LAZADA

Tuesday, May 14, 2019

... May 2019...

salam sahur semua.

1st post setelah berbulan bulan hahahah lupe lak nk hapdate belog pas ada anak 3 nih kan.
well hari puasa ke 9 sudah, kejap aje masa berlalu kan.

bulan ni should be last payment for kereta. dan pasni boleh la proceed house loan. the moment we all waiting for.
hope this is the right path. nak tunggu apa lagi ye dak/??

well this month Mawar (my baby princess) 10 bulan. she tries to walk by her own.
4 steps already still.

minggu ni baru nak balik rmah MIL aku. dan suami aku tengah siapkan diri nak scold adik adik die yg malas bekerja itu. dah macam biawak idop lak. kang ak tanya dalam KRT kang baru tahu hahhahahahhahah.

dah macam jenna hamilton lak aku ni meluahkan apa yang ada dalam hati aku ni. hihi.

well kul 6 lebih dah. jap lagi nak gosok tudung dan prepare barang ank anak.

oh do u mommies know where to find bekas kaca ada penutup dan bole kukus. dalam coway ada ke eh? tu bulan lepas kan? bulan lepas die pnye promo aku beli masker itam. ahhahha

pasni nak g kedai siti amira lah. beli lagi masker tu. dan inai. hbs rosak inai aku ni. hmmm.

ok tata nak buat keje dah. nanti aku buat entry pasal stok ye. hehe

ttfn.

Tuesday, July 3, 2018

... Sayu di Hari Raya 2018 ...

Awal tahun ritu aku kehilangan Mak Mentua yang terbaik. syukur dalam family aku, adik beradik aku semua dapat MIL yang baik baik. mungkin kerana mak aku pun baik orang nye. mak aku pun sayang menantu. tak pernah anggap macam orang luar pun. siyes.

bila raya pak mentua aku lak banyak habiskan masa pergi surau dan dalam bilik. tetamu hadir pun die kejap aje layan. pastu masuk bilik. syukur lah aku ni tetbe jadi macam banyak bercerita dan menanya. tak la jadi macam makcik bawang. yela. kebanyakan makcik pakcik yang aku sendiri tak kenal. suami aku lak tukang masak sempena raya tu. hehe.

adik ipar aku perempuan 2 orang saja, tahun ni memasing raya kat rumah mentua dulu. raya kedua malam baru memasing sampai kan.

aku tak kisah pun bergilir jaga pak mentua. even masa kteorg jaga tu ada 2 bilik kosong tapi aku dan suami taknak tido dalam bilik. kteorg tido kat ruang tamu bawah kipas. sejukk. anak2 aku pun suka tau. sejuk tau kat jengka tu.
(suami orang jengka 16)

memang berbeza la gambar tahun ni. walauapepun hidop kena teruskan kan?
memang terasa. biasa mak mentua aku seronok aje ada anak anak aku tu. rindu. Al-Fatihah

tak sempat mak nak tengok yang ke-3 ni kan. dan tak sempat mak nak jaga anak perempuan mak lagi sorang tu berpantang buat pertama kali kan.

sian die. MIL die xmo jaga sangat. moga die dalam pantang nanti dipermudahkan lah. amin. aku nak bantu pun aku tah tah masa tu dalam pantang.

aku tak berkira sangat dengan ipar aku. yela jarang jumpa. bukan hari hari pun. sebab aku ramai kakak dan kakak2 aku semua tak kisah nak tengok2 kan ank2 aku tu. so aku pun belajar lah untuk tak berkira.

senarnye sekarang waktu rehat. aku rasa macam mengantok tapi tak mengantok lak sekarang. HAHHAAH!

ok lah chow!

btw nak beli TEAMI NAtural atau Nurraysa meh la cari aku ya.

Monday, April 16, 2018

... Yang pergi tak akan kembali. Al-Fatihah ...

