LAZADA

Monday, August 22, 2011

... Khasiat Buah Belimbing ...

Assalamualaikum.

korang suka tak makan buah belimbing? confirm ada yang tak suka kan? well, anda mungkin manusia yang agak kecian sebab buah ini ada khasiatnya oke. *aku pon kureng minat buah ini.kuikui.*

oke. sebelum aku cerita lebih panjang tentang khasiat buah ini. aku ingin mengatakan yang aku just share this info from MALAYSIARIA.COM besh tau kalo korang ikut benda ini. macam-macam cerita dorang share.

klik sini kalo tak caya. tapi korang kena daftar la kan.

Khasiat Buah Belimbing Manis ( Star Fruits )

Dengan Nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani;
Segala Pujian dan Kesyukuran hanya kepada Allah Subhanahu wa ta’ala;
Selawat dan Salam keatas junjungan Nabi Muhammad (Sallallāhu 'alaihi wa sallam)

Belimbing merawat kencing manis;tekanan darah tinggi; gingivitis atau radang gusi.

Tumbuhan yang dikatakan kemungkinan berasal dari Sri Lanka atau kepulauan Asia Tenggara terutamanya Malaysia dan Indonesia. Terdapat dalam dua jenis yang nyata iaitu belimbing manis dan belimbing sayur (belimbing buluh). Yang akan kita perkatakan dalam artikel ini ialah belimbing manis atau belimbing besi (Averrhoa carambola).

Buah belimbing besi merupakan sumber vitamin C yang baik, juga zat besi dan zat kapur.

Dalam bahasa Inggeris buah ini disebut sebaga starfruit lantaran bentuknya yang serupa bintang apabila dihiris melintang. Rasanya yang manis dan menyegarkan dengan aroma khas yang mebangunkan selera. Belimbing besi mempunyai nilai ekonomi yang tinggi. Sewaktu muda buahnya berwarna hijau muda dan berubah menjadi kekuningan stelah tua. Jenis belimbing besi yang diungguli ciri-cirinya adalah bentuknya besar, warnanya menarik, seratnya halus, sangat bersari dan rasanya manis segar.

Kebiasaannya , buah belimbing besi dimakan segar. Sebahagiannya diproses dan dijadikan pelbagai jenis produk seperti minuman segar serta kordial, jem , gula-gula buah, sos buah, buah kering, campuran hirisan buah di dalam sirap atau jus , halwa dan sebagainya. Buah belimbing muda boleh dijadikan jeruk.

Di samping sebagai sumber nutrisi yang baik, buah belimbing besi muda juga digunakan untuk pencegahan bahkan terapi pelbagai macam penyakit, antara lain bermanfaat dalam: menurunkan tekanan darah tinggi, anti oksida, anti kanser, melancarkan pencernaan, menurunkan kolestrol dan membersihkan usus.

Pada dinding sel belimbing terdapat pektin yang merupakan bahan pembentuk gel di dalam usus.Terbentuknya gel tersebut mempunyai pengaruh menurunkan kolestrol. Dalam hal ini pektin mengikat kolestrol dan asid hempedu dalam usus serta mendorong pengeluarannya.

Air perahan buah belimbing dapat mencegah tekanan darah tinggi agar selalu berada dalam keadaan yang normal. Penderita tekanan darah tinggi boleh meminum air parutan buah belimbing setiap dua hari sekali. Caranya buah belimbing yang cukup besar dan sudah setengah matang diparut halus, kemudian diperah airnya sebanyak satu gelas.Minumlah setiap pagi hari selama satu bulan.

Dikatakan tekanan darah tinggi akan menjadi normal apabila seseorang itu rajin meminum air belimbing. Tapi jangan sekali-kali mencampurkan air perahan belimbing dengan gula pasir atau sirap kerana ia akan menimbulkan kesan yang sebaliknya.

Di India buah belimbing yang masak digunakan untuk menghentikan pendarahan. Sementara buahnya yang telah kering digunakan untuk mengurangkan demam panas. Buah yang telah diawet pula digunakan oleh masyarakat India untuk meredakan cirit-birit dan mabuk kerana pengambilan alkohol berlebihan. Minyak yang diekstrak dari buah dijadikan ubat mengubati penyakit mata .

Di Negara Brazil pula, pesakit yang mempunyai masalah buah pinggang dan pundi kencing sering dinasihatkan agar mengambil buah belimbing. Masyarakat negara itu juga percaya bahawa buah tersebut elok untuk penderita ekzema.

Chinese materia medical ada menyatakan bahawa rebusan buah dan daun belimbing elok diminum untuk mengatasi masalah muntah-muntah.Daunnya diramas dan diletakkan di atas dahi untuk menghilangkan sakit kepala. Sementara pucuk dan daun yang dihancurkan diletakkan di atas cacar dan ringworm.


inilah belimbing besi. eh salah!belimbing.hihi~

ohyeay..kalo korang batuk atau ada darah tinggi sila baca ini pulak.

anak belimbing.kahkah. tak la gurau.


Khasiat Buah Belimbing Buluh

Belimbing buluh ni sebenarnya ada dua jenis; buah yang berwarna kuning dan hijau - keduanya rasa masam.( Its known as cucumber tree amongst westerners). Sedap dibuat masak lemak dengan udang atau pun tumbuk saja dengan sambal + udang kepal (utara). Yang dah kering tu di sebelah utara dibuat acar. Katanya orang kelate masukkan sebagai ramuan singgang.

Dalam kehidupan seharian, asam ini yang kaya dengan asid oksalik digunakan untuk menghilangkan kesan-kesan degil di tangan atau kesan karat di pakaian dan kadang-kadang digunakan jugak untuk mencuci barang-barang tembaga atau suasa.

Khasiat perubatannya banayak juga, antaranya ...

1) penawar batuk - daun, bunga serta buah belimbing buluh direbus,ditapis dan diminum 3 kali sehari.

2) daun belimbing buluh juga boleh digunakan untuk menghalau lalat. Tidak susah , ambil saja duan agaksecekak, kibas saja beberapa kali di meja makan. Lalat tidak akan datang lagi kerana dipercayai bau daunnya tidak digemari lalat.

3) merawat darah tinggi. Minuman airrebusan daunnya

4) merawat penyakit kelamin

5) merawat radang dubur

6) daunnya yang ditumbuk boleh menghilangkan gatal-gatal, bengkak cantik, reumatik, dan bengkak-bengkak kulit, sakit gigitan serangga

7) daun digosok pada tumit/tapakkaki untuk menghilangkan sakit akibat memakai kasut tumit tinggi.

( Pantang: orang yang mempunyai penyakit angin medu tidak boleh makan buah ini)


sharing is caring!

1 comment:

Dewi TLL said...

Ternyata buah belimbing bisa menyembuhkan darah tinggi.

... high cost for autisme kids ...

assalamualaikum.  dah lama tak menaip kan dan meluahkan perasaan kat sini, so this is the day i think i need to luahkan apa yang rasa.  aku ...