Tuesday, October 2, 2012

... Nenek sudah tiada (Part 2) ...

sambungan entry sebelum ini. Link sini!

tidur jam 3 pagi dan terjaga jam 6.30 pagi.

solat subuh dan bersiap dan jam 7pagi bertolak mencari kedai makan. sarapan pun tiada mood. lebih-lebih lagi mama.  Mama betul-betul tiada selera makan. entah apalah yang difikirkan mama itu. andailah aku leh baca. hurmm...

jam 7.30 bertolak dan sampai almost jam 8.30 pagi. jenazah nenek belum dimandikan maka sempatlah aku melihat arwah nenek lagi.

ramai yang datang ziarah. kalau bahasa jawa dipanggil, "Layat".

kawan-kawan adik aku dan kekasih adik aku juga datang ziarah.

siap mandikan, kapankan dan sembahyang kan. maka arwah dibawa dalam van jenazah ke tanah perkuburan. kalau tak silap waktu itu 12 tengahari. Matahari agak membahang tapi masing-masing mata tetap merah. lagi-lagi mak usu aku yang lebeh 10 tahun menjaga arwah. air mata die tak kering-kering. basah sahaja.

lubung kubur sudah pun digali. tinggal nak angkat jenazah aje. setelah jenazah di masukkan maka saudara aku ramai yang menimbuskan jenazah menutup lubang kubur. semua lelaki. pakwe adik aku pun ada tolong timbus lubang kubur itu.

saat itu aku terdetik, aku teringin jugak menimbus kubur arwah nenek aku. tapi aku perempuan, pasti mereka ingat aku main-main. sedangkan aku teringin juga mahu membantu mereka. teringin. saat ini aku teringin menjadi lelaki.

jika jadi lelaki boleh jadi iman semasa sembahyangkan untuk kedua orang tuaku satu hari nanti. ahh! angan tak sudah. merapu sudah aku.

jam 1 petang. Alhamdulillah selesai semuanya. kami singgah kubur atok. atuk sudah lama 'dijemput', tahun 2001.

dan habis ziarah kami pulang ke rumah arwah.

tahu taka perasaan bila masuk ke rumah arwah nenek.  terasa kosong. terasa seperti sudah tiada apa dalam rumah itu. terasa seperti kehilangan.

macam sudah tiada motif besar untuk aku balik ke kampung nanti. sudah tiada apa. semuanya kekosongan.

kosong.

malam ada tahlil. tapi tahlil saudara-saudara saja. sebab makcik-makcik dan pakcik-pakcik semua minta orang surau buat tahlil juga.

jam 1030malam kami balik.  abah sudah kepenatan kerna tak cukup tido. aku, adik dan mama juga begitu. sepanjang perjalanan balik, masing-masing melayan perasaan sendiri. diam. membisu saja kami.

sesampai dirumah, kami basuh muka dan terus masuk rumah, beg pakaian ditinggalkan saja dalam kereta. masing-masing amat penat. tak larat.

sampai rumah jam 1130 malam. balik basuh muka, mandi solat isyak dan terus tido. tapi seperti biasa sebelum tido pasti aku over thinking. entah apa yang aku fikirkan aku tak tahu.

48jam. jumaat dan sabtu. tido 4jam saja. kamis malam jumaat aku tido jam 1 pagi. jumaat kerja. then jumaat malam sabtu tido jam 3 pg. memang ternyata 4jam saja. sakit kepala bila di oagi ahad.

apapun Alhamdulillah semuanya selamat. Rindu Arwah nenek. aku percaya mama pon rindukan arwah nenek.

sudah. tidak mahu menangis lagi. cukuplah.

THE END.

1 comment:

safiyyah osman said...

Takziah dri akak.

Byk doa dan tbah ye...

Semoga roh ditempatkn dgn org beriman.amin.

❦❦❦❦❦❦❦❦❦❦

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...