Wednesday, October 19, 2011

... kenapa kau kisah? ...

Assalamualaikum.

yaa! tuan-tuan dan puan-puan. mari-mari. aku ada cerita hot and spicy tau. huhu. bukan apa. cuma kes ni sudah lama berlalu. tiba-tiba malam tadi kan, tengah aku di ulit mimpi nan indah. dah la tengah sanding dengan Shahheizy Sam kan, leh pulak hp aku berbunyi kan. maka, tercelik lah sedikit mata aku dan melihat msj yang masuk itu.

nak tahu tak apa di dalam kandungan itu? nak? nak? nak? haha! sabar. sabar. ia tidak seberapa penting.

tapi kan. aku tak tahu la kenapa makhluk ni dok sibuk mesej aku. aku langsung lah tak balas kan. buat apa. manusia itu aku tidak mahu dia muncul dalam hidup aku. seperti previous belog entry aku forgive or forget, aku ambil, forgive and forget. tapi kenapa dia masih tak faham!!

aduh! dia kalau mesej elok-elok tak apalah. ni yang bukan-bukan. mahunye aku nak layan kan? kalau baik pon, aku fikir 16 kalilah nak balas or tak. bukan nak jual mahal atau sombong. tapi. ada sebab aku tak mahu layan kan. ada sebab. consider aku reject la cinta mamat ni ek. haha!

ok. dulu kan aku kawan dengan mamat ni before aku masuk company baru sekarang. kami ada bincang pasal gaji tempat baru la kan. kira dulu aku agak bodoh la kan bagitahu jumlah gaji aku kan. adoi! bodoh tol aku ni. ish!

sebelum mesej semalam, awal bulan 10 kalau aku tak silap, mamat ni ada mesej aku la akn berbunyi cam ini.
"amacam tempat kerja ko? gaji sekarang dah naik ker?"
aku manalah save number mamat nih kan. dan aku balas lah. "tempat aku okay aje. tapi ko siapa ek nak tahu gaji aku?"
dia balas, "cakap jelah kat aku gaji ko sekarang dah berapa?"
aku tanya lagi, "ko ni sapa?"
dia balas, "ko tak payah tau la pasal aku. sekarang aku nak tahu gaji ko."
then aku cari la kan number tuh dalam buku contact aku. then aku tau dah sape. mamat yang kena reject dengan aku. huhu. then aku buat keputusan tak balas mesej dia. biarkan ia berlalu pergi kan. huhu. 

jangan ingat dia diam tau. dia tuh tak kenal putus asa tau. dia bagi mesej lagi,
"sombong ko ek. gtau gaji pon susah. tak apa. tengoklah nanti."

perhh! seram tak? seram tak? aku malas nak layan so aku terus solat. kalo tak silap mesej die bagi ni waktu nak magrib. huhu. dan aku ingatkan cerita itu habis sampai disitu saja kan. tak sangka lak ada lagi mesej mamat ni. nak tahu apa? haha! jangan surprise!

dia mesej aku cam ni,
"ala!! gaji ciput je pun nak sombong dengan aku kan."

haha! tuh la mesej dia. hahaha! kenapa ek dia kesah pasal gaji aku? pelik la aku. tak ada pun aku mintak duit dia walau satu sen pun. tak ada pun aku mintak sedekah kat dia.aku tahu gaji dia memang lebeh banyak dari aku, tapi aku tak kesah pon pasal tuh. itu sudah rezeki dia kan. nak aku buat macam mana. mungkin rezeki aku belum sampai kan. 

adoiyai! sakit jiwa kot mamat ni. aku bukanlah nak gelakkan dia. tapi kan. pelik tak pelik. gaji aku ciput ni pun boleh jadi isu kan? aku ni nak sombong ker, tak nak ker. dia peduli apa kan. adoi! aku memang sombong dengan lelaki. nak buat macam mana. lelaki yang betul-betul ikhlas berkawan dengan aku saja tahu aku ni sombong or tak. haha! 


hadoi! pasal gaji ciput pon boleh cakap aku sombong. belum lagi gaji aku macam Perdana Menteri kita. haha! terkejuzz ko nanti. jangan datang jumpa aku nak pinjam duit dah. hadoi!

sudah lewat malam. aku mahu tido. ini entry true stori ek. huhu~

TTFN!


No comments:

❦❦❦❦❦❦❦❦❦❦

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...