LAZADA

Monday, July 31, 2017

... Second baby and its a GIRL! ...

rupanya dulu aku sudah buat post pasal bersalinkan si abg Lutfy Hadi.

so kali ni aku cerita pula pasal si adik. my little princess!

my second baby nama panjang. yess nama panjang. so suatu hari nanti kat kubur mesti susah nak letak kt batu nisan sebab nama mak dan anak panjang tau. huhu.

my daughter name is MALAIQA LEA NURHUMAIRA BINTI HAMIDI.
Humaira nama di panggil.

pankangkan. jangan kecam sis okay.
pasal gambar dia nanti sis kesempatan sis akan upload di belog sis lagi 1 ye.

kat situ tak ada iklan more to privet ehheheh. takut nak sebarkan anak iolls tapi kalo uolls nak cari sis bole follow fb sis ye.
ini link fb sis..lemaklum la sis ni retis suam suam kuku eh eh!

okay berbalik pada tajuk.

Humaira dilahirkan di Hospital Serdang pada 18hb November 2016 hari jumaat (tahun lepas la).
Dia keluarkan jam 3.30petang. same date with her brother.

adik lambat 3 hari! besday mama 15hb. kalo tak boleh sama. pada 15hb tu false alarm aje. dia saje main kan perasaan mak dia. kalo tak bole lah dapat hadiah besday baby girl kan. ni tak. belated besday. mama dah merayau 1 IOI putrajaya. haha! kemain tau. ayah belanje mama makan. haha! sedapp! rupenye perut mengeras saja. haihh! frust gile mama.

hari ape tah. rabu malam kamis kot. aku g berjalan kat tangga Putrajaya. tempat yang sama masa sebelum si abang nye keluar. yes. tempat yang sama. haha!

hari jumaat ni seposly her father ada meeting tau jam 10 pagi. but die boleh pulak nak keluar.
a night before, ayah nye ada cakap "adik, esok ayah ada meeting. dok diam diam dulu ye."
aku lak dalam hati, "ala adik kuar aje lah esok. ayah tak payah g meeting."

the morning aku bangun kan, sakit mengigil. aku mandi solat n nak bersiap. aku cakap kat suami, abang i feel like its time!
aku pandang suami dan cakap "tak boleh la abg. sakit sangat ni sampai mengigil."

teruslah suami kol boss dia awal awal kata isteri sakit nak bersalin.

so jam 8 pagi tu hantar si abang g rumah nenek. aku pun cium dia puas puas. yela kan. rindu. nanti 1 malam tak dapat peluk die kan. die pun lately tu dok galak nak tido dengan aku aje. tido kat perut pulak tu tau. haha! kemahen!

then  otw tu pun aku mengigil. cakap kat suami nak air. nak makan. gituu. ko bayangkan la. hospital dekat aku banting dan klang tapi aku g serdang sebab suami boleh masuk. padahalkan Shah alam dah bukak tapi malas lah. suami kata die tak biasa dengan tempat situ. lagipun PAC dia kat tingkat 4 ke 5. tak ingat lah ritu kawan aku cakap.

so suami hantar aku dulu kat PAC, Serdang. kalau tak silap sampai pun jam 9+ pagi kot.aku pun daftar lah diri. orang kaunter tanya "kenapa datang sini. klang dan banting kan ada."
so aku cakap, "suami boleh masuk dan anak 1st dulu kat sini."
dia cakap "kalo nak bersalin sana pun boleh."
pastu aku diam aje. malas nak bertekak. aku tengah sakit contraction. malas nak fikir.
time ni tempat ruang menunggu penuh orang. ko bayangkan la kan. sorang bersalin tapi berkampung dorang.
orang ape malas lah nak citer tapi faham faham la kan siapa yang berkampung kan suatu tempat tu. aku nak duduk pun payah.

aku kol suami tanya mana die. dia cakap cari parking jap. okay. aku tunggu. then nama aku dipanggil masuk.

