LAZADA

Wednesday, October 19, 2011

... kenapa kau kisah? ...

Assalamualaikum.

yaa! tuan-tuan dan puan-puan. mari-mari. aku ada cerita hot and spicy tau. huhu. bukan apa. cuma kes ni sudah lama berlalu. tiba-tiba malam tadi kan, tengah aku di ulit mimpi nan indah. dah la tengah sanding dengan Shahheizy Sam kan, leh pulak hp aku berbunyi kan. maka, tercelik lah sedikit mata aku dan melihat msj yang masuk itu.

nak tahu tak apa di dalam kandungan itu? nak? nak? nak? haha! sabar. sabar. ia tidak seberapa penting.

tapi kan. aku tak tahu la kenapa makhluk ni dok sibuk mesej aku. aku langsung lah tak balas kan. buat apa. manusia itu aku tidak mahu dia muncul dalam hidup aku. seperti previous belog entry aku forgive or forget, aku ambil, forgive and forget. tapi kenapa dia masih tak faham!!

aduh! dia kalau mesej elok-elok tak apalah. ni yang bukan-bukan. mahunye aku nak layan kan? kalau baik pon, aku fikir 16 kalilah nak balas or tak. bukan nak jual mahal atau sombong. tapi. ada sebab aku tak mahu layan kan. ada sebab. consider aku reject la cinta mamat ni ek. haha!

ok. dulu kan aku kawan dengan mamat ni before aku masuk company baru sekarang. kami ada bincang pasal gaji tempat baru la kan. kira dulu aku agak bodoh la kan bagitahu jumlah gaji aku kan. adoi! bodoh tol aku ni. ish!

sebelum mesej semalam, awal bulan 10 kalau aku tak silap, mamat ni ada mesej aku la akn berbunyi cam ini.
"amacam tempat kerja ko? gaji sekarang dah naik ker?"
aku manalah save number mamat nih kan. dan aku balas lah. "tempat aku okay aje. tapi ko siapa ek nak tahu gaji aku?"
dia balas, "cakap jelah kat aku gaji ko sekarang dah berapa?"
aku tanya lagi, "ko ni sapa?"
dia balas, "ko tak payah tau la pasal aku. sekarang aku nak tahu gaji ko."
then aku cari la kan number tuh dalam buku contact aku. then aku tau dah sape. mamat yang kena reject dengan aku. huhu. then aku buat keputusan tak balas mesej dia. biarkan ia berlalu pergi kan. huhu. 

jangan ingat dia diam tau. dia tuh tak kenal putus asa tau. dia bagi mesej lagi,
"sombong ko ek. gtau gaji pon susah. tak apa. tengoklah nanti."

perhh! seram tak? seram tak? aku malas nak layan so aku terus solat. kalo tak silap mesej die bagi ni waktu nak magrib. huhu. dan aku ingatkan cerita itu habis sampai disitu saja kan. tak sangka lak ada lagi mesej mamat ni. nak tahu apa? haha! jangan surprise!

dia mesej aku cam ni,
"ala!! gaji ciput je pun nak sombong dengan aku kan."

haha! tuh la mesej dia. hahaha! kenapa ek dia kesah pasal gaji aku? pelik la aku. tak ada pun aku mintak duit dia walau satu sen pun. tak ada pun aku mintak sedekah kat dia.aku tahu gaji dia memang lebeh banyak dari aku, tapi aku tak kesah pon pasal tuh. itu sudah rezeki dia kan. nak aku buat macam mana. mungkin rezeki aku belum sampai kan. 

adoiyai! sakit jiwa kot mamat ni. aku bukanlah nak gelakkan dia. tapi kan. pelik tak pelik. gaji aku ciput ni pun boleh jadi isu kan? aku ni nak sombong ker, tak nak ker. dia peduli apa kan. adoi! aku memang sombong dengan lelaki. nak buat macam mana. lelaki yang betul-betul ikhlas berkawan dengan aku saja tahu aku ni sombong or tak. haha! 


hadoi! pasal gaji ciput pon boleh cakap aku sombong. belum lagi gaji aku macam Perdana Menteri kita. haha! terkejuzz ko nanti. jangan datang jumpa aku nak pinjam duit dah. hadoi!

sudah lewat malam. aku mahu tido. ini entry true stori ek. huhu~

TTFN!


Tuesday, October 18, 2011

... forgive or forget ...

