LAZADA

Wednesday, May 30, 2012

... email ke belog ...

assalamualaikum!

something is not right! oh! aku tahu yang hari ini hari rabu dan wordless Wednesday kan. tapi aku sudah post citer aku melalui email kot opis. tapi pesal tak sampai eh kt belog comel ak ni? apekah GMAIL aku ada masalah ataupun blogger ni yang ada masalah penghadaman? hurmmmmmmm~

musykil =.,=?

tak kisah lah. tapi aku nak mintak korang doakan aku moga-moga bos ak bagi cuti minggu depan, selasa, rabu dan kamis. haha! aku mahu ikut bonda dan ayahanda pergi bercuti. ahhh! sangat jeles okeh.

tapi tuh la. aku sudah kehabisan cuti. masuk saja june. aku hanya ada 1 hari aje. macam mana lah raya nanti kan? hurmmmm~

macam-macam aku kena pikir ni. oh! aku ada 1 cerita!

semalamkan masa aku tengah buat air untuk berbuka puasa. akak aku tanya cam ni.

"nana, ko nak kawen tahun depan kan? tunangnya bila?"

aku tetiba cam confius. eh! aku lupa yang aku belum tunang kan. camne ni? then aku jawap,

"alah! tak payah tunang lah. nikah aje. malas lah tunang."

akak aku jawap,

"a'ah kan. senang la nanti. tak ada lah ko panas nanti."

haha! jawapan selamat kot. tapi petang tadi aku ada menceritakan kisah ini dekat abang engineer kat opis aku. beliau cakap tunang tuh nak kasi elak fitnah orang aje. tak ada tunang tetibe aje nak kawin. hah! kan depa dah pikiaq bukan-bukan.

aku bukan taknak tunang. tapi aku tak mau bazirkan masa aku dengan tunang. ape kate teruskan wajib. alah! mulut orang bukan boleh ditutup pon. nama aje mulut cm tempayan. hang ingat boleh tutup ker? tak kan?haihhhh.

orang kalau dah dengki, sampai mati pun dengki gak kan? cam aku ni hah. naik pangkat pon sudah ada bau-bau longkang. haihhhh. susah lah aku nak kerja ni. aku malas lah nak buat muka. aku selambe ajelah.

oke lah. sudah habis cerita aku har ini.

TTFN!

Friday, May 25, 2012

... bila wifi aku terbakar ...

Assalamualaikum…

haihhh!!ape laa nasib aku ni kan…wifi terbakar dan aku rasa macam stay dalam gua laa.huhuh~ #aptb wooo~

baru aku ingat mahu masukkan gambo aku bersama kekasih aku dalam tumblr..dah wifi aku terbakar.. teruk lak tuh!

senarnya ia taklah terbakar. tapi hr kamis pagi kan, before subuh I think. around 1.30a.m.. Subhanallah! dia punya kilat, petir guruh. menakutkan. buat aku tak boleh tidur dgn lena. takut woo. dalam otak Cuma fikir kiamat aje..

memandangkan wifi aku terbakar, makanya aku kebohsanan.

hah! kalian jangan nak conteng TL muka buku ak ehh!  jgn gedik-gedik okeh!

nampaknya hanya diopis sajalah aku boleh nak hapdate belog aku ni. cian belog aku. pasti berabuk…fuhh!fuuhh!
kotoq nau!

oh! esok sabtu ada kenduri kawin dan ahad pon aku bizi. huhuu~ so tak ada masa nak beli wifi baru tuh. ape nama benda alah tuh?
lupe dah dehh!

*macam orang tua aje.huuuhu*

sabau ajelah jadi manusia cam aku kan. dah la comel, wifi pon mau dengki dengan aku. kahkahkah!

k la..sampai sini ajelah bebelan aku yang cm mak nenek ni..bese laa sudah tua kan…kena laa sedar diri..kuikuikui~

TTFN!

..:Usagi Kechik :..

Thursday, May 24, 2012

... sharing is caring - Nescafe 3 in 1 dan seumpamanya ...

