LAZADA

Wednesday, November 15, 2017

... i'm getting old ...

getting old?
everyone getting old.
even your birtday on 29th February. hehe.

tak ada masalah dengan umur cuma mahu ceritat tentang suami saya. hehe. i love him so much!

pada ahad 12 nov, not yet my birthday, aku ikut die g site siap bawak anak anak. pastu aku kena hujan sedikit yang telah membuat urat aku mencucuk cucuk tau. rasa macam benta tau. huhu.

then after dah tired ikut die la kan. aku pun lapar then mesej die yang dalam bangunan MPSepang tu, kata aku lapar dan tired. then die pun okay jom g makan.

then die bawak g DPulze. not bad. then makan, nak g parking ada kedai bunga. suami masuk, then i was like kenapa masuk kata nak balik. yela aku dah sakit urat memang tak tahan dah. then die cakap kejap nak beli bunga untuk makwe.

aku pun ikut lah. opkos lah makwe die cakap tu aku kan takkan lah orang lain kan. hmm.
then die tanya nak bunga ni ke?
aku tengok 3 red roses then aku hanya senyum.

so here the flowers


bergadoh jugak lah dengan Humaira yang dok nak pegang ja bunga tu, haha.

then semalam husband buat surprise. ada kedai ni kteorg tiap bulan wajib pergi. yela rewards ourself and bujang pun suka  kalau lalu tak masuk die nages. hehe. my baby boi tu bijak sangat kan.


petang tu aku balik macam biasa. tepon suami sambil drive tanya lah nak amik jam berapa. die cakap pas magrib. so aku pun balik rumah mak terus, mandi mandi main dengan anak anak then layan cerita korea Black tu. huhu. best. then malam kul 8 kuar .then husband tanya malam ni makan ape. aku pun cakap la Mamak ke kat Denai maju ke. sana ke. situ ke.

then husband cakap petang tadi mama cakap nak makan kat Qidot kan. kteorg lalu dan aku tengok biasa lah. ooo macam ramai orang. not expecting anything. then husband jeling kat aku dan cakap "mama kenapa tengok lelama?"

aku cakpa la tengok saja.

tetibe die lalu jalan dalam. aku ingat nak bawak g makan steamboat la. Damai steambot tak silap. tapi tak jadi. then aku tanya, nak g mana. die cakap Qidot. aku cakap ramai orang camna ? die cakap kite tengok lah dulu. aku pun okay lah. ikut saja.

then sampai kedai. anak bujang tak sabar nak turun masuk kedai fav die, dan bile masuk aku ada nampak meja tu ada reserved. aku cam hampa la. ok tak apa la ada meja for 2 tepi tingkap aku ajak suami dok situ. tapi die ignore aku dok tanya budak kedai tu.

aku tak dengar sangat suami cakap apa. tapi last aku dengar die mensi nama die Hamidi. budak tu pun kata tu bang tu. terus laki aku g meja reserved tu dan duduk sambil senyum.

aku? TERKEJUT okay!

he is not romantik guy okay!haha but he makes me happy.

then nak pergi order. tengah order ada sorang budak tanya. akak ni birthday girl kan. nak kek tak. i refuse because kek die tak ada choices. hehe.

but im happy. my kids happy. but husband keeps smiling at me. even me too. hehe

die tu tak pernah nak buat sendiri tau. kecuali kerja. kalau bab gini selalu tunggu aku. sebba nak suh aku buat sendiri. die sama dengan bapak aku. g kedai pun nak berdua. lol.

maaf terkutuk husband sendiri.

tak romantik tapi rajin. i do love him. tq tq tq!


... Kisah nak kurus ...

Kisah nak kurus. 
aku ni kekadang terlalu obses nak kurus sampai effect susu badan tau. suami marah sangat. dah la anak manja die tu. huhu.

masalahnye aku takmau gemok dan terus gemok. aku nak fit. i mean takmahu gemok sangat but just nice.
you know what i mean.

aku ni ritu g jusco, then ada la 1 store ni buat "promotion".
promo hanjing betul. cet!
dia kata bayar RM20 dapat sekian sekian.
then aku tanyalah nanti kena bayar pape tak.
then die cakap tak ada. boleh balik saja.

