LAZADA

Tuesday, September 4, 2012

... #TRUESROTY : I MISS MY SCHOOL LIFE ...

Assalamualaikum…

Sudah lama aku tak hapdate dari opis ni. Tetbe rasa macam nak membebel pulak. Tekanan pon ada gak.

Orang kata tak payah nak rahsia pun tak apalah. Tapi better tak payah rahsia kan? Sebab bukannya orang tuh tak tahu pun. Dorang akan tahu jugak.

Kerja. Pernah kerja kat company yang ada 700lebih staff? Orang opis aku rasa ada dalam 100lebih.

Dengki manusia di tempat kerja dengan di sekolah lain tau.

Di sekolah andai ada saja mulut puaka. Pasti kita ada kawan yang akan back up kan? Betul tak?
Since that we all become best friend kan?

Bila kerja semua berubah okay. Tiada kawan baik. Tiada semua itu. Yang ada hanya perbezaan pangkat dan gaji.

Ya, aku didengki oleh mereka. Dan aku sangat terasa asing. Sangat!

Aku kan baru sahaja setahun lebih kerja dan aku sudah dinaikkan pangkat. Lepastuh adalah mulut-mulut yang sudah 4tahun lebih kerja baru naik pangkat.
Dan kebetulan saja bila aku dah naik pangkat. Aku beli kereta. Kebetulan okeh.

Bulan 8 ini bizi pasal kenaikan gaji. Ada yang dapat banyak, ada yang dapat cikit dan ada yang tak dapat langsung. So ketidakpuasan hati berleluasa.

Oleh sebab bulan April aku sudah naik pangkat dan gaji so aku tiada kenaikan lagi di bulan 8.

Pendek cerita, masa mereka tengah bizi pasal kenaikan dan ketidakpuasan, aku tiada risau pun sebab aku sudah naik semua kan. Then kebetulan pada hari yang sama aku dapat Monitor computer kerja yang baru. Daripada 19” dinaikkan ke 24” yang full HD, HDMI, LED, MEGA DCR dan jenama DELL.

Time dorang sakit hati, aku pula sedang berjimba pasal monitor baru. So aku lak tak alert pasal kes ni. Dan aku dipandang serong.

Open house mereka mana ada ajak aku pun. Kecuali staff lelaki. Dorang aje yang rajin nak jemput aku. Perempuan? Mana ada sorang pun yang ajak aku. Semua buat selamba aje.

Bukan aku mintak monitor 24” ni pun. Mula-mula aku pakai 17”, Director suh aku ditukar ke yang besar sedikit. 19” then tetibe lak manager aku  minta Director bagi 24”.

Terkejut aku tahu.

Bila monitor ini sampai sahaja, Director masuk bilik dept aku dan cakap,

“ Tengak ni Leana, kau untung dapat monitor baru. Ini semua sebab Exec kau tak nak bg kau berhenti. Kang pening kepala die kalo kau berhenti.”

Dan aku hanya mampu gelak.

Aku tahu dalam hati dia, dia yang taknak bagi aku berentikan? Sebab sudah taka da orang boleh buat tool life report dia nanti. Aku aja yang mampu buat sampai jam 9.30malam.

Mula-mula memang aku kisah. Tapi sudah lama-lama, aku sudah lali. Aku mahu menjadi aku yang tahun lepas. Buat kerja sendiri. Bahagiakan bos-bos aku dengan menyiapkan kerja mereka dengan cepat dan tangkas dan 100% terbaik. Itu lagi bagus. Dan tegur mereka bila ada kerja dengan mereka aje. kalo tak ada, aku selamba aja dan hanya mampu senyum.

Ada akak kilang yang paham tentang kerja aku. Tapi dorg kt opis belakang. Kilang ada banyak opis. So paham-paham ajelah.

Oleh sebab dept aku sebelah bilik Director, mugkin oleh sebab itu aku cepat naik pangkat. Tapi rezeki memasing maaa. Ishh!

Dan kerja memang jauh gile hidup dengan sekolah. Jauh sangat-sangat.

So korang yang masin belajar, hargailah zaman g kelas dan others. Bila sudah kerja. Semua tak sama. Sangat-sangat tak sama.

TTFN!


..: Usagi Kechik :..