Assalamualaikum!

khas utk kawan-kawan saya! sila baca!

Kawan saya (dah arwah)...... .
dari usia muda.....
pagi nescafe..... 2 X..
petang nescafe....2X. ..
malam nescafe....? X...

depan mata saya........ .
bangun dari kerusi ........
kaki dia terus patah.... tulang dia reput.....
Nescafe 3 in 1 merosakkan jantung & buah pinggang

Zaman skarang ni, banyak penyakit datang dari pemakananâ
n

Beberapa hari lepas saya dikunjungi oleh seorang pelajar lelaki tahun akhir. Sudah beberapa bulan pelajar ini tidak bertemu dengan saya. Pelajar ini mengemukakan beberapa masalah kumpulannya untuk diselesaikan oleh saya sebagai seorang penasihat akademiknya. Alhamdulillah masalah dapat diselesaikan.

Selepas hajat terlaksana, pelajar ini yang saya namakan sebagai Ahmad menukar topik kepada topik kesihatan dirinya. Beliau mengadukan masalah dirinya. Beliau dapat merasakan kemerosotan tahap kesihatan dirinya. Berikut adalah antara tanda-tanda yang dapat
dikenalpasati:

Kerap berdebar tidak menentu masa. Kadang-kadang waktu membaca tiba-tiba jantung / dada berdebar dengan laju.

1. Bila jantung berdebar ini berlaku, ia akan diikuti dengan dahi berpeluh
2. Beliau juga kerap merasakan kesakitan pada dadanya.
3. Sering mencungap dan kadang-kadang kala sewaktu sembahyang pun mencungap.
4. Semakin tidak tahan atau alah dengan panas terik matahari dan jikalau kena panas, badannya akan banyak berpeluh dan tidak selesa.
5. Jikalau tahun lepas, kekerapan simptom-simptom di atas agak jarang namun kebelakangan ini, kekerapan kejadian semakin kerap sehingga satu kali serangan dalam setiap 2/3 hari.
6. Tapak tangannya.semakin basah.

Berdasarkan simptom yang saya perolehi saya terus menyoal tabiat permakanannya. Selepas mendapat data yang dikehendaki saya pun memberikan penjelasan 'Ahmad, engkau ni walau pun usia masih muda, jantung engkau sudah bermasalah. Punca masalah engkau ini

adalah kerana engkau kerap meminum Nescafe 3 in one. Nescafe adalah tidak baik dan merosak buah pinggang manakala krimer yang terdapat di dalam campuran ini sangat merosak jantung. Krimer ini bukan diperbuat dari susu tetapi adalah dibuat dari kelapa sawit (non dairy creamer)'

Selanjutnya saya menasihati Ahmad untuk melakukan perkara berikut untuk merawat jantungnya:

1. Elakkan dari meminum Nescafe yang merosak buah pinggang dan elakkan sama sekali apa jua jenis krimer yang dibuat dari selain susu (non dairy creamer)
2. Elakkan dari mengambil coffee mate kerana ia adalah non dairy creamer
3. Elakkan makan ais krim kerana mengandungi krimmer yang tinggi
4. Elakkan susu pekat manis yang mengandungi krimer dari selain susu.
5. Elakkan memakan sebarang makanan yang mengandungi margarine
6. Elakkan memakan burger, naget, kentang goreng, potato chip dan segala yang sewaktu dengannya
7. Elakkan mandi selepas makan
8. Amalkan amalan: Ambil segenggam kacang hijau, rendam dalam air kira-kira 10 minit,selepas itu rebus asal masak dan bukan rebus sehingga pecah tanpa membubuh garam. Selepas itu buang air rebusan dan makanlah kacang hijau ini dan amalkan amalan ini setiap hari.
9. Boleh beli jintan hitam dan makan setiap hari atau pun belilah yang sudah siap diproses atas nama habbatussauda
10. Amalkan makan sayuran pahit seperti kailan, peria, pegaga, daun ubi, pucuk betik, ulam-ulam dsbnya.
11.. Kurangkan makan nasi lemak terutama sekali nasi lemak di kedai kerana mereka mencampurkan minyak masak kepada nasi lemak agar nasi lemak ini kelihatan cantik berderai dan tidak melekat.