Assalamualaikum.

today entry is forgive or forget. apekah beza antara dua ini? lebih kurang sama dan ada beza kan?

ada orang boleh forgive. but cannot forget. ada orang pula boleh forget but cannot forgive. ada orang lak boleh forgive and forget.

so, sekarang ni kita ada 3 orang yang berbeza watak. well. dalam dunia ni ada berjuta-juta manusia kan. so setakat 3 watak berbeza ni agak sukar dicari kan.

so dimanakah watak kalian? haha! tepuk dada, tanya hati oke?

oke. sebelum aku mulakan kisah ini. harap kalian boleh betulkan kalo salah. jangan lak nak mara-mara aku lak. memang aku tak teme la kan teguran macam tuh kan. huhu.

watak pertama yang ingin aku luahkan adalah. FORGIVE but cannot forget. pernah tak korang jumpa orang macam ni? nak tahu tak, orang macam ni korang still boleh buat play-play lagi. but remember one thing la kan. when dia dah tak boleh sabar, sebab uolls dah terlampau melampau saat orang ini diam, memang nasib malang akan menimpalah pada kalian. elok-elok dia boleh forgive korang jadi tak. tak ke benggong namanye? orang yang forgive ni boleh maafkan segala kesalahan kalian. tapi, dia tidak akan lupakan apa yang kalian buat kat dia. kira dia amik perkara-perkara itu sebagai pengajaran dalam hidup la. kira tak mau kena wat kali ke-2 la. faham tak maksud aku?

watak ke-2 adalah forget but cannot forgive. hah! yang ini harap kita orang islam jangan ikut sangat lah kan. kalian kan tahu yang jika kita tidak maafkan seseorang itu dikira berdosa besar. orang ini kira dia anggap yang kalian dan dia tidak pernah bersemukalah. kira dalam kamus hidup dia kan. kalian adalah manusia yang dia tak pernah nak pedulilah. dalam kamus dia pun, nama kalian memang tak akan wujud sampai bila-bila. tapi masalhnya satu saja, dia tidak akan maafkan kalian sampai mati. waahh! dasyat nau. dosa-dosa. setiap niat dan kata-kata adalah satu doa tau. oleh itu sebelum buat sesuatu keputusan tuh. fikir-fikirlah baik dan buruknye kan.

watak ke-3 lak. forgive and forget. wah!! bestnye kalau dapat menjadi macam nih kan? sungguh tabah orang ini. walauapapun terjadi pada dia, dia maafkan orang tuh, lepas tuh dia lupakan perkara lepas. harap aku boleh jadi seperti ini. benda yang lepas bukan sahaja boleh dilupakan, tapi dijadikan pedoman hidup, maksudnye, benda itu dijadikan pengalaman hiduplah kan. so bila terjadi lagi benda yang sama, kita boleh menjadi manusia yang penuh dengan tabah dan sabar. kan kan kan? tak semua benda pahit itu tak elok. dan tak semua benda manis elok untuk diri kan?

oh! aku lupa lak watak yang last nih.

never forgive and never forget. ini aku rasa ramai lah kan orang macam ni kan kan kan? aku tak tau lah nak cakap apa pasal orang yang watak demikian. tapi harap dia dapat petunjuklah dari Allah SWT. sebab kalau hidup penuh dengan NEVER. boleh jadi gila kot. kalau never give up tak apalah. tapi ni never forgive and never forget. ape ingat bagus sangat ker? inilah manusia yang terlalu bajet. apelah nak jadikan. sabar jelah kalau berdepan dengan orang macam nih kan?

well. mana satu kah watak kalian? harap kita sama-sma berubah menjadi umat yang terbaik di sisi Allah SWT. ni pon salah satu sikap yang boleh mematangkan diri kan? betul tak betul tak?

oke. ini entry aku buat hari ini. esok InsyaAllah andai aku masih bernafas, aku akan tengok keadaan keliling aku. lebih-lebih lagi di office kan. disitulah aku ada idea yang mencurah-curah. hahaha!

TTFN!

 





Monday, October 17, 2011

... laughing other person that you hate? ...

assalamualaikum.

sudah lama aku mahu buat entry ini. tapi waktu itu aku tidak matang lagi. tapi kini InsyaAllah aku matang dan harap kata-kata aku ini dapat mencelik mata aku, kau, kau, dia dan mereka. kan? kan? kan?

oh siang tadi kan kawan aku ada email aku tentang belog Abby Abadi punya entry. peh! memang hot and spicy la. dan bila baca belog die kan. beliau memang tabah la kan. bukan senang nak jadi ibu tunggal kan. huhu.

back to the topik kan. aku ni bukanlah manusia yang suka gelak. siyes. nk tengok aku gelak pon susah. tak caya? cer tanya mereka yang betul-betul kenal aku. dorang akan cakap aku ni STONE! bukan stoncold ek. bukan bukan. itu WWF punya olang woo. hihi.

tapi aku ada story dimana aku ada gelak kan sorang umat ini. dia bukanlah musuh atau kawan aku tapi dia adalah orang yang aku kenal. consider orang yang aku kenal la. tapi remind dalam otak kalian, dia bukan kawan atau musuh atau ex atau sapa-sapa. tapi dia seorang yang aku kenal.