dah masuk kan. nurse check CTG contraction. okay memang nak bersalin. check bukaan. hah! 4cm terus. dia suh tukar baju pink dah. haha. nasib baik.
pastu die suh duduk kat ruangan menunggu ada makanan dan minuman. aku pun apa lagi. makan dan minum la.

wehh! sedap wehh! air milo. ada tembikai. pastu tengahari die masak lemak labu wooi! kuning gile masak lemak die tau. haha! memang teringin nak makan tapi aku tak larat sangat so makan buah aje lah. huhu! sedap buah nye wooi!

dah makan yang rasa payau tapi sedap tu. haha! sambil mengigil tu. nurse pun datang tanya siapa tak tahan sakit. maka aku pun angkat tangan. depa check br 6cm dan depa pecahkan ketuban tau. so tolak aku ke labour room dah. mencari suami weh.

tak lama tu suami datang ingatkan berzikir. doa nabi yunus. semualah. nasib suami ada. tapi aku tak tahan sangat weh. siyes tak tahan. aku suh suami panggil nurse. nurse datang tengok baru 7cm. depa suh aku tahan. 3kali nurse datang dok suh aku sedut gas dan tahan sakit. dah nak mamai dah aku sedut gas ni hah. kang teran kelaut. aku nak air haus. depa tak bagi lak. dulu bersalin anak 1st, ada nurse tu bagi. yang ni tak bagi so depa cucuk air lah kat aku kan. tapi kan aku pasan dorang tak letak CTG kat perut aku. utk monitar jantung baby. aku pun lupa.

kali ke4 sebelum nurse masuk, aku dah tak tahan sangat, aku terteran lah sikit. nurse datang dan tengok dah koyak sikit. maka depa pun suruh lah aku teran.hoho!

teran 2kali dan keluarlah baby girl. nurse letak atas badan tapi kejap aje sebab baby tak nagis dan sedikit pucat. dan aku almost nak pejam mata tidur. dan suami pun kejutkan. sayang jangan tidur. terus aku terjaga. sebab kakak aku pesan jangan tido. bahaya.

serdang tu best, masa aku bersalin kan Lutfy pun bilik LR yang sama no 5. haha. suami aku dok situ 8jam tau. aku pas bersalin dok tanya aje kakak2 aku macam mana dengan Lutfy kan. yela bapak nye tak balik balik lagi dari jam pagi sampai 10 malam baru gerak balik mandi dan amik bujang aku tu. kul 11 malam baru dia amik anak aku. kesian die. sedey wehh tinggalkan anak. hati mak tak sanggup. sebab masa Humaira kuar ni. dia baru setahun 9 bulan. kecik lagi weh!

tapi kakak2 aku cakap dia okay aje. aku bukan ape. anak akak aku ada yang autisme. budak ni suke pukul anak aku. tu aku tak suka. tu aku risau sangat tau. esoknya aku boleh balik tapi anak aku tak ada pulak. die ikut nenek die g kuala pilah beli cincin utk adik aku nak kwen lah masa tu.

si Humaira lak masa dalam wad dok nak berkepit bawah ketiak saja tau. dia tak mau dok dalam tempat baby tu. nurse pun sokmo lah bising nanti baby jatuh. huhu. Humaira tak suka sejuk tau.

masa Humaira 3 bulan, dia ada confius kejap nipple. nasib masa ni dia dengar cakap bapak dia. nak tido pun bapak dia. memang anak ketiak lah. sekarang anak manja mama. pantang nampak mak nye berjalan. die nages aje. haha!
masa ni adik 5bulan kot


sekarang adik dah 8 bulan, 18hb ogos 2017 ni adik 9 bulan. masalah adik sekarang ni kan, dia sembelit bila banyak makan bubur nasi. so aku dan suami terpaksa selang seli kan makanan die dengan puree.

dan adik sangat suka makan. dan adik sangat suka ikut perangai abang dia. apa yang abang dia buat. mesti dia ikut. pastu kuat jeles. bile abang naik katil tido. die pun mengikut. haihhlaa anak manja mama ni.

moga anak anak mama menjadi anak anak yang soleh dan solehah. amin!

itu sahaja cerita adik. nanti kita cerita kat blog lagi satu ya.

my second blog.

