LAZADA

Wednesday, December 7, 2011

... elok ke membuat fitnah? ...

Assaalamualaikum.

okay aku hari ini nak citer pasal orang-orang belog ini suka bebenau buat cerita. aku ingat kan melodi je HOT HOT HOT. rupenye belog nih lagi HOT!!

okay aku sudah hampir seminggu la dapat emel pasal SYELLA KAMARUDDIN TUH. aku pon tak la kenal beliau. dia pon bukanlah sedara aku ke hape ke. tak ada lah. cuma sama-samalah kita kurang kan fitnah sesama islam.

ramai manusia yang nak tahu sangat-sangat siapa husband Syella ni kan? sampai ada yang buat fitnah yang husben Syella tuh Tan Sri Musa. Astagfirullah. korang ni. tak ada kerja lain ke? kornag ni press ke?

kalau di surat khabar dan majalah dok sibuk nak lakukan jualan dengan citer-citer sensasi. kat belog pon same! aishh!

sebenarnye kan aku tak kisah la sape2 pon husben Syella ni. suka hati depa laa nak 15juta ringgit ke. bape2 ke. dorang tak minta kornag duit kan? tak payah la nak amik tahu sape husben die. wat dosa kering aje dok fitnah kan? ape teka-teka tuh bukan fitnah ke? ehh! oleh sebab korang cakap mula-mula syak husben die tuh Tan Sri Musa tuh, bole merobohkan masjid orang lain tau.

Perlu ke tahu sape husben Syella? cukup laa die dah gtau yang dia dah kawen. memang la kenduri tuh perlu diumumkan. tapi kalo dah desak suh orang menceritakan benda yang dorang tak nak cerita, tuh jangan la memaksa. dorang baru kahwin. dah korang dok serbu.

ehh! aku yang baca kisah Syella ni pon naik rimas tau. ciss! tak pasal-pasal aku yang baca emel pasal ni pon dapat dosa tau. aku tak forwardkan emel-emel tuh. malas! benda tak ada faedah langsung! cam S**T!! tau tak?!!

aku bukanlah nak bekup si Syella ni. lagi pun dia ada salah gak. membuka aurat. tak mau la cakap tuh pasal dosa die kan. tapi die tak patut seksi. kan dia wanita. pastuh membelanjakan yang banyak kan dalam islam tidak digalakkan. pasal pengumuman kan cukuplah kalau dia nak ajak yang terdekat. lepas tuh kat luar sana bila orang tanya dah kawin ke belum, cakap ajelah dah. ape susah. xnak ngaku tanggung la dosa sendiri.

aku kecian kat korang yang dok sibuk kain org. kain sendiri tak sedar. kita ni umat akhir zaman, udah-udahlah dosa tau memaksa org tuh. cer la paksa Syella tuh tutup aurat. kan best cikit. aku rasa tak dosa kot. *err? tak kan? memaksa orang menutup aurat?*

rimas tol ak dapat emel pasal syella ni. cer la emel kt aku activity shaheizy sam. bole la ak tgk depa dok shooting. hahahha! kan kan kan?

sama-samalah kita renungkan benda ini. doakan la meke laki bini bahagia hingga akhir zaman, amin!! dan moga Syella tutup aurat. amin! aku nak nasihat depa panjang-panjang pon bkn depa kenal aku. huhu~ just doakan untuk awak as sesama islam.

p/s: jika aku ada kesilapan kata di post ini, sila betulkan. *peace no war!*

Saturday, December 3, 2011

... anda di mata orang lain ...

Suatu hari seorang penceramah terkenal membuka seminarnya dengan cara yang unik.
Sambil memegang wang RM100, dia bertanya kepada hadirin,

?Siapa yang nak duit ini??.

Kelihatan ramai penonton angkat tangan menunjukkan ramai yang minat.

?Saya akan berikan ini kepada salah seorang dari anda , tapi sebelumnya perkenankanlah saya buat ni dulu.?