Kepada yang mulai menghadapi masalah dengan jantungnya atau yang sudah lama bermasalah jantung, bolehlah mengamalkan amalan di atas.

Sekian wassalam wallahuaqlam. _,

'sharing is caring.


komen sy: ohh! memang aku pernah kena lah… demam panas terus..dan ak terus kurang kan..tapi ketagih balik sebab nak tahan mengantok. tapi memang bahaya pun. so kawan-kawan sila jauhkan benda ini okeh!

p/s: jom minum coklat anlene..err.

…: Usagi Kechik :…

Tuesday, May 22, 2012

... SHARE: berkahwin atau tidak, sila baca ...

Rina sedang menyiapkan makan malam ketika aku tiba di rumah. Aku memegang tangannya dan berkata, “ Abang ada sesuatu nak beritahu”. Dia membisu dan dapat ku lihat keresahan di matanya.
Tiba-tiba lidahku kelu. Tapi aku nekad untuk memberitahunya. “Abang rasa kita sudah tidak serasi lagi. Kita cerai?”.Akhirnya, terlepas jua beban di dada. Tapi ku lihat Rina tenang dan dia hanya bertanya dengan lembut. “Mengapa bang? Apa salah saya?”. Giliran aku membisu dan ini menimbulkan kemarahan Rina. Air matanya mula menitis. Aku tahu dia mahukan jawapan tapi aku tiada jawapannya. Yang ku tahu, hatiku kini milik Tasya. Cintaku bukan pada Rina lagi.

Aku katakanya padanya yang dia boleh ambil rumah dan kereta apabila kami bercerai. Rina merenung wajahku.Pandangannya kosong. 10 tahun kami berkahwin tetapi malam ni kami umpama orang asing. Aku kasihankannya tetapi untuk berpatah balik tidak sesekali. Aku cintakan Tasya. Air matanya yang sekian tadi bertakung mula mengalir deras. Sudah ku jangka. Malah aku lega melihatnya menangis. Niatku untuk bercerai semakin jelas dan nyata.

Keesokannya, Rina mengatakan dia tidak mahu apa-apa dari penceraian kami melainkan tempoh 1 bulan. Dia meminta bahawa dalam satu bulan itu kami teruskan rutin harian kami seperti biasa sebagai suami isteri. Alasannya, anak kami bakal menduduki peperiksaan dalam masa sebulan lagi dan dia tidak mahu anak kami terganggu dengan penceraian kami. Aku bersetuju.

Kemudian Rina menyuruhku mengingat kembali saat aku mendukungnya ke bilik kami pada malam pertama kami. Dia meminta untuk tempoh sebulan ini, aku mendukungnya keluar dari bilik tidur kami ke pintu depan setiap pagi. Pada ku memang tidak masuk akal. Tetapi aku tetap bersetuju.

Aku memberitahu Tasya permintaan Rina. Dia ketawa dan hanya mengatakan ini semua kerja gila. Tidak kira apa muslihat Rina, dia tetap akan diceraikan. Aku hanya diam membatu.

Semenjak aku menimbulkan isu penceraian, kemesraan kami terus hilang. Hari pertama aku mendukungnya keluar, aku merasa kekok. Rina juga. Anak kami bertepuk tangan di belakang sambil ketawa dan berkata, “Ayah dukung ibu ya”. Kata-katanya amat menyentuh hatiku. Mata Rina bergenang dan dengan lembut dia memberitahuku agar jangan sampai anak kami tahu yang kami akan bercerai. Aku mengangguk setuju. Aku menurunkannya di muka pintu. Dan kami memandu berasingan ke tempat kerja.

Masuk hari kedua, hilang sedikit rasa kekok. Rina bersandar di dadaku. Dapat ku cium harumannya. Dapat ku lihat kedutan halus di wajahnya Aku sedar dia tidak muda lagi seperti dahulu. Ternyata perkahwinan kami memberi kesan kepadanya. Selama satu minit, aku tertanya-tanya apa yang telah aku lakukan.

