LAZADA

Thursday, April 12, 2012

... orang mukmin yang kuat lebih dikasihi Allah SWT...

Assalamulaikum...

sumber dari SINI!

baca dan berfikirlah. selamat beramal!

Maksud Hadith :
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: "Orang mukmin yang kuat lebih baik di sisi Allah dan lebih dikasihi daripada orang mukmin yang lemah, sedangkan setiap seorang itu mempunyai kebaikannya (imannya) ; oleh itu hendaklah engkau bersungguh-sungguh berusaha memperoleh apa yang memberi manfaat kepadamu, serta hendaklah meminta pertolongan kepada Allah dan janganlah engkau bersikap segan dan malas; dan sekiranya engkau ditimpa sesuatu maka janganlah engkau berkata :" Kalaulah aku lakukan itu ini, tentulah akan terjadi begitu begini, tetapi katalah :" Allah telah takdirkan, dan apa yang dikehendaki oleh kebijaksanaan- Nya Ia lakukan, kerana perkataan 'kalau' itu membuka jalan kepada hasutan syaitan. " (Riwayat Muslim)

Huraian
Pengajaran hadith:

i) Setiap mukmin itu mempunyai tingkat imannya yang tertentu di mana ada yang kuat semangatnya, ilmunya dan kuat pula berusaha untuk mendapatkan kebaikan dalam hidup; manakala setengah yang lain pula adalah sebaliknya.

ii) Seharusnya kita berusaha bersungguh-sungguh dalam mencapai sesuatu di samping meminta pertolongan daripada Allah S.W.T supaya dengan ihsan-Nya Allah memberi taufik dan menjayakan segala usaha yang dilakukan itu kerana manusia walau sebijak mana dan sekuat mana pun ia, tetap berhajat kepada pertolongan dan pimpinan daripada Allah S.W.T.

iii) Demikian juga kita tidak sepatutnya bersikap malas dan malu untuk bekerja serta hanya memasang angan-angan bahawa Allah akan menyampaikan hajat kita dengan alasan Allah itu Maha Berkuasa sedangkan Allah sendiri telah menjelaskan bahawa sesuatu yang boleh diusahakan oleh manusia tidak akan berhasil melainkan setelah diusahakan sebab atau jalan untuk mencapainya.

iv) Sekiranya sesuatu usaha yang dibuat itu ditakdirkan menemui kegagalan maka kita selaku umat Islam dikehendaki menghadapinya dengan perasaan redha, tenang tenteram kerana hal tersebut pasti mengandungi hikmahnya yang tersendiri yang hanya diketahui oleh Allah.

v) Janganlah sekali-kali disebut perkataan 'kalau' jika mengalami kerugian atau kekecewaan kerana ia akan membuka jalan kepada hasutan syaitan yang akan menjadikan seseorang itu gelisah, marah, tidak redha kepada takdir dan ketentuan Allah Yang Maha Esa.

nota: aku selalu cakap "kalau". siyesly! sampaikan kekasih aku cakap "boleh tak stop cakap KALAU. what happen it just will happen. if u dont want in future ut become true. just dont do it!" dan aku terus diam. now i know. its just syaitan yang hasut kite.

Sunday, April 8, 2012

... sujud sahwi ...

assalamualaikum...

something yang aku mahu share dengan kalian.
aku amik share dari SINI. thank!

meh baca!

Lepas solat Subuh berjemaah pagi tu, ustazah dan adik ustazah, Amalina duduk saja di bilik solat. Hening suasana pagi tu, macam ada sesuatu yang berlaku hingga kedua-duanya kelu tidak bersuara. Sekadar lafaz istighfar yang sayup-sayup kedengaran diulang-ulang oleh ustazah.

Amalina: Akak, tadi tu akak buat sujud sahwi ke?

Ustazah: Aha.. Tu la sujud sahwi. *senyum*

Amalina: Ooo... First time Ina buat sujud sahwi. Huhuhu. Akak buat sujud sahwi sebab tertinggal doa qunut kan tadi?

Ustazah: Yup... Akak terlupa, tapi masa akak da sujud tu baru akak teringat yang akak terus sujud lepas iktidal.

Amalina: Ermmm... Sujud sahwi ni kita buat sebab kita tertinggal ape-ape dalam solat kan kak?

Ustazah: Mula-mula sekali, kena faham makna dulu. Sahwi ni dari segi bahasa bermaksud lupa sesuatu. Dari segi istilah pulak, sujud sahwi ni adalah dua kali sujud yang dilakukan sebelum atau sesudah salam oleh seseorang yang sedang bersolat.

