mood so aku pasang lagu kak Fynn Jamal but tengok dia macam lagi worst mood dia so aku ambil anak akak aku yang baru saja 5 bulan bagi dia dukung dan she smile.haha!

then kami siap-siap dan kejutkan Nabila bila kami orang yang hampir siap tapi Nabila siap dahulu. cepat tol dia bersiap. kalah aku, Niya dan Sadeline. huhu!
before aku nak hantar mereka ke KTM Shah Alam, kami bergambar dengan lappy aku. weeeee.

tengok muka sweet kami.
haha! aku suka gambar ini saja.

sedih aku nak hantar mereka. tapi aku terpaksa. sebelum hantar ke KTM shah alam, aku bawak mereka bershopping kt GM Klang. perhh! memang rambang mata mereka. seperti mahu beli tapi masing-masing duit kekeringan kan.huhu! termasuk lah aku.

then hujan-hujan aku hantar mereka ke KTM Shah Alam, sorry kawan andai kereta itu tiada aircon dan membuat korang kepanasan. maaf sengat-sangat. dan maapkan aku andai layanan tidak semesra mana dan tidak semewah seperti hotel. harap kalian tidak serik mahu datang lagi.

miss you all damn much! hope we can meet again!

the end my story.

Tuesday, August 23, 2011

... perbezaan cinta dan suka ...

Pernah anda terfikir maksud Cinta dan Suka? Apa beza bila nda berada di depan orang anda Cinta dan juga di depan orang yang anda Suka?

1- Di hadapan orang yang kita cinta, hati kita akan berdegup kencang. Tapi di hadapan orang yang kita suka, hati kita akan gembira.

2- Di hadapan orang yang kita cinta, musim sentiasa berbunga-bunga. Di depan orang yang kita suka, musim itu cuma berangin sahaja.

3- Jikalau kita lihat di dalam mata orang yang kita cinta, kita akan kaku. Tapi jika kita melihat ke dalam mata orang yang kita suka, kita akan tersenyum.

4- Di depan orang yang kita cinta, kita menjadi malu. Di depan orang yg kita suka, kita akan tunjukkan imej yang sebenar.

5- Di depan orang yang kita cinta, lidah kelu untuk berkata-kata. Di depan orang yang kita suka, kita akan bebas berkata apa saja.

6- Kita tidak akan merenung mata orang yang kita cinta. Tapi kita akan selalu merenung mata orang yang kita suka.

7- Bila orang yang kita cinta menangis, kita akn turut jua menangis. Bila orang yang kita suka menangis, kita akan cuba untuk membuat dia gembira.

8- Perasaan cinta bermula dari kata. Perasaan suka bermula dari telinga. Jadi, jikalau kita berhenti menyukai seseorang yang kita suka umpama kita membuang telinga kita. Tapi jika cuba menutup mata cinta berbuah menjadi airmata. Setiap orang yang hidup akan mengalami ini dalam hidup mereka



Monday, August 22, 2011

... 7 sebab suami benci isteri ...

C1. CABAR
Lelaki mempunyai ego mereka tersendiri. Jadi mereka tidak suka dicabar terutama sekali oleh wanita. Wanita perlu tahu batas tindakan mereka agar lelaki tidak rasa tercabar. Isteri kalau bergaduh dengan suami mulalah kata "Kalau awak berani cubalah cari perempuan lain! Dr Fadillah kata JGN CABAR SUAMI... nanti suami buat betul-betul isteri juga yg putih mata...

C2. CABUL
Cabul ni bermaksud keji dari segi perangai sehingga seseorang wanita itu langsung tidak malu. Misalnya bergaul bebas dgn lelaki yang bukan muhrim tanpa menghirau batas pergaulan. Juga perbuatan & kata2 isteri yang tak sopan (isteri hilang sifat malu)seperti keluarkan kata2 yg tidak baik pada mertua...

C3. CELUPAR
Wanita yg cantik akan kelihatan hodoh jika mulutnya celupar. Celupar lebih kurang cabul juga. Isteri selalu cakap yang tidak manis, selalu terlepas cakap pada suami sehingga membuat suami jauh hati.

C4. COMOT
Terdapat wanita yg cantik tetapi comot. Comot ini samada melibatkan wajah wanita itu, penampilannya yg selekeh, kerja yg dilakukan serta tindak-tanduknya. Contohnya, isteri bila nak keluar rumah baru nak bersolek dan comel tapi kat rumah comot. Suami pula di tempat kerja asyik pulak nampak yg comel2 aje... Ada isteri kata - mekap untuk suami, tapi kat rumah tak praktik pun.

