Tuesday, March 27, 2012

... TIP PILIH KASUT ...

Tip pilih kasut

 
KASUT tidak hanya berfungsi sebagai pelapik kaki bagi memberi keselesaan, malah ia melengkapkan penampilan diri agar menarik dan anggun ketika melangkah.
Sesuai dengan fungsinya sebagai pelindung kaki dan penambah gaya, pemilihan kasut juga harus dilakukan dengan berhati-hati.
Bayangkan jika kasut yang dibeli harganya mahal tetapi menyebabkan kaki melecet, pastinya ia tidak berbaloi. Justeru, pemilihan kasut yang betul itu penting agar kesihatan, keselesaan dan penampilan diri kekal sepanjang hari.

Terdapat beberapa panduan sebelum anda membuat keputusan membeli kasut agar tidak tersilap membuat pilihan.
Perkara yang perlu diambil kira sebelum membeli kasut:
 
  Belilah kasut pada waktu siang hari atau petang. Ini bagi membolehkan kita mendapatkan kasut dengan ukuran yang tepat dan selesa ketika dipakai.
  Berdiri tegak dan pastikan kasut yang dipilih itu selesa. Buat ujian dengan cuba berjalan-jalan di dalam kedai. Jika lantai kedai penuh dengan permaidani, cuba berjalan di luar atau di atas lantai simen.
  Pastikan tumit dan jari kaki tidak terkeluar daripada saiz asal kasut.
  Pastikan memakai kedua-dua kasut yang dipilih, berdiri tegak dan cuba berjalan.
  Panduan bagi yang gemar menggunakan stoking atau sarung kaki ketika memakai kasut bertutup dan sandal. Cuba pakai stoking ketika hendak membeli kasut bagi mengelakkan daripada saiz yang dipilih tidak sesuai.


Perkara yang tidak boleh dilakukan ketika membeli kasut:
  Ketika memilih kasut, sebaiknya jangan terburu-buru agar kasut yang dibeli selesa dipakai dan fesyennya bersesuaian dengan penampilan diri.
  Jangan sesekali membeli kasut pada waktu pagi kerana ketika itu kaki belum mengembang dengan ukuran maksimum.
  Jangan hanya duduk ketika mencuba dan menggunakan sebelah kasut saja. Jangan mudah menganggap kasut itu benar-benar selesa sepenuhnya meskipun ia cantik dan saiz sesuai sedangkan kita belum mencubanya.
  Usah membeli kasut tanpa mencuba dan hanya berpandukan pada saiz semata-mata. Tidak semua jenama menggunakan saiz kaki yang sama kerana ia berbeza mengikut produk keluaran masing-masing.
  Jangan pilih kasut yang dirasakan terlalu ketat walaupun menganggap kaki akan biasa dengan saiz dipilih kerana lambat-laun, timbul masalah lain seperti sakit dan melecet melainkan jika kita ingin mengambil risiko itu atau hanya dipakai untuk satu malam saja
 



No comments:

❦❦❦❦❦❦❦❦❦❦

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...