LAZADA

Monday, August 7, 2017

... Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Selangor ...

siapa anak jati selangor yang nak sambung belajar? jom laa sekarang sudah ada Biasiswa untuk anak jati selangor.


so siapa siapa yang nak sambung belajar boleh lah buat pinjaman di sini

meh aku share sikit syarat dia ye.
KEPUTUSAN PERMOHONAN BIASISWA SELANGORKU BIL. 1 TAHUN 2017 baru 1  
Program ini merupakan satu program Biasiswa khas untuk anak Selangor yang belajar di UNISEL dan KUIS dari luar bandar dan berpendapatan rendah.
Keutamaan juga diberikan kepada pelajar yang memperoleh pencapaian akademik yang baik. Seramai 110 pelajar daripada UNISEL dan KUIS telah ditawarkan Biasiswa ini untuk pengambilan pertama pada Mac 2016.
SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN
Syarat-Syarat PermohonanKeterangan
Kelahiran
Pemohon lahir di Negeri Selangor; atau
Ibu atau bapa lahir di Negeri Selangor; atau
Pemohon telah bermastautin lebih dari sebelas (11) tahun di Negeri Selangor dengan pengesahan daripada ADUN/ Penghulu/ Pengerusi JKKK/ Ketua Kampung.
Peringkat PengajianPemohon telah ditawarkan tempat untuk melanjutkan pengajian DIPLOMA atau IJAZAH SARJANA MUDA secara SEPENUH MASA di Universiti Selangor (UNISEL) dan Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) sahaja (pengajian secara jarak jauh (PJJ)/ luar kampus (PLK) tidak layak memohon)
PenajaanPemohon yang BELUM MENERIMA SEBARANG PENAJAAN dari lain-lain penaja 
Pencapaian AkademikPemohon yang memperoleh pencapaian akademik yang baik akan diberi keutamaan
Tahun PengajianPemohon BUKAN PELAJAR TAHUN AKHIR PENGAJIAN/ diberi tempoh pelanjutan pengajian.
Syarat Akademik
Peringkat PengajianKelayakan Akademik
Ijazah Sarjana Muda Pertama
Memperoleh kelayakan Sijil Tahun Asas/ Pra-Ijazah/ Matrikulasi/ Diploma dengan kelulusan PNGK/ CGPA 2.50 ke atas; atau
Memperoleh sekurang-kurangnya empat (4) Gred C dalam mana-mana mata pelajaran di peringkat STPM; atau
Memperoleh sekurang-kurangnya lima (5) kelulusan (jayyid) dalam mana-mana mata pelajaran di peringkat STAM.
Diploma
Memperoleh sekurang-kurangnya lima (5) kepujian dalam mana-mana mata pelajaran di peringkat SPM; atau
Memperoleh kelayakan Sijil dengan kelulusan PNGK/ CGPA 2.50 ke atas.
KADAR PEMBIAYAAN BIASISWA
1. Yuran Pengajian
Mengikut kadar sebenar yuran pengajian dan akan dibayar terus kepada pihak UNISEL/KUIS. 
2. Elaun Sara Diri
Elaun Sara Diri berjumlah RM600.00 sebulan yang akan dikreditkan terus ke akaun pelajar.
3. Permohonan
Permohonan dibuka bermula 19 Disember 2016 hingga 16 Januari 2017 sebelum jam 4.00 petang ke :
Lembaga Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Selangor
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Cawangan Biasiswa dan Pinjaman Pelajaran
Tingkat 3, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah 40503 Shah Alam,                              Selangor Darul Ehsan
 GOOD LUCK! jangan lupe share citer best ni kat orang tau. hehe.

No comments:

::: Setelah menerjah post sendiri :::

perhh!! bertahun sudah belog aku ni eh. from 2010. then aku kawen 2014. beranak pinak from 2015 until 2021. HHAHAH i have 4 ketoi anak. 1 bu...