LAZADA

Monday, October 17, 2011

... laughing other person that you hate? ...

assalamualaikum.

sudah lama aku mahu buat entry ini. tapi waktu itu aku tidak matang lagi. tapi kini InsyaAllah aku matang dan harap kata-kata aku ini dapat mencelik mata aku, kau, kau, dia dan mereka. kan? kan? kan?

oh siang tadi kan kawan aku ada email aku tentang belog Abby Abadi punya entry. peh! memang hot and spicy la. dan bila baca belog die kan. beliau memang tabah la kan. bukan senang nak jadi ibu tunggal kan. huhu.

back to the topik kan. aku ni bukanlah manusia yang suka gelak. siyes. nk tengok aku gelak pon susah. tak caya? cer tanya mereka yang betul-betul kenal aku. dorang akan cakap aku ni STONE! bukan stoncold ek. bukan bukan. itu WWF punya olang woo. hihi.

tapi aku ada story dimana aku ada gelak kan sorang umat ini. dia bukanlah musuh atau kawan aku tapi dia adalah orang yang aku kenal. consider orang yang aku kenal la. tapi remind dalam otak kalian, dia bukan kawan atau musuh atau ex atau sapa-sapa. tapi dia seorang yang aku kenal.

dia ni suka tak mengaku kesalahan sendiri. even pada ibu bapa dia pun dia tak mengaku kesalahan sendiri. dasyat kan? worst beb! menipu mak bapak dosa besar woo. bukan itu sahaja, dia boleh pulak tuduh orang lain yang buat. orang tuh diam dan buat dunno la. orang tuh dah la menumpang rumah dia sebab kerja dengan mak budak tak mengaku bersalah ni pastuh kena lak jadi kambing itam. dasyat kan? ish! ish! ish!

but! 1 day, gambar die dengan pakwe dia nih tersebar lak ke handphone mak dia, apa lagi kena bantai la. mana taknye, SPM pun belum tapi dah dok peluk-peluk. bawah pokok lak tuh. tuh baru mak die bantai. belum bapak die lagi. dan cerita itu hanya sampai mak dia aje. tak sampai ke bapak die. but die masih tak serik lepas kena pukul pun. bese lah. orang degilkan. mana nak sedar-sedarkan. gatal cam orang nak kawen aje. aku ni pun belum nak kawen. yela. tengah kumpul duit ni. hihi.

sambung balik. bila aku dan sesetangah manusia yang tak suka dia sangat ni dapat tahu mak dia bantai dia. kami pun gelak lah. siap cakap "PADAN MUKA" lagi. kejam kan kami? kami dah lama bersabar dengan sikap dia tuh. tak pernah nak sedar diri. pun still tak sedar. so kami kembali diam jela.

mula-mula nak gelak ni aku takut gak la kan. mama aku bising bila dapat tau kami gelak kan dia. mama aku cakap tak baik gelakkan orang. then aku pun diam dan fikir salah ke gelakkan orang?
*innocent face*

the answer is, SALAHLAH! even dia memang tak patut bersikap demikian, tapi kita tak ada hak nak gelakkan orang dan berkata macam tuh tau.

aku rasa dia adalah manusia ke-2 aku cakap PADAN MUKA. manusia pertama adalah manusia yang melanggar aku dahulu kala.

dulu aku excident. seorang wanita langgar aku dan tulang pinggul dia senget kot. then aku tiada apa-apa sangat kecuali sakit kat leher until now leher aku sakit-sakit tapi doktor cakap tak ada pape. excident tuh berlaku pagi waktu aku nak ke opis. dan aku balik-balik g klinik dan on9 fb aku cakap "padan muka. sape suh langgar aku. kan dah patah tulang.". dan 1 of my fwen cakap kt aku, "tak baik cakap cam tuh. orang tuh mungkin tak sengaje. tak baik tau. dunia ni bagaikan roda. ingt tuh." . dan aku terdiam dan fikir.

dalam FB, ramai yang suka mengelakkan orang yang mereka tak suka a.k.a musuh. tahlah. sudahlah orang itu sedih. lepas tuh dia aibkan cerita orang itu pulak. tidak semua manusia bernasib baik okay. dan kita ini pun tidak akan kekal bahagia dan ketawa.

setiap manusia berlainan nasib. hmm. susah la aku nak explain dengan lebih lanjut. susah sangat. tapi tidak perlulah perli memerli saat orang tuh menangis. sebab kita ni hidup macam roda. kalau kita gelakkan orang tuh, suatu hari nanti orang lain akan gelakkan kite. pastuh kite gelakkan balik orang tuh tapi akan ada orang lain gelakkan kita. tak serik ker gelakkan orang? atau bawa cerita orang ke hulu ke hilir? kerana dosa lalu sampai sekarang kita berdendam. nak kata orang itu bunuh orang dia sayang tidak pula. kata-kata atau salah faham antara manusia saja sudah boleh buat pergaduhan berlaku. dunia-dunia.

selalu orang nasihat aku. kalau orang tuh selalu sakitkan hati kita. janganlah kita terasa. pastuh, andai orang yang kita benci tahap gaban itu telah jatuh dari langit die, hendaklah kita bantu angkat dia atau bayangkan diri kita ditempat dia suatu hari nanti walaupun kite dah pernah rasa suatu ketika dahulu. setiap benda akan berlaku berulang-ulang. cuma keadaan berbeza tapi kesakitan yang sama kan?

p/s: pelangi tak akan terus memancar selama-lamaya. 

2 comments:

~cAhAyA kEmUL!aAn~ said...

ko dh tukar layout..pdan la dh bole bkak gne fon ak..weeee~

btw ak pnah dgr ceramah kt tv, klau kte xmmpu nk maaf kn seseorg 2 skrg nie, jgn ckp kte xkn maafkn die smpai bile2..ckup sekadar ckp buat mse ini kte xmmpu lg, tp mgkin esok kte sdah bole maafkn die..kate2 kte adalah doa..n x elok mendoakan diri sendiri jdik pendendam..=)

insta: lea_na_nur_ said...

btl tuh. ak dlu kuat dendam. tp lame2 ak bio kn ia n let go. so ak oke!! wee~

... high cost for autisme kids ...

assalamualaikum.  dah lama tak menaip kan dan meluahkan perasaan kat sini, so this is the day i think i need to luahkan apa yang rasa.  aku ...