Thursday, May 17, 2012

... SHARE: Amalan Bulan Rejab ...

Assalamualaikum…
amalan puasa bulan Rejab. ini aku dapat email dari kawan aku. so aku mahu share dgn kalian yang follow aku.
*sebenarnya aku agak bizi. bukan agak laa kan. tp memang bizi nak mampoooooooss laa kan. tp jom laa bz.haha!*
 
Sama samalah kita ingat mengingati amalan amalan mulia yang penuh berkat ini……….

BULAN REJAB

Pada 22 Mei 2012 (Selasa) kita memasuki bulan Rejab.  Rejab ertinya ”mulia”. Diriwayatkan bahwa Rasulullah saw telah bersabda, "Ketahuilah bahwa bulan Rejab itu adalah bulan ALLAH swt, maka:”

1.   Barang siapa yang berpuasa 1 hari dalam bulan ini dengan ikhlas, maka
pasti ia mendapat keredhaan yang besar dari ALLAH swt
2.   Dan barang siapa berpuasa pada tanggal 27 Rejab /Israk Mi'raj (Ahad, 17Jun 2012) akan mendapat pahala seperti 5 tahun berpuasa
3.  Barang siapa yang berpuasa 2 hari di bulan Rejab akan mendapat kemuliaan di sisi ALLAH swt
4.   Barang siapa yang berpuasa 3 hari yaitu pada tanggal 1, 2, dan 3 Rejab (22, 23, 24 Mei 2012) maka ALLAH swt akan memberikan pahala seperti 900 tahun berpuasa dan menyelamatkannya dari bahaya dunia dan seksa akhirat
5.   Barang siapa berpuasa 5 hari dalam bulan ini, insyaallah permintaannya akan dimakbulkan Allah swt..InsyaAllah
6. Barang siapa berpuasa 7 hari dalam bulan ini, maka ditutupkan 7 pintu neraka Jahanam dan barang siapa berpuasa delapan hari maka akan dibukakan 8 pintu syurga
7. Barang siapa berpuasa 15 hari dalam bulan ini, maka ALLAH swt akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan menggantikan kesemua kejahatannya dengan kebaikan, dan barang siapa yang menambah (hari-hari puasa) maka ALLAH swt akan menambahkan pahalanya."
Sabda Rasulullah saw lagi :"Pada malam Mi'raj, saya melihat sebuah sungai yang airnya lebih manis dari madu, lebih sejuk dari air batu dan lebih harum dari minyak wangi, lalu saya bertanya pada Jibril as "Wahai Jibril untuk siapakah sungai ini?"
Maka berkata Jibrilb as "Ya Muhammad sungai ini adalah untuk orang yang membaca selawat untuk engkau dibulan Rejab i ni."
Dalam sebuah riwayat Tsauban bercerita :"Ketika kami berjalan bersama-sama Rasulullah saw ke sebuah kubur, lalu Rasulullah saw berhenti dan beliau menangis dengan amat sedih, kemudian beliau berdoa kepada ALLAH swt. Lalu saya bertanya kepada beliau "Ya Rasulullah, mengapakah engkau menangis?" Lalu beliau bersabda "Wahai Tsauban, mereka itu sedang diseksa dalam kuburnya dan saya berdoa kepada ALLAH swt, lalu ALLAH swt meringankan atas mereka."
Sabda beliau lagi "Wahai Tsauban, kalaulah sekiranya mereka ini mahu berpuasa satu hari dan beribadah satu malam saja di bulan Rejab nescaya mereka tidak akan disiksa di dalam kubur." Tsauban bertanya "Ya Rasulullah, apakah hanya berpuasa satu hari dan beribadah satu malam dalam bulan Rejab sudah dapat mengelakkan dari seksa kubur?"
Sabda beliau "Wahai Tsauban, demi ALLAH zat yang telah mengutus saya sebagai nabi, tiada seorang muslim lelaki dan perempuan yang berpuasa satu hari dan mengerjakan solat malam sekali dalam bulan Rejab dengan niat karena ALLAH swt, kecuali ALLAH swt mencatatkan baginya seperti berpuasa satu tahun dan mengerjakan solat malam satu tahun."

Selamat Beramal 

p/s: korang boleh share kalau mahu.

nota: ada sape-sape nk bunuh aku tak?? aku tengah buat report yang aku tak faham langsung.
nota lagi: pls! KILL ME! T_____T

..: Usagi Nana :..

2 comments:

~cAhAyA kEmUL!aAn~ said...

ade gk la rse cm nk bunuh ko.. tp pg td dgr dlm adik dan al-quran, perkara yg pertama yg d hitung adalah berkaitan darah(bunuh diri @ bunuh makhluk lain) sbb kita dh mengambil hak Allah..huhu

NOOR FATIN said...

banyaknyaaa pahala nana.. jom kita rebutt.. tampung balik mana yg xde dulu.. wawawawawa..