Wednesday, October 26, 2011

... ciri-ciri suami romantik & manja ...


just copy paste!

1. Melalui bertentang mata

Jika suami anda merenung tepat ke arah mata anda, ini menunjukkan suami minat terhadap anda. Jadi si isteri janganlah mengalihkan pandangan pula tetapi teruslah membuat jelingan mata yang menawan terhadap suami anda.
 
2. Jika marah

Jika si isteri sedang marah dan tiba-tiba si suami memujuk dan memeluk erat mesra isterinya, ini petanda bahawa si suami sangat menyayangi isterinya. Jadi, banyakkan berbuat begini ye. Jikalau si isteri sedang marah(api), suami patut menyejukkannya dengan belaian mesra.
 
3. Dia tunjuk minat kepada perkara yang anda suka

Misalnya jika dia tahu anda suka tengok cerita yang romantik, dia akan berikan pendapat cerita-cerita romantik yang dapat dilihat bersama. Memang romantis suami begini.

4. Suka mengusik dan berjenaka
Suami kerap mengusik anda. Jangan risau kerana ianya ingin menarik perhatian anda untuk disayangi dan dimanjai.

5. Bercakap lembut
Kalau seorang suami ini minat akan anda, dia akan bercakap dengan lebih lembut dan mesra dengan anda. Yang pasti ini sikapnya yang sangat romantis. Jika anda si isteri, apalagi masa inilah untuk bermanja dengannya.


Berbahagialah dan beruntunglah jikalau isteri mempunyai suami yang begini. Kepada mereka yang mempunyai ciri-ciri suami di atas, hargailah dan banyakkanlah wujudkan hubungan mesra suami isteri.


Lelaki Romantik

Lelaki romantik lebih menarik perhatian wanita kerana mereka biasanya pandai mengambil hati dan bijak berkata-kata. Lelaki jenis ini adalah sungguh selesa untuk didampingi dan merasa diri dihargai dan disayangi. Semua wanita mendambakannya walaupun wanita ini dari jenis yang rugged, aggresif dan lincah.


Cara untuk mengenali lelaki adalah mereka mempunyai ciri-ciri yang berikut :

1. Lelaki romantik suka menonton cerita-cerita yang bertemakan cinta.


2. Lelaki romantik mudah mengucapkan sayang kepada pasangannya.


3. Lelaki romantik akan memeluk isterinya lebih dari tujuh kali sehari.


4. Lelaki romantik sering memberikan kejutan kepada pasangannya seperti memberikan hadiah pada hari-hari bersejarah mereka berdua seperti pada hari kelahiran, ulangtahun perkahwinan dan sebagainya.


5. Lelaki romantik akan sentiasa ingat kepada pasangannya ketika mereka berjauhan dan akan membelikan sesuatu kepada pasangannya jika mereka pergi ketempat yang jauh.


6. Lelaki romantik akan memegang konsep lady’s first. Mereka akan mendahulukan pasangan dalam apa jua hal sebagai tanda menghargai dan menghormati pasangan.


7. Lelaki romantik sangat setia pada pasangan.


8. Lelaki romantik biasanya memanggil pasangannya dengan panggilan manja dan lembut.


9. Lelaki romantik akan mengajak pasangannya berbicara jika melihat wajah pasangannya tidak ceria.


10. Lelaki romantik biasanya ikhlas dalam memohon maaf sekiranya mereka melakukan kesalahan kepada pasangannya.


11. Lelaki romantik akan sedaya upaya tidak akan melakukan kesalahan kepada pasangannya kerana mereka tidak akan sanggup melihat pasangannya terluka dan bersedih.





... doa seorang suami ...

just copy and paste


Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Kau ampunilah dosa ku yg telah ku perbuat

Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yg tiada terbatas


Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fizikal


Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan


Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista


Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cubaan-Mu


Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan



Ya Allah


Sekiranya isteri ku ini adalah pilihan-Mu di Arasy


Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya


Sekiranya isteri ku ini adalah isteri yang akan membimbing tanganku d ititian-Mu


Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya


Sekiranya isteri ku ini adalah bidadari untukku di Jannah-Mu


Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya


Sekiranya isteri ku ini adalah yang terbaik untukku di Dunia-Mu


Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya


Sekiranya isteri ku ini jodoh yang dirahmati oleh-Mu


Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya






Tetapi Ya Allah


Sekiranya isteri ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang


Kau tunjukkanlan aku jalan yg terbaik untuk aku harungi segala dugaan-Mu


Sekiranya isteri ku tergoda dengan keindahan dunia-Mu


Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya


Sekiranya isteriku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan


Kurniakanlah aku kekuatanMu untuk aku memperbetulkan keadaannya


Sekiranya isteri ku menyintai kesesatan


Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena



Ya Allah


Kau yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untukku


Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan keterlanjuranku


Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan


Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai


Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai suami


Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhirat-Mu


Sekiranya aku engkar dan derhaka


Berikanlah aku petunjuk kearah rahmat-Mu



Ya Allah sesungguhnya


Aku lemah tanpa petunjuk-Mu


Aku buta tanpa bimbingan-Mu


Aku cacat tanpa hidayah-Mu


Aku hina tanpa Rahmat-Mu



Ya Allah


Kuatkan hati dan semangatku


Tabahkan aku menghadapi segala cubaan-Mu


Jadikanlah aku suami yang disenangi isteri


Bukakanlah hatiku untuk menghayati agama-Mu


Bimbinglah aku menjadi suami yang Solehah


Hanya pada-Mu Ya Allah ku pohon segala harapan


Kerana aku pasrah dengan dugaan-Mu


Kerana aku sedar hinanya aku


Kerana aku insan lemah yg kerap keliru


Kerana aku leka dengan keindahan dunia-Mu


Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaran-Mu


Kerana pendek akal ku mengharungi ujian-Mu



Ya Allah Ya Tuhanku


Aku hanya ingin menjadi suami yang dirahmati


Suami yang dikasihi


Suami yang soleh


Suami yang sentiasa di hati isteri


Amin, amin Ya Rabbal Allamin



... tanda-tanda cinta berakhir ...

just copy paste.
Cinta kadang-kala tidak dapat diduga awal dan akhirnya. Ada yang bermula dan berakhir dengan kebahagiaan namun ada yang hanya bertahan untuk tempoh yang singkat sahaja. Sekiranya anda sedang dilanda waktu genting dalam percintaan anda, cuba lihat tanda-tandanya. Panduan ini berguna supaya anda tahu apakah hubungan itu masih dapat dilanjutkan atau tidak.



Dia Tukar Nombor Telefon

Tukar nombor telefon tanpa beritahu anda. Atau kalau anda mendapat nombor barunya, dia tak mahu mendengarnya. Ini tanda dia sememangnya tidak mahu mendengar suara anda lagi.

Duduk Berjauhan

Dulu, duduk berdekatan dan bermesra. Kalau dulu berduaan, ada saja yang dibicarakan. Tapi sekarang, dia hanya mementingkan kerja dan mungkin buat-buat sibuk untuk cuba mengelakkan dari berbicara dengan anda.

Suka Menghabiskan Masa Dengan Orang Lain

Dulu dia selalu mencari-cari waktu untuk bersua, tapi sekarang dia lebih suka menghabiskan waktu dengan orang lain atu teman-temannya. Dalam perbualan pun, dia tidak lagi bersependapat dengan anda lagi seperti dulu lagi.

Pindah Rumah Tanpa Beritahu

Alasannya, lupa untuk memberitahu anda. Namun sebenarnya ini adalah tanda dia tidak lagi ingin berhubungan dengan anda lagi.

Foto Anda Dihilangkan

Foto-foto anda diletakkan merata tempat yang tersorok seperti di bawah meja dan di laci. Dia bukannya menyimpan gambar anda sebagai kenangan atau nostalgia sebaliknya tidak mahu melihat wajah anda lagi.

Dia Lebih Senang Pergi Bersama Teman-temannya

Ciri-ciri ini dengan jelas dia lebih suka berdampingan dengan teman dia berbanding diri anda. Anda bukan lagi orang yang paling istimewa dalam hidup dia seperti dulu lagi.

Katanya Hubungan Sudah Berakhir

Kalau hubungan ini sudah berakhir begini, bermakna itulah permintaan dia dan anda harus menerima dengan hati yang terbuka.

Lupa Hari Jadi Anda
 
Jika sebelum ini ingat, tapi kini sudah lupa. Jangan tanya kenapa, tetapi faham-fahamlah sahaja bahawa anda sudah tidak berada dalam hidupnya seperti dulu.




Monday, October 24, 2011

... unplanned vacation ...

assalamualaikum.

last month pada week yang last, aku dan famili telah pergi vacation! err! citer sudah basi baru mahu dikongsi? haha! maaf la ek. kesibukan *padahal tidur sahaja* telah melanda dalam diri. well, apa boleh buat. mahu cari duit kan. haha. duit nak kawin mungkin. hihi.

tentang vacation aku. meh la tengok gambo tak seberapa ini. enjoy!
my mama and abah. drive to Lumut!
dalam kereta ada lak nyamuk maka aku telah pukul ia dan mati melekat. hiihihi~

Alhamdulillah. sudah sampai Pangkor jeti. nice view! macam sudah lama lak tak sampai, padahal tahun bulan 6 hari tuh baru saja pergi. hihihi.

sesampai saja sudah tengahari. maka kami pegi cari kedai makan. dan makan lepas tuh pegi pantai kejap untuk ambil pemandangan yang hebat! dan aku tulis nama aku dipasir seperti di atas. hihihi.