Masuk hari keempat, aku dapat rasakan keintiman kami telah kembali. Tanpa sedar hatiku berkocak mengatakan mungkinkan cintaku masih padanya. Hari kelima dan keenam, aku menyedari keintiman kami mula bercambah kembali. Aku tidak memberitahu Tasya tentang perkara ini. Masuk hari-hari seterusnya, rutin ini jadi lebih mudah malah aku nantikannya setiap pagi.
 
Suatu pagi, Rina sedang memilih baju untuk dipakai. Katanya tiada yang sesuai. Dia mengeluh. “Semua baju saya besar”. Baru ku sedar, dia semakin kurus. Mungkin itu jugalah sebabnya aku semakin mudah mendukungnya. Tiba-tiba terlintas di fikiranku. Mungkin Rina sedang menyembunyikan keperitan hatinya lantaran sikapku selama ini. Tanda sedar aku merangkul tubuhnya dan membelai rambutnya.

Kemudian, muncul anak kami di muka pintu sambil berkata “ Ayah, cepat lah dukung ibu keluar”. Padanya, melihat aku mendukung keluar isteriku setiap pagi adalah rutin hariannya. Rina memanggil anak kami lalu memeluknya erat. Ku palingkan mukaku kerana takut aku sndiri mengubah fikiran di saat ini. Aku kemudian mendukungnya dan tangannya melingkari leherku. Tanpa sedar, ku eratkan rangkulanku. Dapat ku rasakan badannya sangat ringan.

Hari ini genap sebulan. Di muka pintu aku menggenggam tangannya dan berkata “ Abang tidak sedar yang selama ini kita kurang keintiman”. Aku terus melangkah ke kereta dan terus memandu ke pejabat. Sesampainya di pejabat, aku terus ke bilik Tasya. Sebaik pintu terbuka, aku masuk dan aku beritahu dia “Maaf Tasya. Saya tidak akan bercerai dengan Rina. Sekarang saya sedar saya masih cintakan dia”.

Muka Tasya berubah merah. Tapi ku kata jua,“Maaf Tasya. Saya dan Rina tidak akan bercerai. Perkahwinan kami membosankan mungkin kerana saya tidak menghargai apa yang kami ada dan kongsi selama ini, bukan kerana kami tidak lagi menyintai satu sama lain”. Tasya menjerit sekuat hati dan aku terus melangkah keluar.

Aku kembali ke kereta dan niat hatiku mahu pulang ke rumah dan memohon maaf dari Rina, isteriku. Aku singgah di sebuah kedai bunga untuk membeli sejambak tulip merah kesukaan Rina. Aku capai sekeping kad dan ku tulis, “Abang akan dukung Rina setiap pagi hingga maut memisahkan kita”.

Setibanya di rumah, aku terus berlari ke bilik kami dan mendapati Rina terbaring tenang di atas katil. Ku belai wajahnya sambil memanggil namanya tapi tiada sahutan. Rina kaku. Hatiku berdetak keras.
Kini Rina pergi untuk selamanya. Perpisahan yang ku pinta ternyata ditunaikan. Sekian lama Rina berperang dengan KANSER RAHIM tetapi aku begitu sibuk dengan Tasya untuk menyedarinya. Rina tahu bahawa dia akan mati tidak lama lagi dan dia mahu menyelamatkan aku daripada reaksi negatif dari anak kami, sekiranya kami tetap bercerai. Rina mahu sekurang-kurangnya di mata anak kami, aku adalah suami yang penyayang.

