LAZADA

Monday, January 23, 2012

... cintakan seseorang kerana kelemahannya ...

Assalamualaikum...

ini sebuah cerita yang aku selalu bercerita dengan kawan aku saat aku kecundang dalam kekecewaan. 

pernah dengar tak "cintakan seseorang kerana kelemahannya"?

berapa ramai manusia yang boleh menerima kelemahan seseorang? ala.. kalau takat orang tuh punya kelemahan is tiap2 malam korek idong, aku pon boleh teme. ape laaa.

maksud entry ini is, kita menerima seseorang itu seadanya. jangan anggap kelemahan dia adalah kekuatan kita. SALAHH!!!

we should accept because the weakness. sebab kelemahan yang kita tahu tentang diri seseorang itulah menguatkan cinta kita pada manusia tersebut. InsyaAllah. kita kena ingat, disebalik kelemahan setiap manusia ada di muka bumi ini adalah kelebihannya.

sifat aku satu, aku tak suka melihat kelemahan seseorang lelaki. yang aku sayang la kan. bukan sebarangan ek.hahahha! andai dia lemah untuk memujuk aku, okay fine itu credit die untuk sentiasa bersikap jujur dengan aku. andai kelemahan dia is tak boleh membuat keputusan tanpa tanya aku, okay itu kekuatan die bila keputusan yang dia buat adalah yang terbaik.

betul tak?

cer la kita pikirkan, betapa comelnye bile die tunjukkan kelemahan die depan kite. comel kan???just think positif. jangan takutkan dia untuk merubah diri dia kepada yang terbaik. jangan!!

andai kalau die menagis tentang kelemahan die. dan dia cam ragu2 untuk berubah, kita pegang tangan dia dan cakap, awak ada saya. dan ingat kan kt die yang tak semua orang sukakan kita walaupun kita sudah buat yang trbaik. tiap manusia berhak untuk membenci manusia lain. tapi ingat, perassan benci itu mainan setan.

kite janganlah berubah sebab manusia. salah, berdosa niat tuh tau. berubah kerana Allah. InsayALlah, Allah akan bantu kita. merubah hati seseorang yang benci kita kepada suka kita.  jangan paksa diri untuk berubah. nanti jadi gila. tapi jangan lupa usaha dan berdoa pada Allah yang kita mahu menjadi manusia yang terbaik dan tidak dibenci oleh orang keliling.

kita bukan malaikat yang sentiasa buat baik tanpa menguris hati manusia lain. kadang-kala hal sekecil kuman pon mereka nak ambil hati. susah nak faham ni. susah. memang la ada orang cakap, kita mati nanti akan ada manusia lain yang mengebumikan kita, mandikan dan kapankan. ya. tapi manusia sekarang tak macam dahulu. terguris cikit hati itu sekecil kuman, sudah pergi jumpa bomoh. dengki dalam hati manusa seperti isi dengan kuku.

sedanga]kan orang yang alim pun boleh kena fitnah. hanya kerana orang lain dengki yang dia tuh disukai oelah orang ramai. Astagfirullah Al Azim. manusia manusia. susah kalo tidak ingat Allah.

*pause*
*alamak!! cam lari topik aje!!hahah!harap ada kaitan.*
*play*

back to entry, cinta bukan saja tidak kenal usia, pangkat, darjat. tapi cinta juga tidak kenal kelemahan dan kelebihan. andai dia ada banyak kelebihan dari kelemahan, itu credit die untuk mendapat kasih syang yang lebih dari cinta dia.

lagipun tak salah kalau kita mendoakan kebahagiaan orang lain. kerna Alla SWT tahu siapa jodoh kita. jangan putus asa berdoa pada Allah untuk dipertemukan jodoh yang terbaik andai tidak sempurna pun tak apa. kerna seseorang manusia hanya akan sempurna jika dia selalu ingat Allah Taala. betul tak??

kalian yang membaca, andai aku ada salah cakap, tolong tolong betul kan. maafkan aku kerna kesilapan ini. maaf.

p/s: solat Istikharah adalah yang terbaik sebelum kita membuat sesuatu keputusan. bukan sahaja untuk jodoh. (^__^)




... SAHM SEHARI ...

assalamualaikum dan hi! dah lama tak menaip hehe. but try to nk menaip ek. story mory sikit. tahun 2026 ni kan makin banyak apps dalam hp ka...