the next morning. ada lak hornbill. kan kan kan? depa ni ada waktu pagi saja. time ni kami nak g cari kedai makan. perh! ada satu kedai makan ni kan mahal nak mampooos! nasi lemak telur goreng rm3.50. kata kedai koperasi. kasi la murah cikit. ni tak. hurmm. nak kata sedap, cam makan nasi biasa aje. tak apalah. sudah makan pun.

waktu petang. canteq kan? very nice laa!

sama je macam atas punya view. hihihi.

itu gamat! sudah mati. geli oke bile terpijak kalo tak perasan!

mandi time! best. aku mandi kat tempat ada batu hadang. so air ombak tidak terlalu kuat. besh wooo. aku mandi dengan adik aku aje. hihihi~

this is pantai!!!

seeking ketam. hohohoho~


smart tak aku edit? hihihi~

oh! di pantai adalak rumpai laut. maka aku lak ada kretiviti aku nih mengukir nama aku. haha! bijak tak saya??

ini versi lain pulak. hihihi~

err? layan aje la gambo-gambo ini ek.hihii~


so nak balik dah. sebab only 1 nite saja. but its very-very fun. part yang funny aku lompat dan jatuh. konon nak tunjuk terer. hahhaha! adik dan mama dan abah dok bantai gelakkan aku je. =__=" malu nau. nasib tak ada orang nampak. hahhahaha! lawak-lawak!

i will miss this jeti. really-really miss it. lagi-lagi part aku tengah emo gile-gile ni. aiishh!

di sini i want to say thanks to my mum and dad sebab bawak anak dia ni pegi vacation! weee! thanks sebab macam tau-tau saja anaknya ini tengah frust! hahahahah! very-very beshh!

thanks mum & dad. love yuh!!!

... every husband should read this ...

i just copy and paste. enjoy reading.

"Love her …when she sips on your coffee or tea. She only wants to make sure it tastes just right for you.

Love her…when she "pushes" you to pray. She wants to be with you in Jannah (Paradise).

Love her…when she asks you to play with the kids. She did not "make" them on her own.
...
Love her...when she is jealous. Out of all the men she can have, she chose you

Love her…when she has annoying little habits that drives you nuts. You have them too.

Love her…when her cooking is bad. She tries.

Love her…when she looks dishevelled in the morning. She always grooms herself up again.

Love her…when she asks to help with the kids homework. She only wants you to be part of the home.

Love her...when she asks if she looks fat. Your opinion counts, so tell her she's beautiful.

Love her…when she looks beautiful. She's yours so appreciate her.

Love her...when she spends hours to get ready. She only wants to look her best for you.

Love her…when she buys you gifts you don't like. Smile and tell her it's what you've always wanted.

Love her…when she has developed a bad habit. You have many more and with wisdom and politeness you have all the time to help her change. 

Love her…when she cries for absolutely nothing. Don't ask, tell her its going to be okay

Love her…when she suffers from PMS. Buy chocolate, rub her feet and back and just chat to her (trust me this works!)

Love her…when whatever you do is not pleasing. It happens and will pass

Love her…when she stains your clothes. You needed a new thobe (kurta) anyway

Love her…when she tells you how to drive. She only wants you to be safe.

Love her…when she argues. She only wants to make things right for both

Love her…she is yours. You don't need any other special reason!!!!

All this forms part of a Woman's Character. Women are part of your life and should be treated as the Queen.

The Messenger of Allah (peace be upon him) advised concerning the woman:

• Treat the women well.

• The best of you are those who are the best in the treatment of their wives."




... jagalah mata anda! ...

assalamualaikum. 

today aku MC. sebab ape? sebab doktor telah bagi aku cuti. kikikiki! baiklah. aku cuti sebab aku pergi check mata. dia seperti ketumbit tapi tiada nanah pun. pelik kan? lepas tuh dalam kelopak mata lak tuh. 

komen doktor kat aku, "mata awak banyak kuman la. awak kena basuh bersih-bersih."

korang nak tak share dengan aku cara-cara buang kuman dengan mudah dan FREE! haha! tak adalah free sangat tapi boleh la. kuikuikui!

baiklah. doktor kata cara ini perlu dilakukan setiap hari dan 3kali sehari. ini boleh manghalang kuman pada mata kita merebak dan elak dari ketumbit ada. oke?

1. sediakan air suam setengah cawan atau tidak sampai setengah. make sure suam oke?
2. titik kan "SHAMPOO JOHNSON&JOHNSON BABY" sebanyak 2-3 titik sahaja. "ala! shampoo yang iklan TAK PEDIHKAN MATA!" - ingat tak? hihi
3. amik COTTON BUD dan kacau dalam air yg ada shampoo itu. dan kemudian sapu pada kelopak-kelopak mata kita.

senang kan? cuma perlu beli shampoo johnson&johnson aje laa. ala.. botol kecik tuh below RM7. then boleh guna sampai sebulan derr. 2-3 titik tak adalah banyak sangat kan?

selamat mencuba! 

dan aku tengah mencuba la nih. nasiblah ada akak aku yang dah beranak 8hb oktober 2011 hari tuh. so adalah benda-benda itu. hahahahahaha!

well! enjoy laa! 

