Saturday, December 3, 2011

... petua masakan ...

MELEMBUTKAN CUCUR :

Apa kata anda cuba cara ini jika inginkan cucur yang lembut setelah dimasak? Apa yang anda perlukan adalah bancuh tepung cucur dengan air suam. Kemudian goreng seperti biasa. Pasti rasa cucur akan berasa lembut walaupun setelah ia menjadi sejuk.



MENGHILANGKAN PAHIT PERIA :

Peria kaya dengan khasiat untuk tubuh anda. Namun rasa peria sememangnya pahit membuatkan ramai yang tidak mengemarinya.

Untuk menghilangkan rasa pahit peria itu, potong peria dan rendam didalam air berisi garam halus selama 25 minit. Tapiskan airnya dan masaklah peria tadi mengikut resipi anda.



MENGURANGKAN BAU HAMIS KAMBING :

Untuk mengurangkan bau masakan daging kambing cubalah petua berikut.

Setelah menghiris daging kambing, lumurkan dengan sedikit tepung gandum dan biarkan selama 15 minit. Kemudian bersihkan dan perahkan dengan sedikit jus limau kasturi atau lemon. Biarkan 30 minit dan bilas. Tapis dan toskan air basuhan.



MEMBERSIHKAN SIPUT SEDUT :

Jika anda menghadapi masalah untuk membersihkan siput sedut, petua berikut mungkin berguna bagi anda.

Ambil sebekas hampas kelapa, gaulkan siput sedut yang masih hidup itu dan biarkan semalaman. Esoknya barulah anda mengerat bahagian hujung cengkerang siput sebelum dimasak. Dengan cara ini bau lumpur dari siput itu akan hilang, malah bertambah rasa lemaknya apabila dimasak.


No comments:

Usagi Sailor Moon - Link Select

❦❦❦❦❦❦❦❦❦❦

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...