LAZADA

Wednesday, April 4, 2012

... wordless wednesday : twitter fever! ...

assalamualaikum!


sekarang ni aku tengah fever main twitter daripada Fb. 
sebab org sekarg dlm FB status sume under BlackBerry kan?
so aku ni tak la kaya. so better diam-diam aje la..
twitter akn best. hahaha!

ayuh follow aku kalau nak stalk la kan. opss! xde link. tp sebelah kanan ada link nye~


Tuesday, April 3, 2012

... Umur Orang Yang Bersedekah Dipanjangkan Oleh Allah ...

assalamualaikum!

lets share!! here the link!

Kematian memang di tangan Allah. Tetapi mempercepat dan melewatkan kematian adalah hak Nya juga. Maka ada satu perkara yang boleh membuat kematian menjadi sesuatu yang boleh ditunda. Bagaimana caranya dan mengapa boleh terjadi?

Kisah ini benar-benar terjadi pada masa kenabian Ibrahim a.s. Suatu hari, Malaikat Kematian mendatangi Nabiyallah Ibrahim, dan bertanya, “Siapa anak muda yang tadi mendatangimu wahai Ibrahim?”

“yang anak muda tadi ?” tanya Ibrahim. “Itu sahabat sekaligus muridku.”

“Ada apa dia datang menemuimu?”

“Dia menyampaikan bahawa dia akan melangsungkan perkahwinannya esok pagi.”

“Wahai Ibrahim, sayang sekali, umur anak itu tidak akan sampai esok pagi.” Selesai berkata seperti itu, Malaikat Kematian pergi meninggalkan Nabiyallah Ibrahim.

Hampir saja Nabiyallah Ibrahim tergerak untuk memberitahu anak muda tersebut, untuk menyegerakan perkahwinannya malam ini, dan memberitahu tentang kematian anak muda itu esok. Tapi langkahnya terhenti. Nabiyallah Ibrahim memilih kematian tetap menjadi rahsia Allah.

Esok paginya, Nabiyallah Ibrahim ternyata melihat dan menyaksikan bahwa anak muda tersebut tetap boleh melangsungkan perkahwinannya.

Hari berganti hari, minggu berganti minggu, bulan berganti bulan, dan tahun berganti tahun, Nabiyallah Ibrahim malah melihat anak muda ini masih panjang umurnya.

Hingga usia anak muda ini 70 tahun, Nabiyallah Ibrahim bertanya kepada Malaikat Kematian, apakah dia berbohong tempoh hari sewaktu memberitahunya bahawa anak muda itu umurnya tidak akan sampai besok pagi?

Malaikat Kematian menjawab bahawa dia memang akan mencabut nyawa anak muda tersebut, tapi Allah menahannya.

“Apa sebab yang membuat Allah menahan tanganmu untuk tidak mencabut nyawa anak muda tersebut, dahulu?”

“Wahai Ibrahim, di malam menjelang perkahwinannya, anak muda tersebut menyedekahkan separuh dari kekayaannya. Dan ini yang membuat Allah memutuskan untuk memanjangkan umur anak muda tersebut, hingga engkau masih melihatnya hidup.”

Kematian memang di tangan Allah. justeru itu, mempercepat dan melewat kematian adalah hak Allah. Dan Allah memberitahu pada kalam Rasul-Nya, Muhammad shalla `alaih bahawa sedekah itu boleh memanjangkan umur. jadi, bila disebut bahawa ada sesuatu yang boleh menunda kematian, itu adalah… sedekah.

Maka, tengoklah kanan-kiri anda, lihat-lihatlah sekeliling Anda. Bila Anda menemui ada satu-dua kesusahan di depan mata anda. maka sesungguhnya andalah yang perlu beri pertolongan. Kerana siapa tahu kesusahan itu diperlihatkan oleh Allah untuk memanjangkan umur anda.

