LAZADA

Wednesday, August 29, 2012

... Fakta: Perempuan lebih suka lelaki yang pandai buat lawak ...

Assalamualaikum…

Hai all, sekarang ini aku ada kat opis. Agak besh untuk aku menaip menggunakan desktop dari lappy aku kat rumah itu. Ahhh! Paling tak suka menaip pada kedudukan tangan yang rapat. *paham-paham ajelah.*

Tengahari tadi aku balik rumah, then aku bukak FB aku. *macam biasalah bila sudah sampai rmh kn, lappy dulu yang di hadapnya.*
Dan aku ada Nampak satu pages ni ada buat status dan membuat aku terfikir.

Statusnya seperti ini:-

Sebenarnya perempuan lebih suka lelaki yang pandai buat lawak, yang mampu membuat mereka tertawa dan bahagia berbanding lelaki tampan yang tak mampu berbuat apa-apa...”

Lain perempuan, lain lah cita rasa mereka kan? Jangan pulak lelaki nak sama-kan semua wanita dengan “WOMEN LOGIC”. You all make the women like machine. Bro, we all HUMAN! Whose has feeling and brain.

Back to the topic,aku macam tak boleh terima fakta ini. Perempuan tak akan anggap seseorang lelaki itu sebagai kekasih tapi sebagai kawan baik sahaja.
Kalau as kawan baik, aku setuju! Sebab perempuan hanya suka pada lelaki yang dia caring sahaja.

Suka or pandai buat lawak ada juga yang caring kan? Tapi tengoklah lelaki itu macam mana kan.

Aku seorang gadis yang muka ketat. Siyesly aku memang muka ketat. Susah nak ketawa lagi-lagi bila aku tak ada mood and tengah mara. If you dare to make a joke in front of me, when I was not in good mood you will looks like CLOWN or STUPID. Ouch! Harsh right?

Tapi siyesly, lelaki yang pandai buat lawak hanya mampu dianggap sebagai kawan. Sebab mereka hanya penghibur dikala lara.

So guys! Kalo ada hati kat aku, jangan jadi seorang yang suka buat lawak tapi jadilah seorang yang pandai buat lawak. Kiranya buat lawak bertempatlah kan? >..<

p/s: ini hanyalah pendapat aku okeh. Lain orang lain pandangan bukan? Tak semestinya rambut sama itam kan? Jika mahu marah or bangkang. Dipersilakan. Itu pendapat kalian. TQ!

TTFN!

..: Usagi Kechik :..

Tuesday, August 28, 2012

... Top Secret of me ...

Assalamualaikum!

aku tahu hari ini hari selasa. tapi tetap jugak nk buat

WORDLESS TUESDAY!

hahahaha!

k. dipersilakan gelakkan saya!


Saturday, August 11, 2012

... 4hb Ogos 2012 ...

Assalamualaikum!

aku tahu hari ini adalah 11hb ogos. dan 4hb is last week kan. hihi~

sengaja aku nak simpan date ini sebab aku nak buat entry psl ini nanti. dengan harapan aku tak lupe. haha! rindu kat nabila. hahah!

k lah. bubbye!

Friday, August 3, 2012

... Ogos dan Puasa ...

Assalamualaikum! Salam Ramadhan.

Puasa punya post pon aku tak masukkan. cam biasalah. Niat Puasa. Doa berbuka dan selainnya.

Ogos. yep. ogos sudah sampai. dan ini bermakna raya bakal tiba kan.

persiapan? cam bese lah. be4 raya aku sudah siap baju. tudung dan kerongsang lak, aku makan masa nak mencari yang seswai dengan nya.

oh! esok 4th Ogos, ada iftar dgn budak 89. mesti bz aku sepanjang hari. dan tido kt rumah nadia. hihihi~ hope sumenye berjalan dengan baik. Aminn.

so how korg punya puasa? ladies? kalo korg dtg cuti cmne? hihihi~ aku kalo dtg cuti time keje, tengahari g kantin. laparlah katakan. hihi.

Bos melayu aku lak bising aje. ciss!

nampaknya aku kena ganti puasa laa tahun ni. haihh~

k la. itu sahaja kata hati saya. tata!

Wednesday, July 18, 2012

... Bakti Arjuna Fitri ...

Assamualaikum...

kenal nama ini? panggilan Juna. dia anak kepada Fynn Jamal.
Kenal Fynn Jamal? dia seorang puitis yang haibat. She's one of my inspiration.

Juna. Jantung dia berlubang dan today dia dibedah. Dan Alhamdulillah. semuanya selamat.
semalam, ramai yang memberi bantuan kepada Fynn Jamal. Thanks all!
She needs to pay for operation Juna about RM35K within 24hour.
Fynn Jamal bukan orang berpangkat.
Bukan senang nak jadi macam Fynn Jamal. tabah. Mummy yang tabah.

*pause*

sebenarnya aku tak tahu nak citer pasal apa. tapi ini yang aku rasa. harap aku tak tersilap kata.

*play*

Manusia di Malaysia ini masih yang berhati perut. ingat tak di berita yang auntie kena ragut dan meninggal masa otw ke hospita. Ramai yang lalu lalang but everybody IGNORE her! Malaysia dah macam negara China. bak kata orang RODA. andai kita asyik mengutuk orang itu seperti itu. tapi akan datang nasib kita lebeh teruk dari itu.

*pause*

maaf terlari tajuk.

*play*

Alhamdulillah selamat pembedahan. dan jantung dia boleh pam normal. Ya Allah, begitu tabah bayi itu. terima kasih Ya. Allah!

menangis aku melihat kisah sedih yang realiti ini. selalu aku hanya menonton filem. tapi ini betul-betul realiti. aku pernah peluk dan salam kak fynn. Berborak. She is so inspired!

dan suami yang sangat memahami. *jeles okeh bila dapat husben cm itu.* dan anak yang sangat sempurna.

Alhamdulillah semuanya selamat. bersyukur. harap Juna membesar dengan sihat. harap jantung itu terus pum dgn sihat. seperti kita yang normal. aminn!

rindukan kak fynn yang ceria. yang periang. yang cun dan comel dan sukew cangat buat muka lawak dia. HAHAHA!

Juna akan buat hidup abg tri dan kak fynn more happier. InsyaAllah. inilah dugaan Allah.


… numb …

ada banyak benda aku nak luahkan. Tapi aku takut aku tak kuat dengar kritikan orang. 1st im not a good mother. Dan takkan jadi yang terbaik....