Perkara-perkara mudah dan ringkas yang anda lakukan bersama adalah yang sebenarnya penting dalam perkahwinan. Bukan banglo, kereta, harta, dan wang di bank. Semua itu hanya wujudkan persekitaran yang kondusif untuk kebahagiaan tetapi tidak dapat memberi kebahagiaan pada kita.
Jadi carilah masa untuk menjadi sahabat kepada isteri/suami anda dan lakukan perkara-perkara kecil untuk satu sama lain yang membina keintiman. Binalah kemanisan rumah tangga anda. Hargailah setiap pengorbanan pasangan anda.

komen dari aku: andai kita bercinta / ber-couple (sebelum kahwin) kita boleh menjadi seorang yang setia, kenapa tidak bila sudah kahwin tidak mampu bercinta seperti orang bercinta? jemukah jumpa hari-hari? kalau dulu bercinta sebelum, selalu minta jumpa hari-hari kan? 

RENUNG-RENUNGKAN~

nota: ini juga peringatan untuk aku!
..: Usagi Kechik :..

Sunday, May 20, 2012

... kau laki orang!! ...

Assalamulaikum!

aku mahu melepaskan geram okeh!

pehh!!! entry ini adalah kisah benar okeh.

tadi masa aku main game the sims kat FB kan. tetbe lak ada sorang mamat chat aku. die tuh sape??haihh! cerita zaman sekolah kot. dh nama pon cinta munyet..soo aku malaslah kan nak amik pusing. huhuhu~

okeh laa aku cerita die tuh sape.. suami orang,..die dlu ex ak selame 2bulan aje kot. bkn nye ak suka die pon. member ak lah ajar aku bercinta dulu. ehh! aku dulu hingus pun tak reti lap tau. even masa tuh aku umor 14thn. *okeh. aku tipu la yg ak tak reti lap hingus. umpama ajelah*

then die hint aku kt FB, before ni aku memg dh ignore..entah knp angin mlm aku ni baik lah pulakkan. so aku bls la sihat ajer. tapi pendek-pendeklah kan. cm budak malas nak cakap kan. tuh laa aku balas kot.

then tetibe die cakap, rindu pada ex-ex lama.

aku dah macam =___=" ape ke gile die ni kn dah kawin dan ada ank 1 pon. ape lg nak? knp nak rindu ex lak. so aku tak balas sbb itu bukan soalan utk aku kan.

then die balas lagi, bile nak kawin?

aku balas lah, insyaAllah tahun depan. then aku diam kan.

die tnye lagi, dengan siapa?

aku balaslah, ADALAH. means aku nak rahsialah kan..tapi die tak paham lak mangkuk ni kan..ciss!

dia ckp lagi, itupon nak rahsia-rahsia dengan kita..kita dah ada la..

aku diam aje. malas nak cakap pape kan..

then die balas lagi, dengan budak itu ke? jangan gado-gado tau. jaga die baik-baik tau.

aku macam =.="..so what? nak gado or tak itu my choice what! hang tuh dah kawin. so rindu bini hang depan mate tuh sudah laa kan.

GERAM GILE LAAAAAAAAAAA!

kalo nampak aku kat pasar tuh mule lah panggil nama aku kat pasar kuat-kuat..aku lak wat dunno ajelah..

WEHHH! MALU SEHH! korang tak malu ke??lantak aku laa nak layan ko ker tak kan? eee! tolong lah!!

tolong lah..terang-terang dah aku malas nak layan kan? so pls lah..aku respect wife ko even aku tak kenal sape wife ko. tapi aku malas lah nk cakap banyak kan. aku tak nak lah wife ko cakap bukan-bukan pasal aku kan..

just leave me alone lah kan.

dan tak payah lah ko nak rindu ex-ex ko sume bagai tuh. aku rasa ex ko yang lain pon tak nak kot rindu ko. tah pape..perangai tuh tak reti nak jage kot.

jauh-jauhkan lah aku dengan manusia cm ko, ikutkan hati nak aje aku remove ko jantan! gille laa! tapi tak apalah. aku sudah hide ko..ko selayaknye aku hidekan kan. nsb lah aku dah asingkan korang. so jangan ganggu aku plss!

nota: aku tengah hote gile ni!

… numb …

ada banyak benda aku nak luahkan. Tapi aku takut aku tak kuat dengar kritikan orang. 1st im not a good mother. Dan takkan jadi yang terbaik....