Cuma apakah anda bersedia menolongnya atau tidak. Bila bersedia, maka kemungkinan besar memang Allah akan memanjangkan umur Anda.

Saudara-saudaraku sekalian, tidak ada seorang pun yang mengetahui bila ajalnya akan sampai. Dan, tidak seseorangpun yang mengetahui dalam keadaan apa ajalnya tiba. Maka mengeluarkan sedekah bukan saja akan memanjang umur, malah juga memungkinkan kita meninggal dalam keadaan baik.

Bukankah sedekah akan mengundang cintanya Allah? Sedangkan kalau seseorang sudah dicintai oleh Allah, maka tidak ada masalahnya yang tidak diselesaikan, tidak ada keinginannya yang tidak dikabulkan, tidak ada dosanya yang tidak diampunkan, dan tidak ada nyawa yang dicabut dalam keadaan husnul khatimah.

Mudah-mudahan Allah berkenan memanjangkan umur, sehingga kita semua berkesempatan untuk mendapat keampunan Allah dan mengubah segala kelakuan kita, sambil mempersiapkan kematian pada masa mendatang.


... kedengkian: customer kerenah dan kesabaran peniaga ...

Assalamualaikum…

luahan dari ofis ni masih hangat-hangat! hahahha!
bukan ape memang  susah la bila kita macam nak jual barang kat kawan opis.
ala… macam hari rayakan. ramai laa menjual, contoh macam kuih la, kerepek la, contact lens, tudung dan others.
kekadang laku.
kekadang langsung burn macam itu.
kerugian tanggung sendiri.

part yang paling tak best adalah, bila ada orang dengki mencucuk-cucuk mereka yang nak membeli.
rasa macam APA NI!!!
siyesly, memang aku nak nages dan down.
aku tak gtau sape2. even pakwe aku pon xtau kes ni.
siyesly aku kalau down aku malas nak luahkan kat sape-sape.
biarlah aku tanggung sendiri kan.

orang kalau tak nak beli, jangan lah down kan si peniaga.
cakap saja tak apalah sudah ada.
jangan pulak, “eeee! macam ini aje?

serisunye, even mulut macam puaka. agak-agak la kan?

so as penjual!, kita kena tabah dengan setiap dugaan yang datang.
manusia tak semuanya berfikiran positif. dorang ni kekadang mulut puaka.
so sabar-sabar ajelah.
aku pon even suka tengok-tengok kalau tak beli pun, aku tak la cakap ayat yang menyakitkan.
aku Cuma cakap, “lawa la kak. atau nice la.. atau nanti kalo kita nak beli, kita inform ek.”

kan elok awak reject slow-slow.
tak la kita sakitkan hati orang kan?
tapi…
manusia tak sama.
so paham-paham ajelah.

dan macam ni la adat orang berniaga. biasalah. untung rugi itu perlu ada.
not everybody will up the eart, life is like tires.
what goes around is come around.
-alicia keys-

manusia dengan dengki memang tak boleh dipisahkan. tiap kali kalo rasa macam nak dengki tuh, mengucaplah banyak-banyak ek. semua itu setan mencucuk-cucuk hati kita.
manusia tak pernah lari dari kesilapan kan?
so nobody perfect. aku nak terasa hati pun sampai bila kan?
nak taknak kena la aku redha dengan semua dugaan ini. benda dah berlaku kan?
dan benda ni sentiasa berlaku kan?
siapa yang tak pernah kena.
semua peniaga kena.
lagi-lagi peniaga yang nice percakapan pun still akan dapat customer kurang ajar. kan?

well, aku sudah promote dan menjalankan tugas. but customer memang tak akan puas hati.
kepuasan adalah nafsu setan.
kita tak boleh nak ikut sangat kepuasan orang. kan?
kita ikut kemampuan kita, kalau mampu, mampulah.
tak mampu diam-diam ajalah.

dan peniaga sekalian, sabar itu separuh dari iman.