Wednesday, August 29, 2012

... Fakta: Perempuan lebih suka lelaki yang pandai buat lawak ...

Assalamualaikum…

Hai all, sekarang ini aku ada kat opis. Agak besh untuk aku menaip menggunakan desktop dari lappy aku kat rumah itu. Ahhh! Paling tak suka menaip pada kedudukan tangan yang rapat. *paham-paham ajelah.*

Tengahari tadi aku balik rumah, then aku bukak FB aku. *macam biasalah bila sudah sampai rmh kn, lappy dulu yang di hadapnya.*
Dan aku ada Nampak satu pages ni ada buat status dan membuat aku terfikir.

Statusnya seperti ini:-

Sebenarnya perempuan lebih suka lelaki yang pandai buat lawak, yang mampu membuat mereka tertawa dan bahagia berbanding lelaki tampan yang tak mampu berbuat apa-apa...”

Lain perempuan, lain lah cita rasa mereka kan? Jangan pulak lelaki nak sama-kan semua wanita dengan “WOMEN LOGIC”. You all make the women like machine. Bro, we all HUMAN! Whose has feeling and brain.

Back to the topic,aku macam tak boleh terima fakta ini. Perempuan tak akan anggap seseorang lelaki itu sebagai kekasih tapi sebagai kawan baik sahaja.
Kalau as kawan baik, aku setuju! Sebab perempuan hanya suka pada lelaki yang dia caring sahaja.

Suka or pandai buat lawak ada juga yang caring kan? Tapi tengoklah lelaki itu macam mana kan.

Aku seorang gadis yang muka ketat. Siyesly aku memang muka ketat. Susah nak ketawa lagi-lagi bila aku tak ada mood and tengah mara. If you dare to make a joke in front of me, when I was not in good mood you will looks like CLOWN or STUPID. Ouch! Harsh right?

Tapi siyesly, lelaki yang pandai buat lawak hanya mampu dianggap sebagai kawan. Sebab mereka hanya penghibur dikala lara.

So guys! Kalo ada hati kat aku, jangan jadi seorang yang suka buat lawak tapi jadilah seorang yang pandai buat lawak. Kiranya buat lawak bertempatlah kan? >..<

p/s: ini hanyalah pendapat aku okeh. Lain orang lain pandangan bukan? Tak semestinya rambut sama itam kan? Jika mahu marah or bangkang. Dipersilakan. Itu pendapat kalian. TQ!

TTFN!

..: Usagi Kechik :..

Tuesday, August 28, 2012

... Top Secret of me ...

Assalamualaikum!

aku tahu hari ini hari selasa. tapi tetap jugak nk buat

WORDLESS TUESDAY!

hahahaha!

k. dipersilakan gelakkan saya!


Saturday, August 11, 2012

... 4hb Ogos 2012 ...

Assalamualaikum!

aku tahu hari ini adalah 11hb ogos. dan 4hb is last week kan. hihi~

sengaja aku nak simpan date ini sebab aku nak buat entry psl ini nanti. dengan harapan aku tak lupe. haha! rindu kat nabila. hahah!

k lah. bubbye!

Friday, August 3, 2012

... Ogos dan Puasa ...

Assalamualaikum! Salam Ramadhan.

Puasa punya post pon aku tak masukkan. cam biasalah. Niat Puasa. Doa berbuka dan selainnya.

Ogos. yep. ogos sudah sampai. dan ini bermakna raya bakal tiba kan.

persiapan? cam bese lah. be4 raya aku sudah siap baju. tudung dan kerongsang lak, aku makan masa nak mencari yang seswai dengan nya.

oh! esok 4th Ogos, ada iftar dgn budak 89. mesti bz aku sepanjang hari. dan tido kt rumah nadia. hihihi~ hope sumenye berjalan dengan baik. Aminn.

so how korg punya puasa? ladies? kalo korg dtg cuti cmne? hihihi~ aku kalo dtg cuti time keje, tengahari g kantin. laparlah katakan. hihi.

Bos melayu aku lak bising aje. ciss!

nampaknya aku kena ganti puasa laa tahun ni. haihh~

k la. itu sahaja kata hati saya. tata!

… numb …

ada banyak benda aku nak luahkan. Tapi aku takut aku tak kuat dengar kritikan orang. 1st im not a good mother. Dan takkan jadi yang terbaik....