PUIHH!
kena tipu hidop hidop.

then beberapa minggu berlalu dan aku pergi.
dah siap booking kan. then aku disuruh masuk dalam 1 bilik ni. then aku pun ikut lah arahan kan.
aku tak terfikir pape tau. sebab aku pernah ikut kawan aku, Lin pergi facial dan aku pun buat facial. tak ada lak die pakse aku join jadi member ke ape ke. tak ada.
then konsultant datang dan bla bla bla.
then tanya pada miss berapa miss nak bayar?

and i was like "WTF!!!!"

aku tanya amount die dok kata aku tak faham. tahik la!

memang aku rasa nak out aje tau. ko amik la rm20 aku tu. siyes nak mara aku. tapi tak tahu kenapa aku tak berganjak lagi. perh! bodo gile sey aku masa tu. tak tahu lah kenapa bodo piang sangat.

then pas cakap nanti aku fikir orang tu tak puas hati. then cakap buat semua treatment 1hari. aku kena tipu part tu. janji kat aku promosi 2 kali sekian. 2 kali sekian dan 2 kali sekian. tapi nan hadoo! sekali tu aje aku bole datang. kuang ajak tak? then aku kol laki aku dan laki aku tak bagi. sebab mahal weh. RM588. dok tanya simpanan aku ada o tak. eh mesti lah hado. tapi tak kan nak bagi depa kan. uiishh!

then aku proceed la kan. nak gak rasa pengalaman kan. then pas tu semua pada aku tak best mana pun.

then dah siap. masuk balik bilik bincang tu. dok pujuk pujuk pujuk. suami lak tanya bila nak balik sebab susu Humaira dah xde. then kirim beli barang. dan duit cash aku memang nan hado. dengan dalam bank pun tak ada. then aku cakap aku ada rm20 aje. then die pun accept dan kata ni member tak ada tarikh luput bagai. hmmm.

nyampah aiihh! tak syok betul g situ. bek aku g gym ehh! lagi baguih kan.

so menyesal. rm40 aku burn camtu. belum lagi bayar parking rm5 kat jusco. nasib ada duit uit! kalo tak haru kot hidup aku ni.

aku nasihatkan korang kalau korang betul betul berduit pergi lah. adik aku cakap even ko dah habis sesi pun depa akan bg lagi sesi seterusnya kire ko nye perjanjian tak akan habis lah. sebab ko tak dapat weight yang dorang target kan untuk ko.

dorang ni tah pape. zaman dah 2017 tapi sikap paksa pelanggan masih tahun 2000. boo gile lah.

dah serik. korang nak rasa sila g. aku bg aje kad member aku ni hah. ahha. akak sebelah bilik aku kena bayar rm644. aku lak rm588 10 sesi. lagi murah lah sesi aku tapi duit nan hado. tunggu laki aku kaya insyaAllah g gak kan, heheh. doa doa kan ye.

ni gambar bukti aku g sana.



Wednesday, September 20, 2017

... duit upah angkut sampah ...

korang pakai tak khidmat orang kutip sampah seminggu 2/3 kali tu?
korang bayar tak sebulan rm25?


kawasan rumah aku kiteorang bayar rm25/sebulan.

ni aku nak cerita pasal orang yang nanti nanti tapi tak bayar.

susah sangat ke bayar upah orang angkut sampah tu? parents aku bayar tiap bulan. alhamdulillah tak pernah miss.
tapi orang kawasan rumah parents aku tu entah lah.

aku lak part susah adalah asingkan sampah. hmm. bila lah aku boleh asingkan sampah. memg payah sikit. sebab aku duduk rumah sewa. so kawasan sangat terhad.

jangan dibuat main pasal bayar upah si pengutip sampah itu. walaupun kerja itu busuk tapi halal duit dorang.
kenapa kita nak tangguh ?
tak takut kena dituntut di akhirat?

pernah masa tu mak bapak aku buat tempat punggut sampah kat tepi jalan.
ada orang naik viva putih no plat ak tak perasan, die buang sampah die kat tempat mak bapak aku tu.
marah la mak bapak aku tu. buang sampah nak tapi upah dorang tak mahu bayar.

teruk kan?

Ya Allah jauhi la aku bersikap macam itu. amin.

kita jangan pandang rendah tau si pengutip sampah. dorang manusia yang lebih mulia dari kita ni, sanggup buat kerja kotor tu.

takutnye di akhirat kita akan disoal.

Wednesday, August 9, 2017

... 5 little monkeys ...

tahu tak tu lagu ape? lagu budak budak lah hihi.

anak yang sulung nama Lutfy Hadi suka juga tengok youtube.
weh budak mana tak suka kan. 9/10 la budak yang tak suka tu kan.


ini lah bujang aku. umur dia 2tahun 6bulan

ritu raya orang akan tanya budak ini berapa tahun. bila aku sebut umur dia majoriti orang terkejut sebab dia nampak tinggi dan besar. terus oang assume family bapak aku baka besar. then aku pun betulkan kan lah pendapat orang, yang belah family husband aku pun rangka besar. yep! my MIL nye family meamng rangka besar. so tak heran lah budak ni rangka besar.

yela. Lutfy keluar pun berat 3.43kg. sepanjang dia baby sampai toddler ni BMI dia sangat cantik. tak ada pun ngam ngam line. alhamdulillah.

pendek cerita. anak aku ni belum bercakap bahasa kita. still in baby language, tak tahu la nak risau ke apa. tapi as parents aku memang risau. bulan ni ada check up dia. aku ingat kan nak minta surat jumpa pakar. see how to handle my baby.