dia ni suka tak mengaku kesalahan sendiri. even pada ibu bapa dia pun dia tak mengaku kesalahan sendiri. dasyat kan? worst beb! menipu mak bapak dosa besar woo. bukan itu sahaja, dia boleh pulak tuduh orang lain yang buat. orang tuh diam dan buat dunno la. orang tuh dah la menumpang rumah dia sebab kerja dengan mak budak tak mengaku bersalah ni pastuh kena lak jadi kambing itam. dasyat kan? ish! ish! ish!

but! 1 day, gambar die dengan pakwe dia nih tersebar lak ke handphone mak dia, apa lagi kena bantai la. mana taknye, SPM pun belum tapi dah dok peluk-peluk. bawah pokok lak tuh. tuh baru mak die bantai. belum bapak die lagi. dan cerita itu hanya sampai mak dia aje. tak sampai ke bapak die. but die masih tak serik lepas kena pukul pun. bese lah. orang degilkan. mana nak sedar-sedarkan. gatal cam orang nak kawen aje. aku ni pun belum nak kawen. yela. tengah kumpul duit ni. hihi.

sambung balik. bila aku dan sesetangah manusia yang tak suka dia sangat ni dapat tahu mak dia bantai dia. kami pun gelak lah. siap cakap "PADAN MUKA" lagi. kejam kan kami? kami dah lama bersabar dengan sikap dia tuh. tak pernah nak sedar diri. pun still tak sedar. so kami kembali diam jela.

mula-mula nak gelak ni aku takut gak la kan. mama aku bising bila dapat tau kami gelak kan dia. mama aku cakap tak baik gelakkan orang. then aku pun diam dan fikir salah ke gelakkan orang?
*innocent face*

the answer is, SALAHLAH! even dia memang tak patut bersikap demikian, tapi kita tak ada hak nak gelakkan orang dan berkata macam tuh tau.

aku rasa dia adalah manusia ke-2 aku cakap PADAN MUKA. manusia pertama adalah manusia yang melanggar aku dahulu kala.

dulu aku excident. seorang wanita langgar aku dan tulang pinggul dia senget kot. then aku tiada apa-apa sangat kecuali sakit kat leher until now leher aku sakit-sakit tapi doktor cakap tak ada pape. excident tuh berlaku pagi waktu aku nak ke opis. dan aku balik-balik g klinik dan on9 fb aku cakap "padan muka. sape suh langgar aku. kan dah patah tulang.". dan 1 of my fwen cakap kt aku, "tak baik cakap cam tuh. orang tuh mungkin tak sengaje. tak baik tau. dunia ni bagaikan roda. ingt tuh." . dan aku terdiam dan fikir.

dalam FB, ramai yang suka mengelakkan orang yang mereka tak suka a.k.a musuh. tahlah. sudahlah orang itu sedih. lepas tuh dia aibkan cerita orang itu pulak. tidak semua manusia bernasib baik okay. dan kita ini pun tidak akan kekal bahagia dan ketawa.

setiap manusia berlainan nasib. hmm. susah la aku nak explain dengan lebih lanjut. susah sangat. tapi tidak perlulah perli memerli saat orang tuh menangis. sebab kita ni hidup macam roda. kalau kita gelakkan orang tuh, suatu hari nanti orang lain akan gelakkan kite. pastuh kite gelakkan balik orang tuh tapi akan ada orang lain gelakkan kita. tak serik ker gelakkan orang? atau bawa cerita orang ke hulu ke hilir? kerana dosa lalu sampai sekarang kita berdendam. nak kata orang itu bunuh orang dia sayang tidak pula. kata-kata atau salah faham antara manusia saja sudah boleh buat pergaduhan berlaku. dunia-dunia.

selalu orang nasihat aku. kalau orang tuh selalu sakitkan hati kita. janganlah kita terasa. pastuh, andai orang yang kita benci tahap gaban itu telah jatuh dari langit die, hendaklah kita bantu angkat dia atau bayangkan diri kita ditempat dia suatu hari nanti walaupun kite dah pernah rasa suatu ketika dahulu. setiap benda akan berlaku berulang-ulang. cuma keadaan berbeza tapi kesakitan yang sama kan?

p/s: pelangi tak akan terus memancar selama-lamaya. 