Wednesday, October 19, 2011

... kenapa kau kisah? ...

Assalamualaikum.

yaa! tuan-tuan dan puan-puan. mari-mari. aku ada cerita hot and spicy tau. huhu. bukan apa. cuma kes ni sudah lama berlalu. tiba-tiba malam tadi kan, tengah aku di ulit mimpi nan indah. dah la tengah sanding dengan Shahheizy Sam kan, leh pulak hp aku berbunyi kan. maka, tercelik lah sedikit mata aku dan melihat msj yang masuk itu.

nak tahu tak apa di dalam kandungan itu? nak? nak? nak? haha! sabar. sabar. ia tidak seberapa penting.

tapi kan. aku tak tahu la kenapa makhluk ni dok sibuk mesej aku. aku langsung lah tak balas kan. buat apa. manusia itu aku tidak mahu dia muncul dalam hidup aku. seperti previous belog entry aku forgive or forget, aku ambil, forgive and forget. tapi kenapa dia masih tak faham!!

aduh! dia kalau mesej elok-elok tak apalah. ni yang bukan-bukan. mahunye aku nak layan kan? kalau baik pon, aku fikir 16 kalilah nak balas or tak. bukan nak jual mahal atau sombong. tapi. ada sebab aku tak mahu layan kan. ada sebab. consider aku reject la cinta mamat ni ek. haha!

ok. dulu kan aku kawan dengan mamat ni before aku masuk company baru sekarang. kami ada bincang pasal gaji tempat baru la kan. kira dulu aku agak bodoh la kan bagitahu jumlah gaji aku kan. adoi! bodoh tol aku ni. ish!

sebelum mesej semalam, awal bulan 10 kalau aku tak silap, mamat ni ada mesej aku la akn berbunyi cam ini.
"amacam tempat kerja ko? gaji sekarang dah naik ker?"
aku manalah save number mamat nih kan. dan aku balas lah. "tempat aku okay aje. tapi ko siapa ek nak tahu gaji aku?"
dia balas, "cakap jelah kat aku gaji ko sekarang dah berapa?"
aku tanya lagi, "ko ni sapa?"
dia balas, "ko tak payah tau la pasal aku. sekarang aku nak tahu gaji ko."
then aku cari la kan number tuh dalam buku contact aku. then aku tau dah sape. mamat yang kena reject dengan aku. huhu. then aku buat keputusan tak balas mesej dia. biarkan ia berlalu pergi kan. huhu. 

jangan ingat dia diam tau. dia tuh tak kenal putus asa tau. dia bagi mesej lagi,
"sombong ko ek. gtau gaji pon susah. tak apa. tengoklah nanti."

perhh! seram tak? seram tak? aku malas nak layan so aku terus solat. kalo tak silap mesej die bagi ni waktu nak magrib. huhu. dan aku ingatkan cerita itu habis sampai disitu saja kan. tak sangka lak ada lagi mesej mamat ni. nak tahu apa? haha! jangan surprise!

dia mesej aku cam ni,
"ala!! gaji ciput je pun nak sombong dengan aku kan."

haha! tuh la mesej dia. hahaha! kenapa ek dia kesah pasal gaji aku? pelik la aku. tak ada pun aku mintak duit dia walau satu sen pun. tak ada pun aku mintak sedekah kat dia.aku tahu gaji dia memang lebeh banyak dari aku, tapi aku tak kesah pon pasal tuh. itu sudah rezeki dia kan. nak aku buat macam mana. mungkin rezeki aku belum sampai kan. 

adoiyai! sakit jiwa kot mamat ni. aku bukanlah nak gelakkan dia. tapi kan. pelik tak pelik. gaji aku ciput ni pun boleh jadi isu kan? aku ni nak sombong ker, tak nak ker. dia peduli apa kan. adoi! aku memang sombong dengan lelaki. nak buat macam mana. lelaki yang betul-betul ikhlas berkawan dengan aku saja tahu aku ni sombong or tak. haha! 


hadoi! pasal gaji ciput pon boleh cakap aku sombong. belum lagi gaji aku macam Perdana Menteri kita. haha! terkejuzz ko nanti. jangan datang jumpa aku nak pinjam duit dah. hadoi!

sudah lewat malam. aku mahu tido. ini entry true stori ek. huhu~

TTFN!


Usagi Sailor Moon - Link Select

❦❦❦❦❦❦❦❦❦❦

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...