LAZADA

Thursday, October 4, 2012

... Saya taknak kita jadi seperti "Somebody I used to know" ...

Awak. 
Kita kawan kan?
Awak tahu kita kawan. Bukan sahaja kawan biasa malah seorang sahabat pada saya.

Awak.
Kenapa awak bersedih?
Saya tahu awak bersedih kerana cinta awak tak kesampaian.
Saya tahu hati awak sudah dicincang dan dilumat oleh seorang lelaki.

Awak.
Saya tahu itu. Tapi awak membiarkan ia menguasai diri awak dan hati awak.

Awak.
Tolonglah jangan buta mata hati. Tolonglah awak.
Saya tahu awak sakit dan maafkan saya kerna tak mampu mengerti sebuah kesakitan kekecewaan itu.

Awak.
Saya minta maaf.

Awak.
Tolonglah jadi sahabat saya yang ceria semula.

Awak.
Awak mampu sebenarnya. Cuma awak takutkan sesuatu yang awak sendiri tak boleh nak terangkan.
Saya taknak faham semua itu.
Tapi saya harap awak akan jadi seorang yang ceria semula.

Awak.
Senyumlah.

..: Usagi Kechik :..

... 3 penawar hati yang gelisah ...




Suatu ketika seorang sahabat karib Rasulullah iaitu Ibnu Mas'ud didatangi seorang lelaki yang kelihatan dirundung duka nestapa . Lelaki ini berkata kepada Ibnu Mas'ud ,

" Saudara , berikanlah kepada ku satu nasihat yang dapat aku jadikan penawar untuk jiwa ku yang gelisah ini . Akhir - akhir ini jiwaku tidak begitu tenteram , jiwa ku sentiasa gelisah , fikiran ku juga selalu kusut , makan ku tidak kenyang , tidur ku tidak lena . "

Mendengar itu , Ibnu Mas'ud membalas ,

" Sekiranya itulah penyakit yang menimpamu , hendaklah kamu bawa hatimu mengunjungi tiga tempat ini :

PERTAMA , tempat orang membaca Al - Quran ;
sama ada kamu membacanya atau kamu sekadar memndengar orang lain membaca ayat suci .

KEDUA , majlis ilmu ;
yang dapat mengingatkan kamu kepada Allah .

KETIGA , carilah tempat dan waktu yang sesuai supaya kamu dapat beribadat kepada Allah dengan khusyuk dan tulus ikhlas . "

Demikian penawar hati gelisah ; kadangkala kita tidak tahu punca yang membawa hati resah . Tetapi sebenarnya itu kerana hati kita tidak diisi dengan sebaik - baiknya . Hati yang kosong , maka mudahlah syaitan masuk menyelinap .

Firman Allah ,
" Jika engkau dihasut oleh syaitan , maka mintalah pertolongan daripada Allah . Sesungguhnya Allah Maha Mendengar Lagi Maha Mengetahui . "
( Surah al - A'raf : 200 )



Tuesday, October 2, 2012

... Nenek sudah tiada (Part 2) ...

sambungan entry sebelum ini. Link sini!

tidur jam 3 pagi dan terjaga jam 6.30 pagi.

solat subuh dan bersiap dan jam 7pagi bertolak mencari kedai makan. sarapan pun tiada mood. lebih-lebih lagi mama.  Mama betul-betul tiada selera makan. entah apalah yang difikirkan mama itu. andailah aku leh baca. hurmm...

jam 7.30 bertolak dan sampai almost jam 8.30 pagi. jenazah nenek belum dimandikan maka sempatlah aku melihat arwah nenek lagi.

ramai yang datang ziarah. kalau bahasa jawa dipanggil, "Layat".

kawan-kawan adik aku dan kekasih adik aku juga datang ziarah.

siap mandikan, kapankan dan sembahyang kan. maka arwah dibawa dalam van jenazah ke tanah perkuburan. kalau tak silap waktu itu 12 tengahari. Matahari agak membahang tapi masing-masing mata tetap merah. lagi-lagi mak usu aku yang lebeh 10 tahun menjaga arwah. air mata die tak kering-kering. basah sahaja.