Friday, July 28, 2017

... penting tak HARNESS for KIDS? ...

okay ini personal entry eh. bukan lagi iklan niaga iolls hahahah!

berbalik pada cerita HARNESS ni. pada korang lah kan as single belum kahwin,yang dah kahwin penting ke tak HARNESS ni?

dulu aku ada beli harness untuk anak aku. dia pakai beg pastu ada tali. bila anak aku merangkak, laki ak bukak. yela. orang dah pandang slek kot anak aku gitu laki aku ada tali.
sumber google

hah! macam gambar ni lah anak aku pakai. taoi versi boy punya lah. anak aku ni clever tau. hadoii! die tahu bole die merangkak bapak dia kan bukak tali tu. so die merangkak. budak baru 2tahun woooi!!!

so semalam dan sehingga 31julai 2017, LAZADA buat baby fair.
ko tengok aku tak serik kan shopping lagi kat lazada lepas kes ritu tu, hahahhah! 

maka aku beli harness yang untuk tangan pulak. aku beli harga RM7.99. sebab nye lazada bagi aku voucher rm10. hahaha! rezeki alhamdulillah kan.
sumber google

macam gambar kt atas ni lah yang aku beli. tawakal lah anak aku nak pakai o tak. kalo dalam mall kalo die nak berjalan die kena pakai walauapepun. aku nak try laa pakaikan beg tu lagi. yela tak pakai membazir pulak kan. kali ni bio aku lak yang pegang die. 

suami aku ni bile aku nak pegang die. die tak bagi lak. sebab nya anak aku ni beso sikit dari aku. hahha. 

anak aku dah tinggi wooi! hahhaha!

so pada pendapat aku, TERSANGAT lah penting harness ini utk anak yang macam aku. kalo berjalan memg tak fikir mak bapak dah, kalo di bg die berjalan memang macam kereta lumba bunyi nye. haha!

korang tengok running man tak? kan ada dorang buat sound effect enjin laju time dorang berlari tu..macam tu la anak aku. ahhaha!

okay tu aje cerita aku. bye!

Thursday, July 13, 2017

... Lazada dan LEX yang sucks gile ...

aku nak citer pasal lazada yang okay murah tapi LEX yang worst gile weh. aku syak dorang salah alamat. aku dok kampung medan banting. maybe dia g singgah kampung medan petaling. tak ke gile dorang ni. bodo kan? hah! kan aku dah maki.


geram gile weh. dorang tak ada pun call tanya ni kat mana kat mana. pernah sekali tu sampai kat meru.gila. geram weh.

ni dapat call lak depa nak refund semua. syukur la kan refund. sebab despatch bodo kan. hmm. lantak sana aku maki. beli barang dalam 20hb. sebelum raya. sampai la nie tak dapat pape kan. geram la weh. nasib depa nak bagi voucher. kang kena lah beli barang lagi. sebab majoriti barang barang tu semua kakak aku punya lah kan.

nasib lah badan. benggang gila kot aku dengan lazada. nasib laa aku maki sucks aje kot. haha. 

kebizian ini susah juga nak buat belog kan.

okay lah. nanti kita cerita lagi. 

oh ye. lazada memula susah gile weh nak ngadu pasal barang. pastu sekarang baru okay. huhu. 
nasib depa layan aku ni hah. nasib baik. huhu.

... Leana ...

... high cost for autisme kids ...

assalamualaikum.  dah lama tak menaip kan dan meluahkan perasaan kat sini, so this is the day i think i need to luahkan apa yang rasa.  aku ...