Dia berdiri mendekati hadirin. Wang itu diramas-ramas dengan tangannya
sehingga renyuk.
Lalu bertanya lagi,

?Siapa yang masih mahu duit ini??
Jumlah tangan yang mengangkat tak berkurang.

?Baiklah,? jawabnya,

?Apa jadinya bila saya melakukan ini??

Ujarnya sambil menjatuhkan wang itu ke lantai & melenyek-lenyekkan dgn
kasutnya. Meski masih utuh, kini wang itu jadi amat kotor,lusuh dan amat
renyuk.

"OK, sekarang masih ada yang berminat??.
Tangan-tangan yang angkat ke atas masih tetap banyak.

Hadirin sekalian, Anda baru saja menghadapi sebuah pelajaran penting.
Apapun yang terjadi dengan wang ini, anda masih berminat kerana apa yang
saya lakukan tidak akan mengurangi nilainya.

Biarpun renyuk,lusuh dan kotor, wang ini tetap bernilai RM100 juga..

Dalam kehidupan ini, kita pernah beberapa kali terjatuh, terkoyak, dan
dipenuhi kotoran akibat keputusan yang kita buat & situasi yang menerpa
kita dalam sesuatu keadaan dahulu.

Dalam keadaan seperti itu, kita merasa tak berharga, tak bererti.
Padahal apapun yang telah & akan terjadi, anda tidak pernah akan
kehilangan nilai di mata mereka yang mencintai anda, lebih-lebih lagi di
mata Tuhan.

Jadi walau bagaimana kotor pun anda, kita masih mempunyai nilai yang
tersendiri. Sayangilah diri anda, bertaubat jika membuat dosa, terus
berusaha jika gagal kerana diri kita sebenarnya amat berharga.

Dan jangan terlupa kita adalah makhluk Allah yang di pandang sama, hanya
iman dan takwa yang membezakan kita...



... Minum Ketika Makan Tidak Baik Untuk Kesihatan ...

Mumbai: Kebanyakan orang semasa makan biasaanya diselangi dengan minum kononnya untuk membantu makanan mudah tertelan ke dalam tenggorok atau kerana haus. Sesungguhnya perlakuan ini tidak baik bagi tubuh kerana minum semasa makan menyebabkan gangguan proses pencernaan perut.
Berdasarkan sebuah kajian, amalam makan sambil minum itu juga menyebabkan peningkatan insulin yang dapat mengikat lebih banyak lemak di dalam tubuh.
Mr Shonali Sabherwal, ahli makrobiotik dari India, mengatakan, "kebanyakan orang minum sambil makan. Teorinya adalah bahawa hal itu membuat makanan turun lebih cepat. Sebenarnya mereka tidak tahu tabiat itu amat buruk bagi tubuh dan sistem pencernaan mereka."



Perut memiliki kemampuan untuk tahu bila akan makan dengan menghantar isyarat lapar ke otak lalu segera melepaskan cairan pencernaan. Jika kita makan lalu minum air pada masa yang sama, air itu telah mengikis cairan pencernaan yang telah dilepaskan untuk mencerna makanan. Akhirnya ia akan menghalang kerja sistem pencernaan. Air yang diminum semasa makan akan diserap oleh dinding perut. Penyerapan ini akan terus terjadi sehingga cairan pencernaan tertumpu untuk memulakan mencerna makanan.



Oleh sebab cairan penghadaman telah bercampur dengan air, kepekatan bahan kini menjadi lebih tebal daripada kandungan makanan dalam perut. Ia menyebabkan cecair gastrik yang kurang dirembeskan untuk mencerna makanan. Hasilnya, makanan tidak dicerna akan masuk ke dalam sistem kerana diserap oleh dinding perut. Ini akan menyebabkan refluks asid dan membakar jantung (haba sensasi di dada), "kata Shonali.

Minum semasa makan juga boleh membawa kepada meningkatkan tahap insulin. Lebih banyak insulin dilepaskan dalam aliran darah, badan yang lebih cenderung untuk menyimpan lemak.