lubung kubur sudah pun digali. tinggal nak angkat jenazah aje. setelah jenazah di masukkan maka saudara aku ramai yang menimbuskan jenazah menutup lubang kubur. semua lelaki. pakwe adik aku pun ada tolong timbus lubang kubur itu.

saat itu aku terdetik, aku teringin jugak menimbus kubur arwah nenek aku. tapi aku perempuan, pasti mereka ingat aku main-main. sedangkan aku teringin juga mahu membantu mereka. teringin. saat ini aku teringin menjadi lelaki.

jika jadi lelaki boleh jadi iman semasa sembahyangkan untuk kedua orang tuaku satu hari nanti. ahh! angan tak sudah. merapu sudah aku.

jam 1 petang. Alhamdulillah selesai semuanya. kami singgah kubur atok. atuk sudah lama 'dijemput', tahun 2001.

dan habis ziarah kami pulang ke rumah arwah.

tahu taka perasaan bila masuk ke rumah arwah nenek.  terasa kosong. terasa seperti sudah tiada apa dalam rumah itu. terasa seperti kehilangan.

macam sudah tiada motif besar untuk aku balik ke kampung nanti. sudah tiada apa. semuanya kekosongan.

kosong.

malam ada tahlil. tapi tahlil saudara-saudara saja. sebab makcik-makcik dan pakcik-pakcik semua minta orang surau buat tahlil juga.

jam 1030malam kami balik.  abah sudah kepenatan kerna tak cukup tido. aku, adik dan mama juga begitu. sepanjang perjalanan balik, masing-masing melayan perasaan sendiri. diam. membisu saja kami.

sesampai dirumah, kami basuh muka dan terus masuk rumah, beg pakaian ditinggalkan saja dalam kereta. masing-masing amat penat. tak larat.

sampai rumah jam 1130 malam. balik basuh muka, mandi solat isyak dan terus tido. tapi seperti biasa sebelum tido pasti aku over thinking. entah apa yang aku fikirkan aku tak tahu.

48jam. jumaat dan sabtu. tido 4jam saja. kamis malam jumaat aku tido jam 1 pagi. jumaat kerja. then jumaat malam sabtu tido jam 3 pg. memang ternyata 4jam saja. sakit kepala bila di oagi ahad.

apapun Alhamdulillah semuanya selamat. Rindu Arwah nenek. aku percaya mama pon rindukan arwah nenek.

sudah. tidak mahu menangis lagi. cukuplah.

THE END.

Monday, October 1, 2012

... Nenek sudah tiada (part 1)...

Last Friday 28 september 2012. Nenek sudah menghembuskan nafas terakhir die. Aku tak sure sama ada sebelum asar atau selepas asar. Tapi yang pasti famili aku dapat tahu nenek sudah tiada pada jam 21.51. masa itu aku melihat jam dan tengah main twitter dengan kawan-kawan aku. Tapi aku dengar hp abah berbunyi dengan nyaring dan agak lama kerna mereka di dapur lambat angkat.

Dan 5 minit selepas itu, akak aku buka pintu bilik aku dengan wajah menangis dan berkata, “nana, nenek dah tak ada.”

Dan aku terus, “WHAT! Innalillah. Bile”. Akak aku cakap baru. Tapi bila abah confirm kat sana, rupanya sudah 4 jam nenek menghembuskan nafas terakhir dia.

1st aku terfikir mama. Kecian mama. Sampai hati mereka buat mama macam ini. Aku tidak faham kenapa mereka sungguh bencikan mama.

Then aku terfikir adik aku di politeknik behrang. She should know about this so I text her. Dia kol rumah tapi tiada orang angkat. Aku hanya sunggul di atas katil. Buntu. Terdiam.

Nenek itulah satu-satunya nenek yang anggap aku cucu die. Nenek lagi satu itu pilih kasih. So tidak berapa rapat. Tapi nenek ini sungguh baik. Aku suka. Aku sayang nenek ini lebih.

