Saturday, August 19, 2017

... RESEPI AYAM MASAK LEMON MADU PADUUUU ...

RESEPI AYAM MASAK LEMON MADU PADUUUU
=======================================
gitu paduuu nye haha. memang padu tau. terangkat lemon dan madu nye. eh rugi la masak kalau letak sikit sikit. nak masak jangan kedekut. hehe.
.
actually menu asal adalah milik blog Dapur tanpa sempadan. hakak ikut resepi dia sebab ringkas dan mudah faham. siapa nak masak rasa sedap bole google DAPUR TANPA SEMPADAN aka mat gebu.
.
btw saya masak ni ikut bahan kat dapur. ada kurang bahan iaitu tepung gandum. sepatutnya ayam tu kena goreng dengan tepung gandum tapi hakak masak ayam biasa saja. pun boleh!
.
diulangi ini bahan seperti hakak masak ya.
.
bahan bahan:
ayam
1inci halia (ni hakak potong aje)
garam secukup rasa
bahan sos:
1/4 cawan madu
1setengah biji lemon
(hiris kulit lemon, ambik kuning sahaja. lepastu perah lemon ye. ambil jus pula) - kulit lemon hiris halus ya.
bawang putih cincang halus
1 sudu tepung jagung dicampurkan ke dalam 1/4 cawan air (kacau sehingga sebati)
1 biji cili merah besar - buang biji dan didadu kecil
1/2 cawan air
garam
gula
.
cara memasak:
1. goreng ayam seperti biasa. (kalau nak goreng ayam dengan tepung jangan lupa salut telur dan ulit dengan tepung dan goreng sehingga keemasan ya)
2. panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bawang putih. masukkan madu dan lemon (jus dan kulit). kacau dan tuang air, biar mendidih.
3. masukkan garam dan gula secukup rasa
4. kecilkan api. masukkan tepung jagung yang ada air itu ke dalam kuali. kacau sehingga sos menjadi pekat. (rasa sos jika ok masukkan ayam dan cili merah)
5. bila sudah masak. boleh dihidang dan makan bersama keluarga.
Selamat mencuba
.
#silakanshare
#leanamasak


2 comments:

mamapp said...

Tgh lapar tgk Pula lauk ni. Sedapnya

galaksi viral said...

sedapnya lauk ayam ni... makan dengan sayur campur. sedap juga. hihi. Btw done follow blog akak ni. hihi.