LAZADA

Monday, October 1, 2012

... Nenek sudah tiada (part 1)...

Last Friday 28 september 2012. Nenek sudah menghembuskan nafas terakhir die. Aku tak sure sama ada sebelum asar atau selepas asar. Tapi yang pasti famili aku dapat tahu nenek sudah tiada pada jam 21.51. masa itu aku melihat jam dan tengah main twitter dengan kawan-kawan aku. Tapi aku dengar hp abah berbunyi dengan nyaring dan agak lama kerna mereka di dapur lambat angkat.

Dan 5 minit selepas itu, akak aku buka pintu bilik aku dengan wajah menangis dan berkata, “nana, nenek dah tak ada.”

Dan aku terus, “WHAT! Innalillah. Bile”. Akak aku cakap baru. Tapi bila abah confirm kat sana, rupanya sudah 4 jam nenek menghembuskan nafas terakhir dia.

1st aku terfikir mama. Kecian mama. Sampai hati mereka buat mama macam ini. Aku tidak faham kenapa mereka sungguh bencikan mama.

Then aku terfikir adik aku di politeknik behrang. She should know about this so I text her. Dia kol rumah tapi tiada orang angkat. Aku hanya sunggul di atas katil. Buntu. Terdiam.

Nenek itulah satu-satunya nenek yang anggap aku cucu die. Nenek lagi satu itu pilih kasih. So tidak berapa rapat. Tapi nenek ini sungguh baik. Aku suka. Aku sayang nenek ini lebih.

Kami adik beradik membisu. Then my sis di behrang kol abah dan akk no 1 aku mara kerna gtau adik aku itu. Aku tak paham kenapa nak mara aku pasal gtau adik aku kes ini.

Then suddenly adik bongsu aku masuk bilik dan cakap, “kita g behrang amik Mimi”. Dengan pantas aku bersiap ala kadar. Dan mama cakap pastuh singgah rumah arwah nenek.

Nenek.

Kul 10lebih malam kami bertolak ke behrang. Then jam 12 kami sampai behrang dan terus ke sungai buloh. Then kami sampai sg buloh almost jam 1pagi.

Aku buntu. Hanya mampu melihat nenek. Makcik-makcik aku semuanya membaca Al-Quran dan Yassin. Mama juga join mereka.

Aku hanya merenung tengok nenek. Tengok sahaja sekujur tubuh yang kaku itu. Aku amati dan teliti. Tiba-tiba aku tengok nenek seperti masih bernafas. Almost nak menjerit dan cakap kt mereka yang nenek masih hidup. Tapi cepat-cepat aku mengucap. Aku kena terima hakikat yang Allah lebih menyayangi nenek.

Bila aku termenung lagi. Aku nampak seperti nenek bernafas. Lagi sekali. Maka aku buat keputusan untuk tunduk sahaja. Tak mampu merenung tubuh kaku itu lama-lama. Makin aku memandang, makin laju air mata aku mengalir.

Depan mama tiada air mata yang mengalir. Tapi wajah mama amat-amat merah. Menangis.

Jam kul 2pagi dan kami bertolak balik. Sampai rumah jam 3pg. dan aku basuh muka dan terus tidur.
Sebenarnya tak boleh tido tapi aku paksakan diri aku juga. Dan akhirnya terlena tanpa sedar.


..: Usagi Kechik :..

No comments:

... high cost for autisme kids ...

assalamualaikum.  dah lama tak menaip kan dan meluahkan perasaan kat sini, so this is the day i think i need to luahkan apa yang rasa.  aku ...