LAZADA

Friday, June 21, 2013

... aku juga begitu ...

life is not fair or human make it not fair.

aku ini tak punya apa apa. tiada pendidikan yang tinggi. tiada gaji yang tinggi.
tapi.
masih ada manusia yang cemburu pada aku tanpa alasan munasabah dan tak logik.

nak kata aku pandai, tak juga.
nak kata aku lawa, tak juga.
nak kata aku comel, tak juga. 

tahu tak bilamana orang cemburu akan aku, cepat cepat aku lari dari kenyataan itu.
cepat cepat aku menyorokkan diri aku di dalam gua. 
cepat cepat aku mendiamkan diri aku.

aku lihat diri aku di cermin.
mengapa orang dengki pada diri aku?
apakah aku manusia yang hina yang tak layak bahagia seperti orang lain?
tak bolehkah aku bahagia seperti dia, dia dan dia?

bilamana manusia menilai diri aku tanpa jumpa aku.
bilamana manusia marahkan aku tanpa bersuara dengan aku.
bilamana manusia menghina aku tanpa menjeling aku.

tanpa sempat aku ingin membicarakan diri aku, aku sudah dihukum pancung.

mati.
tanpa darah. 

mungkin aku manusia yang tak layak bersuara.
mungkin aku manusia yang hanya layak tinggal di tepi parit.
mungkin aku manusia yang hanya layak makan sisa makanan orang lain.

nampak tak, aku bukan manusia yang terkenal.
aku tak minta semua ini terjadi.
aku tak minta orang cemburukan aku.
aku tak minta aku dihukum tanpa diadili seadil adilnya.

tahu tak aku teringin juga bahagia seperti dia.
aku juga mahu bahagia bersama orang tersayang.
aku juga mahu punya keluarga bahagia seperti mereka.
aku juga mahu menjadi insan yang berguna.

tapi aku tahu.
seluas mana pun bumi ini.
aku tak layak berada di bumi ini.

kerna tempat aku hanya di tepi tepi parit.
elok di pandang hina.
elok disepak.
elok dicaci.

entah entah, kucing pun sudah punya rumah yang mewah.

tapi ingat lah satu sebelum adili diri aku tanpa rela aku.

"AKU MANUSIA YANG PUNYA HATI DAN PERASAAN SEPERTI KALIAN."

ya. aku juga begitu.

No comments:

... high cost for autisme kids ...

assalamualaikum.  dah lama tak menaip kan dan meluahkan perasaan kat sini, so this is the day i think i need to luahkan apa yang rasa.  aku ...