LAZADA

Sunday, August 28, 2011

... do not forget Hari Kemerdekaan kita ...

Assalamualaikum.

still same year like last year yang kita sambut merdeka dan raya. but tahun nih more same. raya dan merdeka sama hari. last year kan sambut merdeka dahulu baru raya kan.

ramai orang sibuk beli barang raya saja. dan kemungkinan ada juga orang lupa merdeka di negara kite. oke. aku juga belum beli bendara. sangat-sangat lupe. huhu! *dush!*

aku tak tahu kenapa aku tetibe tahun ini semangat nak menyambut merdeka pula. haha! *mata juling*. mungkin kerna tahun ini Ramadhan terakhir kot. Allahualam. sesungguhnya masa depan kita Tuhan Maha Mengetahui kan.

pape pon i just wat to wish!

" SELAMAT HARI RAYA EIDULFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN"
&
" SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE-54"

tahun merdeka sama dengan umo mak saya..weee~~

TTFN!

Saturday, August 27, 2011

... bos bagi duit raya? ...

assalamualaikum.

semalam jumaat adalah hari last keje untuk cuti selama seminggu. hip hip hoorayy! well bila kemalasan dah menjelma sebab mood "raya" dah datang, makanya aku pun agak malas. tapi semalam aku keje kan penuh semangat, siap kemas meja. tolong bos aku kemas meja. buang drawing-drawing component yang lama-lama. wahsey! memang banyak la drawing atas meja bos aku tuh. dari tahun lepas punya pon ada.

semalam kan aku g solat zohor kul 3.30 petang. agak lewat la gak aku g solat kan kerna kerja memang melambak-lambak. aishh! pastuh kul 3.50 aku masuk opis balik. masa tuh aku tengah berdiri, sebab nak susun file la katakan.huhu. tetibe bos aku tanya, "Leana, u belum balik kan?" . aku tengok jam dan cakap, "belum lagi bos, baru jam 4 petang. balik jam 4.45 petang." . then bos aku cakap, "jangan balik dulu.". aku dah pelik. ape kono la dengan bos aku nih ek. bos aku bizi nya tak hingat. aku kekadanh terpaksa jadi timbalan. haha! *berangan dah ni*

then bila bos aku macam tak bizi, aku lak bizi wat keje bos aku sikit-sikit. tetibe bos aku hulurkan something kat aku. tengok-tengok sampul duit raya warna merah. aku dah pelik. aku cakap, " eh!! ape nih bos? duit raya? ala.. malu nya.". bos aku cakap, "amik saja. saya bagi.". masalahnya bos aku cina! huhu! tak mengapalah aku ambil dan anggap ia sebagai duit belanja. belum lagi pas cuti seminggi nanti bos aku nak belanja makan. wahh! tak sabar!

oh ye! 6th september nih bos omputeh aku nanti turun Malaysia! from US. oke! i wish that i can speak english very2 well. oke! i have to listening something. i have ENglish CD from my class. but u know how lazy i am right. hahah!

owh. meh aku tunjuk duit raya! amount dia aku tak mau bagitahu, kerna nanti ada keriakan disitu.huhu. 
aku tak tipu oke!

well. even kilang itu tak ad akeistimewaan cam kawan-kawan aku yang lain. ada cam berbuka from company, dapat bonus dan elaun raya. but i'm still happy sebab tak ada pressure keje situ. bos aku tak bagi pressure langsung. dan aku bahagia. hihi~ aku punya kerja tak dikacau. 

oh ya! aku dapat kenaikan! Alhamdulillah. walaupun 5%. tapi bos aku sebenarnya nak bagu 6%. tapi tah kenapa tah HR cakap aku tak bole dapat 5% sebab aku sorang saja kerani beliao. sabo jelahkan. tapi tak mengapalah. huhu~

well! i counting Raya day! hiphip hooray! 

TTFN!

Friday, August 26, 2011

... berdua lebih baik! ...

Assalamualaikum!

oke! aku nih memang kuat menipu kan? ekceli aku hari ini patut keluar dengan geng K.I.T.A. tapi biasalahkan masing-masing ada LIFE. so malaslah nak memaksa kan. so dari ber-4 maka tinggallah ber-2. pon bahagia pe.

hari ini aku dengan kawan aku bernama Nisa ingatkan nak berbuka di Restoran Warisan. ala.. restoran tuh ada kuar kat jalan-jalan cari makan. hihi! well. memang the food is nice but tak ada la yang average sangat kan. cuma biasa saja seperti nasi di restoren tepi jalan. oke sorry.
tapi kami berdua makan kat kedai mamak. sebab kedai itu full. huhu.. 

sebelum buka, baca doa makan dan buka puasa kan. ada la geng lelaki nih tegur aku cakap "panjangnyer doa." 
lah! dah baca doa makan dan buka ye panjang ckit. tuh mesti baca doa makan aje la tuh.huh!

