Tuesday, November 6, 2012

... hantaran tinggi atau rendah ...

Main wassap dengan ex-classmate aku.

Then someone post pasal hantaran dan mas kahwin.

Mas kahwin adalah milik perempuan itu kan. Hantaran adalah untuk majlis kahwin itu nanti.

Zaman dulu lagi sudah demand tinggi-tinggi nilai wang hantaran dan mas kahwin. Tapi tak pernah nak habis topik ni. Aku rasa sampai aku tua pun kes ini tak pernah habis kan.

Kerana wang hantaran parents c perempuan bagi terlalu tinggi dan c lelaki pula tidak cukup duit maka susah mereka nak berkahwin. Maka kerana itu c perempuan sanggup gadai harga diri kepada c lelaki dan mengandung. Bila kantoi, kena pulak denda dengan Jabatan Agama Islam rm7k. but still ada mas kawin tapi tiada majlis. Tapi ada ibu bapa sanggup tanggung majlis anak kerna malu nanti orang mengata yang anak dia mengandung luar nikah.  Salah siapa? Ibu bapa letak hantaran tinggi-tinggi atau anak iu

Kenapa ibu bapa letak hantaran tinggi-tinggi?
Ada ibu bapa kata sebab anak dia degil, susah nak jaga. Tak dengar cakap orang tua. Tup-tup bila ada kekasih dan nak kawin. Dengar pulak cakap kekasih daripada ibu bapa.
Ada pulak, sebab untuk majlis. Nak jemput 1 kampung la. Saudara mara la. Itu ini.

Tahu kan dalam islam, hantaran yang paling mahal adalah hantaran yang paling rendah nilai maharnya.

Aku tak berminat topik ni kalo kawan-kawan lelaki aku masukkan. Dengan kawan-kawan kemain gah cakap hantaran mahal. Tapi bila sendiri kawin, hantaran kt awek sendiri mahal. Konon kata “nanti tak standard la awek aku hantaran murah-murah.”

For me, benda ini depends pada diri sendiri. Tepuk dada, tanya iman. Simple. Dan aku tengok zaman sekarang jodoh bukan macam zaman dulu. Miskin kawin dengan kaya. Sekarang aku tengok ramai cari yang setaraf. Tapi itu semua kerja Allah Taala. Aku Cuma memerhati keliling aku sahaja.

Mas kawin dan wang hantaran aku? Haha! Rahsia. Yang pasti aku tidak perlukan barang hantaran. Cukuplah 3 balas 5 dulang. Tak ada beg2. Tak kuasa aku nak bawak benda itu. Aku nak telekung warna purple. Hihi~ cukuplah barang hantaran itu.

Paling kecoh lelaki minta murah. Perempuan sebab fikir harga diri mahal, so minta mahal. Tapi ada perempuan minta hantaran rendah. Tak semua perempuan jahat.

Ada lelaki suka aje post pasal hantaran kena murah, wajib murah. Padahal awek pon xde. Post tuh patut bagi kat awek sendiri aje.

tapi kekadang mula-mula perkenalan perempuan memang suka demand. Tapi bila sudah lama berkawan depa pasti taklah sekejam itu nak hantaran tinggi-tinggi. Kekadang nak uji mampu or tak.

Ada perempuan buat cam itu dan bila c lelaki buktikan yang dorg mampu, c perempuan itu cakap taknak jumlah itu, nak half aje. So ada duit lebeh itu boleh beli rumah ke, utk honeymoon ke. So duit pas kawin. So pas majlis tak adalah sengkek sangat kan.

Tapi itu semua tepuk dada tanya hati dan iman. Akal ada pakai.

Yang penting, pas kawin mampu ke? Itu saja.


..: Usagi Kechik :..

1 comment:

~cAhAyA kEmUL!aAn~ said...

perempuan tak patut minta, tp lelaki juga patut belajar menghargai..
kalau kes yang suka sama suka, bercinta bagai nak rak, kumpul la duet sama2..