..: Usagi Nana :..

... 10 hak yang perlu dijaga ...

assalamulaikum~

ni aku ada link dari mana aku dpt cerita ini~ lets check it out! >>click<<
 meh baca aku sudah copy paste!

 PERTAMA: HAK KEPADA DIRI.
Mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.

KEDUA: HAK KEPADA MALAIKAT MAUT
Mengqadhakan kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafan dari orang yang kita zalimi, membuat persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada Allah.

KETIGA : HAK KEPADA KUBUR
Membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat Tahajjud dan membantu orang yang dizalimi.

KEEMPAT: HAK KEPADA MUNKAR DAN NAKIR
Tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.

KELIMA : HAK KEPADA MIZAN (NERACA TIMBANGAN AMAL PADA HARI KIAMAT)
Menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesusahan.

KEENAM : HAK KEPADA SIRAT (TITIAN YANG MERENTANGI NERAKA PADA HARI AKHIRAT)
Membuang tabiat suka mengumpat, bersikap warak, suka membantu orang beriman dan suka berjemaah.

KETUJUH : HAK KEPADA MALIK (PENJAGA NERAKA)
Menangis lantaran takutkan Allah SWT, berbuat baik kepada ibubapa,bersedekah secara terang-terangan serta sembunyi dan memperelok akhlak.

KELAPAN : HAK KEPADA RIDHWAN (MALAIKAT PENJAGA SYURGA)
Berasa redha dengan Qadha' Allah, bersabar menerima bala,bersyukur keatas nikmat Allah dan bertaubat dari melakukan maksiat.

KESEMBILAN : HAK KEPADA NABI SAW
Berselawat ke atas baginda, berpegang dengan syariat, bergantung kepada as-Sunnah (Hadith), menyayangi para sahabat, dan bersaing dalam mencari keredhaan Allah.

KESEPULUH : HAK KEPADA ALLAH SWT
Mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.

nota kecil: bertahhajud menyerikan wajah.bersyukur menbajai barakah, bermuhasabah mencetuskan hikmah, bertawakkal membuahkan pasrah, bersaudara menyemai mahabbah

renung-renung kan!

TTFN!

Monday, April 2, 2012

... twitter limit again! ...

Assalamualaikum & good morning~

semalam kul 11 aku sudah kena limit twitter. pagi ni kena lagik.. haihh!
kenapa ek twitter sekarang sudah macam taik aje..

dah la kt opis ni tak de tenet sosial…besh nyew la…nmpk nyer kne la aku rajin update Belog gune email  opis ni hah..

nak letak muke buhsan pon tak bole. sbb image google kne block. dulu depa block GOOGLE  translate. aku serang la budak2 IT,
“kenapa tutup google translate, my BI is not soo power u know. and u know that I should translate all europe language to english.”

sebabnye department aku dapat project dari Jerman. so aku ni kan Jerman dapt “A” la kan..sbb tuh la kena translate kan.

ishh!! pastuh twitter sekarang ni dah kenapa??
asal aku tweet lebeh cikit mule la tuh nak limitnye…cehh!! mls tol la layan tweet ni lelama…
aku dulu pernah kena limit thn 2009. then untill now aku tak pernah kena limit.. tetibe lak last week 5 kali kot aku kena limit.
ni pagi ni aku kena limit lagi..cehh!!
nasib baik lah byk kerja nak aku buat quotation kan. ciss!

oh! sekarang kan dah bulan april, seperti biasa hari ini Jamadil Awal 10, aku wat entry tah apa2 laa aku merepek. hope bulan ni semuanye okeh!
hoping la ek~~

A.M aku ni bg banyak pulak kerja..haihh!

TTFN!

..: Usagi Nana :..

… numb …

ada banyak benda aku nak luahkan. Tapi aku takut aku tak kuat dengar kritikan orang. 1st im not a good mother. Dan takkan jadi yang terbaik....