Saturday, October 8, 2011

... takut bayang-bayang sendiri? ...

assalamualaikum.

pernah tak tengok manusia tiada bayang-bayang?

ada? pernah?

okay. itu semua dalam movie kan? tapi jangan lak kau akan bilang yang itu semua tidak wujud. kau pernah tengok cerita "PENDAMPING"? cerita seram Ahmad Idham dan pelakonnya Amy Mastura.

kalau sudah tengok. baguslah. pasti kalian akan faham apa yang aku mahu terangkan ini.  kan dalam cerita itu dimana Ahmad Idham tidak percaya pada hantu. makanya kawan dia, *sapa ek nama die?lupe dah.* menasihatkan dia yang benda itu memang wujud. aku suka ayat kawan dia yang simple.

"ko boleh nampak udara?tak boleh kan?dan kita pon tak boleh nampak Allah kan? tapi kita tahu yang Allah itu wujudkan?"

so, as we know yang semua benda wujud. dan bayang-bayang juga wujud. dia ada dalam diri kita. ia akan muncul bila ada cahayakan.

aku kan ada satu ketakutan. takut pada bayang-bayang sendiri. hinggakan aku tidak mahu jalan di bawah cahaya. aku sanggup berteduh hingga cahaya itu hilang.

tapi

sampai bila aku harus bersikap demikian?

aku cuba menerima semua yang terjadi. tapi kenapa aku masih takut? aku harap aku tabah dan bole menerima semua benda ini. tapi entah la. makan masa untuk aku menjadi orang lain kan.

manusia yang takut dengan bayang-bayang sendiri adalah manusia yang tidak boleh menerima hakikat kan?

ya. aku mengaku aku sebegitu. tapi aku tiada kekuatan untuk menjadi seorang yang tabah kan. tiada siapa yang mahu membantu aku.

itu yang membuatkan aku berasa sedih.

aku akan cuba minta pertolongan daripada Allah SWT. moga Dia membantu aku menghadapi bayang-bayang aku sendiri.

bayang-bayang bukahlah musuh. tapi aku sentiasa kata ia musuh aku. takut pada diri sendiri?

ya itu aku.

Thursday, October 6, 2011

... losing him ...

assalamualaikum.

losing him? who? him. yes, him. i don't mean Tuhan. but him adalah manusia biasa. juga hamba Allah SWT.

him. i love him. maksud love itu sayang. but i have to refuse the feeling. i don't know why. just because i love him as a friend.

*sepatutnya perkara ini dalam luahan belog aku lagi satu. tapi tah kenapa aku tertiba mahu ia dalam ini.*

bukan aku tidak mahu menyintai dia. mahu juga. tapi hati aku tidak boleh dipaksa. dan memang betul aku bahagia dengan dia. sangat-snagat bahagia. tapi siapa sangka jodoh itu bukan milik kami. bukannya aku memilih. tapi siapa yang tidak mahu yang terbaik bukan? tapi itu tidak bermakna yang dia bukan yang terbaik untuk aku.

cuma

dia terlalu baik untuk aku. dan aku takut cinta aku tidak dapat menandingi dia. tapi ramai orang selalu kata.

"ambil mereka yang menyanyangi kita. bukan kita menyanyanginya."

okay. someone please tell me. if semua orang menanti disayangi, sampai bila diri ini nak disayangi?

*okay. aku dah gile*

maaf. aku bukan jenis gadis yang suka menghabiskan masa untuk bercinta. sejujurnya ya. andai orang dah tak mahu, aku angkat kaki. begitu juga kalau aku berkawan dengan lelaki kan. aku berkawan dengan dia. tapi bila dia macam tidak mahu berkawan dengan aku kan, makanya aku menarik diri. buat apa kita nak terus berdiri untuk mereka yang tidak perlukan kita kan. aku pun tak hinginlah!

apa yang aku cuba katakan ini semua ada kaitan walaupun ramai kata tiada kaitan langsung dan aku ini jenis manusia yang suka melalut.

so?

bukan senang nak biasakan diri bila kita sudah kehilangan seseorang. andai kita kehilangan seseorang, pasti orang yang kita sayang juga akan menyusur kemudian kan. maknanya kita sudah tiada siapa lagi kan.

manusia mudah takut. takut tidak seyangi. tapi manusia selalu lupa yang Allah SWT selalu menyayangi kita walauapapun asalkan kita sentiasa patuh pada arahan-Nya. betul tak?

walauapapun, aku doakan him sentiasa dalam keadaan sihat dan sukses dalam pelajaran dan kehidupan. maafkan aku kerna aku tidak terus berada di sisi kau. kerna aku mahu melihat sejauh mana kau boleh berdiri tanpa berpegang dengan aku.

tapi aku percaya, kau mampu berdiri teguh tanpa perlu memaut pada aku kan. ^__^

apapun, aku sentiasa ada di sini untuk membantu mu wahai kawan.

… numb …

ada banyak benda aku nak luahkan. Tapi aku takut aku tak kuat dengar kritikan orang. 1st im not a good mother. Dan takkan jadi yang terbaik....