pas makan g jusco bukit tinggi. ingat nak beli kasut tapi windows shopping je lebih. pastuh kan jalan masuk jusco, beli sweater lak. hahaha!niat lain. lain yang dibeli. hahaha! then temankan kawan aku cari baju pakwe dia. uhuh. setengah jam mencari baju. dan akhirnya dapat!

dan bila nak bayar tuh di cashier, ada satu famili tuh kan dia beli baju banyak. bukan beli baju kurung pon banyak-banyak. tapi beli more to jeans and t-shirt. yang shopping tuh melayu la. then die shopping memang banyak gile. seluar jeans jenis yang sama tapi beli beza warne je. huhu! masa akak cashier tuh masih men-klik harga baju dan suar-suar itu, masih tinggal 5 helai suar jeans die belum amik harga. aku tengok kat skrin harga cashier harga barang orang tuh beli is RM1027.00 oke!

then bila dah habis amik harga total harga barang die beli ialah RM1152.00 oke! then aku ingatkan die nak kuarkan cek ker tapi! dia keluarkan BUKU VOUCHER jusco bernilai RM 1,ooo.oo so die tinggal  bayar RM152 jee! dasyat x? patut la muka semua tuh selambe aje.huhu. only 1 night dorang shopping! oe damn! aku jealous!

then turn aku lak bayar di cashier, dah la jusco card expired. dush2! aku memang mereng sebab tak guna jusco kad! then masa kawan aku bayar lak di belakang aku tetiba aku nampak kad topup di kaki kawan aku. aku tanya kawan aku sama ada ia kepunyaan dia atau tidak? then dia cakap bukan. maka aku ambil dan tengok-tengok KAD TOPUP HOTLINK RM5 YANG MASIH BELUM GORISS! caya tak? aku beli sweater only RM7.90 then aku dapat topup RM5!! pulangan yang hebat! Alhaldulillah. murah rezeki den.

oke. aku nak citer sebelum masuk jusco shopping tuh kiteorang makan askem! weee! sangat-sangat sedap askem McD! sila tengok di bawah:-

sedap kan??

aku ada bergambar dengan kawan aku. haha! depan cermin. bukan dalam toilet ek. malas lah nak upload. sebab kalo upload dalam belog nih kena letak trendmark sebab nanti ada orang curi gambo kite then die wat explore then die malukan kite. perh! sadis! tapi pahala ker tak kite dapat sebab dia aibkan kita? lelaki zaman sekarang mulut pon bole tahan. haha!

oh yea! pagi tadi aku sampai-sampai opis aku buat kad raya! ala! lupe nak ambil gambo kad itu. dari muka depan sampai sampul aku buat sendiri. haha! lawa per. bese la. guna komputer kan.hahah!

well. today is jumaat. waiting raya for coming to the town. cannot wait. but wait! handbeg and kasut belum beli. huhu. sabau jela.

TTFN and Good Night! koje2..waaa!

Thursday, August 25, 2011

... doa hari ke-25 Ramadhan ...



Doa Hari Kedua Puluh Lima

اَللَّهُمَّ اجْعَلْنِيْ فِيْهِ مُحِبًّا لِأَوْلِيَائِكَ وَ مُعَادِيًا لأَعْدَائِكَ مُسْتَنّا بِسُنَّةِ خَاتَمِ أَنْبِيَائِكَ يَا عَاصِمَ قُلُوْبِ النَّبِيِّيْنَ


Ya Allah.. Jadikanlah aku orang-.orang yang menyintai Auliya-Mu dan memusuhi musuh-musuh-Mu. Jadikanlah aku pengikut sunnah-sunnah penutup Nabi-Mu, Wahai Penjaga Hati Para Nabi.

... doa hari ke-24 Ramadhan ...



Doa Hari Kedua Puluh Empat

اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ فِيْهِ مَا يُرْضِيْكَ وَ أَعُوْذُ بِكَ مِمَّا يُؤْذِيْكَ وَ أَسْأَلُكَ التَّوْفِيْقَ فِيْهِ لأَنْ أُطِيْعَكَ وَ لاَ أَعْصِيَكَ يَا جَوَّادَ السَّائِلِيْنَ

Ya Allah.. Aku memohon kepada-Mu hal-hal yang mendatangkan Keredhaan-Mu, Dan aku berlindung dengan-Mu Dan hal-hal yang mendatangkan kemarahan-Mu, dan aku memohon kepada-Mu kemampuan untuk mentaati-Mu serta menghindari kemaksiatan terhadap-Mu, Wahai Pemberi Para Peminta.

… numb …

ada banyak benda aku nak luahkan. Tapi aku takut aku tak kuat dengar kritikan orang. 1st im not a good mother. Dan takkan jadi yang terbaik....