but still dari segi motor skill anak aku bijak sangat sebenar nya.

ko tahu kan setiap kereta ada ekzos. dalam banyak banyak cucu mak bapak aku termasuk anak anak aku dalam 12 orang. anak aku ni sorang yang masukkan batu dalam ekzos. for serius!

semua kereta dia masukkan batu. nasib batu kecik. pernah dalam kete akak aku dia masukkan batu se-ngam ekzos ko tau tak. mengelabahlah akak aku kan. gile ko!

lately ni dia ada main lompat atas katil aku beli. die lompat 2 kali pastu jatuhkan badan. i was like what is he doing?

then bile aku nampak dia buat letak tangan kat telinga macam tengah call terus sel sel otak aku berhubung. rupanya dia main 5 little monkeys jumping on the bed!

terus aku bermain dengan dia. seronok sangat dia. main sampai aku pun letih tapi dia tak letih tau tak! aduh aduh!

ini aku nak jadi kan kenangan weh. my baby boi. Lutfy Hadi. my 1st love.

Monday, August 7, 2017

... Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Selangor ...

siapa anak jati selangor yang nak sambung belajar? jom laa sekarang sudah ada Biasiswa untuk anak jati selangor.


so siapa siapa yang nak sambung belajar boleh lah buat pinjaman di sini

meh aku share sikit syarat dia ye.
KEPUTUSAN PERMOHONAN BIASISWA SELANGORKU BIL. 1 TAHUN 2017 baru 1  
Program ini merupakan satu program Biasiswa khas untuk anak Selangor yang belajar di UNISEL dan KUIS dari luar bandar dan berpendapatan rendah.
Keutamaan juga diberikan kepada pelajar yang memperoleh pencapaian akademik yang baik. Seramai 110 pelajar daripada UNISEL dan KUIS telah ditawarkan Biasiswa ini untuk pengambilan pertama pada Mac 2016.
SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN
Syarat-Syarat PermohonanKeterangan
Kelahiran
Pemohon lahir di Negeri Selangor; atau
Ibu atau bapa lahir di Negeri Selangor; atau
Pemohon telah bermastautin lebih dari sebelas (11) tahun di Negeri Selangor dengan pengesahan daripada ADUN/ Penghulu/ Pengerusi JKKK/ Ketua Kampung.
Peringkat PengajianPemohon telah ditawarkan tempat untuk melanjutkan pengajian DIPLOMA atau IJAZAH SARJANA MUDA secara SEPENUH MASA di Universiti Selangor (UNISEL) dan Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) sahaja (pengajian secara jarak jauh (PJJ)/ luar kampus (PLK) tidak layak memohon)
PenajaanPemohon yang BELUM MENERIMA SEBARANG PENAJAAN dari lain-lain penaja 
Pencapaian AkademikPemohon yang memperoleh pencapaian akademik yang baik akan diberi keutamaan
Tahun PengajianPemohon BUKAN PELAJAR TAHUN AKHIR PENGAJIAN/ diberi tempoh pelanjutan pengajian.
Syarat Akademik
Peringkat PengajianKelayakan Akademik
Ijazah Sarjana Muda Pertama
Memperoleh kelayakan Sijil Tahun Asas/ Pra-Ijazah/ Matrikulasi/ Diploma dengan kelulusan PNGK/ CGPA 2.50 ke atas; atau
Memperoleh sekurang-kurangnya empat (4) Gred C dalam mana-mana mata pelajaran di peringkat STPM; atau
Memperoleh sekurang-kurangnya lima (5) kelulusan (jayyid) dalam mana-mana mata pelajaran di peringkat STAM.
Diploma
Memperoleh sekurang-kurangnya lima (5) kepujian dalam mana-mana mata pelajaran di peringkat SPM; atau
Memperoleh kelayakan Sijil dengan kelulusan PNGK/ CGPA 2.50 ke atas.
KADAR PEMBIAYAAN BIASISWA
1. Yuran Pengajian
Mengikut kadar sebenar yuran pengajian dan akan dibayar terus kepada pihak UNISEL/KUIS. 
2. Elaun Sara Diri
Elaun Sara Diri berjumlah RM600.00 sebulan yang akan dikreditkan terus ke akaun pelajar.
3. Permohonan
Permohonan dibuka bermula 19 Disember 2016 hingga 16 Januari 2017 sebelum jam 4.00 petang ke :
Lembaga Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Selangor
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Cawangan Biasiswa dan Pinjaman Pelajaran
Tingkat 3, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah 40503 Shah Alam,                              Selangor Darul Ehsan
 GOOD LUCK! jangan lupe share citer best ni kat orang tau. hehe.

… numb …

ada banyak benda aku nak luahkan. Tapi aku takut aku tak kuat dengar kritikan orang. 1st im not a good mother. Dan takkan jadi yang terbaik....