1st post on tahun 2018. fuhh! berhabuk betul huhu.

okay. selamat petang. i think tea break time now. aku tak tahu kenapa rini jiwang sangad. pelik benau. masa tengah drive dah nak sampai opis tengah kol suami boleh lak lagu Hijau Daun - suara tu bermain dalam minda aku. LOL.
kepelikan. maybe tired sebab semalam balik dari jengka gerak jam 8.30pm. sampai rumah lak 12.30AM.

penat wehh! penat. bangun lak jam 6 pagi. maless betul kekkeek.

okay. 14 april 2018 adalah kenduri tahlil for my arwah mother in law. 100days sudah arwah meninggalkan kami. sedeh tapi syukur Allah lebih sayangkan arwah. meninggal pun selepas menunaikan umrah. di Madinah. syukur sempat selesaikan Umrah arwah.

9 january 2018. the day i remember when my husband kejutkan aku tengah tidur jam 10 malam. dan die masih dengan phone.

terus aku tak boleh tido. esok nye lepas subuh, terus wasap bos mintak emergency leave. esok nye terus balik kampung. untuk kenduri arwah. walhal father in law belum balik lagi. masa meninggal selasa malam rabu. kamis terus balik jengka. jumaat FIL punya flight. syukur lah kenduri 3hari berjalan lancar.

FIL pulak dehydrated teruk sampai masuk wad 3 malam. syukur tak ada wabak apa apa pun.

semalam petang seronok FIL melayan karenah anak anak aku. pastu tanya nanti hari mengundi balikkan. die mahu cucu cucu die ni balik tapi oleh sebab mereka yg "baik hati" sangat tu bagi hari mengundi RABU. so tak dapat la cucu cucu dia ni balik. suami aku saja balik. tu pun balik hari.

kesian FIL aku mengharapkan cucu cucu balik tapi tak dapat. suami tak mahu tukar alamat sebab FIL masih ada. time tu lah salah satu sebab nak balik kampung tahu. tak. sebab suami pun company jenis keje hari sabtu. so faham faham la kan.

suami aku cakap bulan puasa mungkin tak balik langsung. aku pulak rasa sedih. yela. FIL bukan muda lagi. aku tak mahu kehilangan lagi. sakit weh. sakit!

tengahari tadi tengah layan mata nak tido teringat bulan puasa. teringat kuih raya. pastu teringat kisah dulu.

dulu aku pernah bagi kuih raya kat bakal mak mentua (arwah MIL aku) sebelum menjadi tunang (suami aku) orang.

gigih weh buat kuih raya tu sampai kul 3-4pagi baru tido. pastu tak berseni punya kuih raya. rasa aku rasa cam kelaut bile die sejuk tapi bapak aku suka ahhahah!

aku pernah la tanya tunang ak mase tu.
"sedap ke?"
die cakap "rasa tak penting yang penting hati."
aku jawap "tak sedap la tu. hmmm."

kelakar wehh. orang tak pernah buat kuih raya gigih nak bagi bakal mentua. HAHAHHAHAHAHA! rasa pun kelaut sangat!

kenangan.
yang pergi tak akan kembali.
masa tak boleh diundur.
hargai mereka didepan mata.

al-Fatihah untuk MIL tersayang.
tahun ini raya tanpa mu (2018 dan seterusnya).
will never forget you Mak.

we all miss you.

Thursday, December 14, 2017

... gastrik so tak best ...

gastrik dah nak 2minggu. susu badan pun drop sebab kurang makan.
sedih weh sedih!
susu adik makin susut. aku tak mahu putus asa. sebab aku dah habiskan 100 utk cara cara upkan susu ni.

nasib lah kat rumah ada lagi B-complex shaklee. aku ni bukan la pentegar sangat. ubat dari klinik aku dah makan. sekarang tinggal nak try supplement pulak. mana tahu cepat hilang. esok pagi ceria sikit.

ni tak asyik asyik rasa sedih sbb gastrik.

kalo di bagi pilihan gastrik atau mabuk. dua dua aku tak mau. hahahahahhahahahha!

gile ko. dua dua tu aku tak kuat. kekeke.