Amalina: Ooo... Terlupa yang macam mana tu kak?
Ustazah: Ada tiga sebab orang buat sujud sahwi ni. Yang pertama sekali sebab terlebih sesuatu dalam solat, contohnya terlebih rukuk, sujud dan sebagainya, maka dia perlu sujud sahwi.
"Sujus Sahwi adalah nama bagi 'dua sujud' yang dilakukan oleh seseorang yang bersolat, untuk menutup kekurangan yang terjadi ketika solat disebabkan terlupa." [Muhammad Bin Shalih Al-Uthaimin, Risalah Sujud Sahwi, majalah As-Sunnah]

Amalina: Kalau terkurang lak?

Ustazah: Kalau terkurang pulak, bila seseorang tu terlupa sampai meninggalkan salah satu sunat ab'adh, maka dia harus sujud sahwi sebelum salam.

Amalina: Sunat ab'adh? Ape tu kak?

Ustazah: Sunat ab'adh ni adalah sunat yang sangat ditekankan dalam solat, macam Tasyahud Awal dan Qunut dalam solat Subuh. Bila

Amalina: Haaa... Kalau terlupa nak Tasyahud Awal, terus berdiri tegak, kena la sujud sahwi ye kak?

Ustazah: Kalau Ina terlupa nak Tahiyyat Awal, dan teringat benda tu bila Ina da berdiri tegak, maka kena la buat sujud sahwi. Tapi kalau masa tu Ina belum sempurna berdiri tegak, masih on the way nak berdiri katakan, Ina leh duduk balik untuk Tahiyyat Awal. Macam tu tak perlu sujud sahwi.

Amalina: Owhhh... Kalau macam kurang yakin rakaat kita da berapa pulak, kak? Kadang-kadang rasa macam da rakaat terakhir, kadang-kadang macam belum lagi. Huhuhu.

Ustazah: Aha... Yang tu sebab ketiga. Bila seseorang tu ragu-ragu dalam solat dia, dia kena sujud sahwi. Ragu-ragu ni pulak ada dua jenis. Yang lebih 50% yakin dengan yang 50-50 yakin.

Amalina: Eik, ada percent-percent pulak~

Ustazah: Yup, bila seseorang tu lebih 50% yakin dia da berada dalam rakaat ketiga, bukan rakaat keempat maka dia kena teruskan dengan apa yang dia yakin tu, then buat sujud sahwi sebelum salam. Kalau dia rasa 50-50 pulak, sama ada dia kat rakaat ketiga ke keempat, dia kena amek jumlah rakaat yang sedikit, then lengkapkan rakaat dia baru sujud sahwi sebelum salam.

Amalina: Hurmm...ape-ape hal, kena amek yang sedikit. Erm, nape kena buat sujud sahwi ni kak?

Ustazah: Sujud sahwi ni hukumnya sunat. Rasulullah s.a.w bersabda..." Apabila salah seorang di antara kalian ragu di dalma solatnya sehingga ia tak tahu lagi apakah ua sidah melakukan solat sebanyak tiga rakaat atau empat rakat, hendaklah dibuang keraguan itu dan yang ia yakini, kemudian heendaklah ia sujud sebanyak dua kali sebelum melakukan salam. sekiranya ia telahdigenapkan dengan sujud sahwinya itu.dan sekiranya ia solat tepat empat rakaat,dua sujud itu menghinakan bagi syaitan "

Amalina: Hoo...padan muka syaitan. Nak gelakkan kita sebab terpengaruh dengan bisikan dia eks, buat sujud sahwi terus syaitan rasa kechiwaaaa~

Ustazah: Hurm...

Amalina: Masa sujud tu akak baca ape kak?

Ustazah: Erm..sebenarnya takde satu pun riwayat khusus yang menjelaskan tentang bacaan sujud sahwi. Lebih ramai ulama termasuk Imam Nawawi r.h cakap, bacaan sujud sahwi tu sama macam sujud solat fardhu biasa.

Amalina: Erm...akak, kalo dia terlupa nak sujud sahwi? Dah beri salam dah pun...huhuhu.

Ustazah: Kalo terlupa nak sujud sahwi sebelum salam, boleh sujud sahwi selepas salam dengan syarat dia teringat benda tu dalam masa yang tak terlalu lama. Sujud sahwi lepas salam, kena buat salam sekali lagi tau!

Amalina: Oooo... Alhamdulillah. Lepas ni takde la konfius-konfius dah.

Ustazah: Alhamdulillah. Tapi bila kita tau yang kita boleh buat sujud sahwi sebab terlupa sesuatu dalam solat ni, janganlah kita meremehkan solat kita. Tak buat sungguh-sungguh dengan alasan nanti boleh sujud sahwi~ Haa~ Solat tetap kena khusyuk dan buat dengan sehabis sempurna yang boleh.

