Friday, August 18, 2017

... Resepi Pak Choy masak kurma cina ...


Pak Choy masak Kurma Cina
===========================

sesuai untuk ibu ibu yang menyusukan anak. kurma cina ni ada orang buat sebagai milkbooster. 
yang ni saya masak sukat sendiri. so yang terer masak boleh la campak campak. yang masih baru nak masak mohon ikut resepi orang yang terer. sis tak terer.

Bahan-bahan:
sayur pak choy
kurma cina 5-6 biji (belah dua)
bawang merah sebiji
bawang putih 3ulas
ikan bilis sikit (tak letak pun tak ada)
secawan kecil air
garam secukup rasa

cara memasak:
1. potong bawang merah dan putih. basuh ikan bilis.
2. panaskan minyak dalam kuali. bila minyak sudah panas, tumiskan bawang merah, bawang putih dan ikan bilis.
3. masukkan sayur pak choy secawan air serta kurma cina.
4. biarkan sehingga air mengelegak dan masukkan garam.
5. siap dihidang.

pastikan kurma cina dibelah ya. untuk kuah sayur itu rasa kurma cina.

terima kasih.

#silakanshare



1 comment:

galaksi viral said...

kurma cina? 1st time GV dengar. mmg unik. Pak choy mmg peberet GV. hihi.