Untuk mengelakkan banyak minum semasa makan, Shonali memberi beberapa nasihat, antara lain, jangan makan makanan yang terlalu masin atau boleh menyebabkan dahaga dan boleh membuat anda makan banyak, dan cubalah makan secara perlahan-lahan. (medicmagic)


... petua masakan ...

MELEMBUTKAN CUCUR :

Apa kata anda cuba cara ini jika inginkan cucur yang lembut setelah dimasak? Apa yang anda perlukan adalah bancuh tepung cucur dengan air suam. Kemudian goreng seperti biasa. Pasti rasa cucur akan berasa lembut walaupun setelah ia menjadi sejuk.



MENGHILANGKAN PAHIT PERIA :

Peria kaya dengan khasiat untuk tubuh anda. Namun rasa peria sememangnya pahit membuatkan ramai yang tidak mengemarinya.

Untuk menghilangkan rasa pahit peria itu, potong peria dan rendam didalam air berisi garam halus selama 25 minit. Tapiskan airnya dan masaklah peria tadi mengikut resipi anda.



MENGURANGKAN BAU HAMIS KAMBING :

Untuk mengurangkan bau masakan daging kambing cubalah petua berikut.

Setelah menghiris daging kambing, lumurkan dengan sedikit tepung gandum dan biarkan selama 15 minit. Kemudian bersihkan dan perahkan dengan sedikit jus limau kasturi atau lemon. Biarkan 30 minit dan bilas. Tapis dan toskan air basuhan.



MEMBERSIHKAN SIPUT SEDUT :

Jika anda menghadapi masalah untuk membersihkan siput sedut, petua berikut mungkin berguna bagi anda.

Ambil sebekas hampas kelapa, gaulkan siput sedut yang masih hidup itu dan biarkan semalaman. Esoknya barulah anda mengerat bahagian hujung cengkerang siput sebelum dimasak. Dengan cara ini bau lumpur dari siput itu akan hilang, malah bertambah rasa lemaknya apabila dimasak.


... pizza hut dulu dan sekarang ...

assalamualaikum.

pizza. sedap tak makan piza? lagi-lagi ada perisa baru tuh kan? cheese yang mencurah-curah. hahah!

senarnye hari kamis malam ak ada belanja adik2 dan parents aku makna pizza kan. pastuh kan. bapak aku citer la perbezaan pizza dahulu dan sekarang.

kalau dahulu pizza makan mushroom dew tuh kan men amik sendiri aje. bayar memang kena bayar tapi boleh ambil sendiri. pastuh leh tambah-tambah.

pastuh next nyew lak ada lak makanan salad dan buah-buahan campur dengan mayonis. tuh pon boleh ambil sendiri. besh kot.

then, dah xleh ambil sendiri. pastuh salad tuh pon dah xleh ambil. hanya dalam order sahaja boleh diambil. but still ambil sendiri time tuh.

then sekarang. aku rasa salad tuh dah tak ada dalam set pizza kan? kalo nak salad tuh kena add-on kan? pastuh mushroom dew tuh lak dah tak pekat cam dahulu. huhuhu~

bezakan dahulu dengan sekarang. banyak beza. kalau dahulu bapa aku selalu bawak anak-anaknye makan piza. tapi sekarang dah tak. sebab mahal. pastuh cam pizza sekarang kedekut. pizza nak makin nipias. mushroom nak makian cair.

tapi aku tak tau la sama ada sebab si pembuat atau pizza takut rugi. tah la..

harap owner pizza tak mara aku komen ni. just nak bandingkan sahaja.

tq!

nota: maaf lah aku agak malas nak upload gambo kan. sebab gambo masih dalam handphone kan. huhuhu~~

… numb …

ada banyak benda aku nak luahkan. Tapi aku takut aku tak kuat dengar kritikan orang. 1st im not a good mother. Dan takkan jadi yang terbaik....