Amalina: Insya'Allah akak~ Hee~~~
Ramai yang tak tahu macam mana nak buat sujud sahwi kan? Dan ramai juga yang selalu terlupa dalam solat kerana terfikir perkara lain hingga menghilangkan khusyuk. Moga Allah ampuni dosa-dosa kita, moga syaitan tidak mudah untuk membisikkan tipu daya antara solat kita. - kredit


Rujukan:
Abul-Jauzaa Blog - !! كن سلفياً على الجادة: Bacaan Sujud Sahwi
Sujud sahwi - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas
Pecinta Islam: Bagaimana Cara Sujud Sahwi
Sujud Sahwi dan Waktu diharamkan Solat

npta aku: bulan 12 kot, aku pernah alami cam ilang ingatan jangka masa pendek. 2 minggu la gak. nasib ada sujud sahwi. tapi kekadang kalo aku rajin, aku buat semula..

... memiliki kemampuan bersyukur ...

assalamualaikum...

oke. ini post aku dapat dari SINI!

so lets read more ape yang dimaksudkan post ini.

Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah SAW bersabda:”Apabila kamu melihat seseorang dikurniakan kelebihan dengan harta melimpah-limpah dan dengan kecantikan, maka lihatlah pula kepada orang yang serba kekurangan.” (Bukhari)

Huraian
Firman Allah SWT yang maksudnya:”Dan ingatlah tatkala Tuhanmu memaklumkan sesungguhnya jika kamu bersyukur pasti Kami akan menambah nikmat kepadamu dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku) maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih" (Ibrahim:7).

Sesungguhnya setiap nikmat itu wajib disyukuri dan antara kunci rahsia dalam bersyukur yang dapat mengundang nikmat Allah yang seterusnya sebagaimana yang disebut dalam firman Allah di atas ialah:

i.) Tidak merasa memiliki kecuali meyakini bahawa segalanya adalah menjadi milik Allah. Hal demikian dapat mengelak seseorang daripada menjadi angkuh dan sombong dengan nikmat yang ada padanya.

ii) Selalu mengucapkan “alhamdulillah”, memuji Allah dalam segala keadaan sama ada ketika susah ataupun senang kerana nikmat yang harus disyukuri itu sebenarnya lebih banyak daripada musibah.

iii) Mempercayai bahawa sebarang nikmat yang dikurniakan adalah jalan menuju Allah atau mendekatkan diri kepada Allah dan

iv) Tahu membalas budi dan berterima kasih dengan kebaikan yang telah diberikan oleh seseorang.


... dinner day and tired ...

assalamualaikum...

a very good night! hahaha! aku hari sbtu semalam kan ada dinner. very tired la kan.. ko tak payah cakap la kan.hahahha!

tapi aku tak dapat bawak balik ape2 pon sbb tiada rezeki pon kan. mungkin sbb sbb kita ni tak jujur pada diri sendiri kan. tapi tak mengapalah kan. sudah rezeki masing-masing. nak buat cam mana kan. ahhhahah!

dan what happen is happen. tak bole nak mara-mara sume bagaikan. so redha ajelah. pape pon aku enjoy sgt2 dgn dinner ni. weeee~~

but last tak dpt nk snap gmbo sgt kan.ahhahhah!

later2 laa ak letak gmbo lawa ak nt..err???lawa ker???sgt la tak kan??ahhahha!!

good nite!

Wednesday, April 4, 2012

... twitter limit again! ...

assalamualaikum!

ingat kan nak letak status kat FB kan. tapi macam segan pulak bila mereka-mereka punya status ada via BLACKBERRY tau. huhuhu...aku ni ape laa yang ada kan. ahhahhaha!

tadi men twitter. guess what? aku kena limit lagi. besh kan??? baru aje main 1 jam oke. dah kena limit lagik. haihh!

kenapa toq twitter ada limit. before ni tak pulak macam ni kan? biasa aje kan. haihh!
ohh! macam FB la kan..ko byk komen pon leh kena limit. cm aku dlu banyak komen kt FB pages Anti My Ex. ahahha! gile besh komen. tp bole pulak kena limit..chooii!

tak apalah! meh aku mau tengok email pulak. ahhahha! moga-moga ada lah stori mori aku mau cerita ini. ahhahha!

ayuh laa membaca ape yang aku post nanti!

utk kite bersama~~ *bukan siaran astro ceria okeh!*


… numb …

ada banyak benda aku nak luahkan. Tapi aku takut aku tak kuat dengar kritikan orang. 1st im not a good mother. Dan takkan jadi yang terbaik....