kalo mabuk lagi lah. ke laut anak2 dan laki aku. hehe.

pape pun doakan semoga aku cepat sembuh ya. sakit ni. selere pun tara. waaaaaaaaaa!☹☹☹☹☹☹



Wednesday, November 15, 2017

... i'm getting old ...

getting old?
everyone getting old.
even your birtday on 29th February. hehe.

tak ada masalah dengan umur cuma mahu ceritat tentang suami saya. hehe. i love him so much!

pada ahad 12 nov, not yet my birthday, aku ikut die g site siap bawak anak anak. pastu aku kena hujan sedikit yang telah membuat urat aku mencucuk cucuk tau. rasa macam benta tau. huhu.

then after dah tired ikut die la kan. aku pun lapar then mesej die yang dalam bangunan MPSepang tu, kata aku lapar dan tired. then die pun okay jom g makan.

then die bawak g DPulze. not bad. then makan, nak g parking ada kedai bunga. suami masuk, then i was like kenapa masuk kata nak balik. yela aku dah sakit urat memang tak tahan dah. then die cakap kejap nak beli bunga untuk makwe.

aku pun ikut lah. opkos lah makwe die cakap tu aku kan takkan lah orang lain kan. hmm.
then die tanya nak bunga ni ke?
aku tengok 3 red roses then aku hanya senyum.

so here the flowers


bergadoh jugak lah dengan Humaira yang dok nak pegang ja bunga tu, haha.

then semalam husband buat surprise. ada kedai ni kteorg tiap bulan wajib pergi. yela rewards ourself and bujang pun suka  kalau lalu tak masuk die nages. hehe. my baby boi tu bijak sangat kan.


petang tu aku balik macam biasa. tepon suami sambil drive tanya lah nak amik jam berapa. die cakap pas magrib. so aku pun balik rumah mak terus, mandi mandi main dengan anak anak then layan cerita korea Black tu. huhu. best. then malam kul 8 kuar .then husband tanya malam ni makan ape. aku pun cakap la Mamak ke kat Denai maju ke. sana ke. situ ke.

then husband cakap petang tadi mama cakap nak makan kat Qidot kan. kteorg lalu dan aku tengok biasa lah. ooo macam ramai orang. not expecting anything. then husband jeling kat aku dan cakap "mama kenapa tengok lelama?"

aku cakpa la tengok saja.

tetibe die lalu jalan dalam. aku ingat nak bawak g makan steamboat la. Damai steambot tak silap. tapi tak jadi. then aku tanya, nak g mana. die cakap Qidot. aku cakap ramai orang camna ? die cakap kite tengok lah dulu. aku pun okay lah. ikut saja.

then sampai kedai. anak bujang tak sabar nak turun masuk kedai fav die, dan bile masuk aku ada nampak meja tu ada reserved. aku cam hampa la. ok tak apa la ada meja for 2 tepi tingkap aku ajak suami dok situ. tapi die ignore aku dok tanya budak kedai tu.

aku tak dengar sangat suami cakap apa. tapi last aku dengar die mensi nama die Hamidi. budak tu pun kata tu bang tu. terus laki aku g meja reserved tu dan duduk sambil senyum.

aku? TERKEJUT okay!

he is not romantik guy okay!haha but he makes me happy.

then nak pergi order. tengah order ada sorang budak tanya. akak ni birthday girl kan. nak kek tak. i refuse because kek die tak ada choices. hehe.

but im happy. my kids happy. but husband keeps smiling at me. even me too. hehe

die tu tak pernah nak buat sendiri tau. kecuali kerja. kalau bab gini selalu tunggu aku. sebba nak suh aku buat sendiri. die sama dengan bapak aku. g kedai pun nak berdua. lol.

maaf terkutuk husband sendiri.

tak romantik tapi rajin. i do love him. tq tq tq!


… numb …

ada banyak benda aku nak luahkan. Tapi aku takut aku tak kuat dengar kritikan orang. 1st im not a good mother. Dan takkan jadi yang terbaik....