C5. CEMBURU
Cemburu perlu dalam sesuatu hubungan. Tetapi wanita yg terlampau cemburu hingga pasangannya merasa terkongkong akan membawa padah kepada perhubungan mereka. Ini membuatkan lelaki akan rasa diri mereka tidak dipercayai. Suami lemas kalau isteri cemburu berlebih-lebihan... sikit2 dok telefon suami kat tempat kerja. Suami baru balik kerja dah kita tanya macam-macam. Suami balik lewat overtime dah syak yg bukan2...

C6. CEREWET
Kata ulama hati wanita terletak pada mulutnya. Oleh itu wanita perlu mengawal percakapannya. Suami tak suka bila isteri cerewet tak bertempat. Contohnya kalau suami bawa makan luar, isteri nak tempat yang class2 aje. Restoran nak ada air-cond aje.

C7. CINCAI
Buat kerja rumah cincai, masak cincai, kemas rumah cincai, jaga anak cincai. Dr Fadillah kata suami paling benci bila isteri cincai jaga anak... anak dah masuk longkang tapi mak dok lepak depan tv lagi....

7C ini lambang keperibadian muslimah yang lemah akhlaknya. Berpelajaran tinggi belum tentu tinggi akhlaknya. Tapi kita insan yg mudah lupa & lalai... ada masa2 tertentu, mungkin juga kerana sifat suami & keadaan sekeliling yang buat kita mempunyai salah satu ciri2 7C tu. Renungkanlah.....


... 5 sebab hubungan tidak mampu bertahan dengan lebih gagah ...

kita sudah jaga hubungan tersebut dengan baik namun, hubungan itu tetap tidak dapat bertahan, kenapa? apa sebab hubungan tersebut tidak mampu bertahan lama?


antara sebab sesuatu hubungan itu tidak mampu bertahan ialah :-

1. Menipu

Menipu adalah “pembunuh” utama dalam sebuah perhubungan. Ia umpama ledakan gunung berapi yang meletus hebat. Ada yang menipu untuk “menyelamatkan” sebuah perhubungan, namun mereka tidak mahu hati pasangan terluka. Sesetengah orang tidak dapat menerima bahawa hati mereka telah dipermainkan.

2. Harapan / Kebebasan

Ada pasangan meletakkan harapan yang sangat tinggi kepada pasangannya malah mereka bergantung penuh kepada pasangan. Ada lelaki menyukai hal ini tetapi ada juga yang sebaliknya. Di sinilah timbulnya konflik yang mungkin menyebabkan hubungan terputus di tengah jalan. Ada pula lelaki yang inginkan kebebasan, tetapi dikongkong. Hal-hal beginilah membuatkan perhubungan tersekat.

3. Terlalu Memikirkan Aspek Perkahwinan

Perhubungan yang sihat biasanya berlangsung dalam suasana yang sangat harmonis. Ia perlu diisi dengan kasih sayang dan sikap saling memahami. Bila semua ini ada barulah perhubungan boleh sampai ke peringkat serius. Tapi sesetengah wanita, yang baru saja berkenalan terus saja mengharap akan ia berakhir dengan perkahwinan. Mereka takut jika perhubungan dijalinkan hanya sia-sia sahaja. Jadi kalau timbulnya konflik ini, perhubungan boleh menjadi putus.

4. Mengungkit Hal Yang Lalu

Menjadi kepantangan bagi sesetengah orang untuk mengungkit hal-hal yang lepas. Apatah lagi jika mengungkit akan kekasih lama. Belajarlah dari kesilapan, jangan mengungkit kisah lalu kalau anda sayangkan perhubungan.

5. Berbeza Pendapat

Dalam menjalin sebuah perhubungan, perbezaan pendapat memang sering terjadi. Kita mempunyai idea yang berbeza dengan pasangan dan hal-hal inilah yang membuatkan pasangan sering berbalah. Ada yang mempunyai cita-cita tetapi tidak dapat ditunaikan hanya kerana pasangan tidak mengizinkan. Itu adalah antara perkara yang boleh membantutkan sesebuah perhubungan

::: Setelah menerjah post sendiri :::

perhh!! bertahun sudah belog aku ni eh. from 2010. then aku kawen 2014. beranak pinak from 2015 until 2021. HHAHAH i have 4 ketoi anak. 1 bu...