Kami adik beradik membisu. Then my sis di behrang kol abah dan akk no 1 aku mara kerna gtau adik aku itu. Aku tak paham kenapa nak mara aku pasal gtau adik aku kes ini.

Then suddenly adik bongsu aku masuk bilik dan cakap, “kita g behrang amik Mimi”. Dengan pantas aku bersiap ala kadar. Dan mama cakap pastuh singgah rumah arwah nenek.

Nenek.

Kul 10lebih malam kami bertolak ke behrang. Then jam 12 kami sampai behrang dan terus ke sungai buloh. Then kami sampai sg buloh almost jam 1pagi.

Aku buntu. Hanya mampu melihat nenek. Makcik-makcik aku semuanya membaca Al-Quran dan Yassin. Mama juga join mereka.

Aku hanya merenung tengok nenek. Tengok sahaja sekujur tubuh yang kaku itu. Aku amati dan teliti. Tiba-tiba aku tengok nenek seperti masih bernafas. Almost nak menjerit dan cakap kt mereka yang nenek masih hidup. Tapi cepat-cepat aku mengucap. Aku kena terima hakikat yang Allah lebih menyayangi nenek.

Bila aku termenung lagi. Aku nampak seperti nenek bernafas. Lagi sekali. Maka aku buat keputusan untuk tunduk sahaja. Tak mampu merenung tubuh kaku itu lama-lama. Makin aku memandang, makin laju air mata aku mengalir.

Depan mama tiada air mata yang mengalir. Tapi wajah mama amat-amat merah. Menangis.

Jam kul 2pagi dan kami bertolak balik. Sampai rumah jam 3pg. dan aku basuh muka dan terus tidur.
Sebenarnya tak boleh tido tapi aku paksakan diri aku juga. Dan akhirnya terlena tanpa sedar.


..: Usagi Kechik :..

... Sahabat Sekolah ...

Di opis yg bizi ini aku tetap juga mengambil kesempatan nak menaip sebuah kisah ini.

Aku rindukan kawan sekolah aku. Ana, Nisa dan Wawa. Sudah lama berkawan dengan mereka. Rindukan mereka yang memahami sikap aku yg kebudak-budakan tapi matang.

Dorang cakap aku ni penceria dan perfection. Kira kalo mahu buat event pasti aku yang kena anjurkan event itu. Oh! Sanga t berat tugas itu tapi aku bahagia kerna ia menjadikan. Sebab itulah kawan aku suka aku yang anjurkan event. Sebab aku pasti mahu ia menjadi walaupun sorang ahli tiada.

So jangan sentap sudah.

Aku pernah termenung depan mereka dan diam depan mereka. Bila aku berbuat demikian, dorang akan tegur dan cakap, “ko kenapa? Ko jangan pendam sangat. Bahaya.”
So aku senyum. Dorang tahu kisah cinta aku. Dgn ex aku, buddy dan ZJ. Dorang tahu kisah cinta 3 segi aku. Dorang tahu aku susah nak pilih suami. Kerna semuanya baik sangat-sangat.

Ada yang suruh amik ZJ as husben. Ada yang suruh amik buddy sbg husben. Ada yang suruh wat solat isthikarah.

Sudah lama tak melepak minum until midnight. Sudah lama tak pergi mandi manda bersama. Sudah lama tak main bowling bersama.

Rindukan dorang yang memahami sikap aku dan perasaan aku. Rindukan dorang yang sentiasa gila-gila walaupun ada bf. Haha!

Tapi masa mencemburui kami. Masa dengki dengan kami. Dorang sibuk mencari rezeki. Dorang sibuk mengejar dunia kerana mahu kawin.

Dan aku pasrah dengan semuanya. Apa boleh buat. Jodoh mereka sudah sampai. Maka aku doakan yang terbaik untuk mereka.

Miss u guys! Miss u guys a lot! Nanti aku plan cara untuk kita hang out! Harap kalian ada masa!


..:Usagi Kechik :..

… numb …

ada banyak benda aku nak luahkan. Tapi aku takut aku tak kuat dengar kritikan orang. 1st im not a good mother. Dan takkan jadi yang terbaik....