LAZADA

Monday, September 30, 2013

... P.e.r.s.e.d.i.a.a.n ...

assalamualaikum~

preparing my somethings about my wedding.

oh no! 6 months from now!

NERVOUS!!

can someone CPR me? pheww~

okay. tonight and maybe tomorrow onwards, i have to prepare my things. All that i list it.

actually, all my list is mess up. I dont know what im doing.

DUH!

okay. please help me to think something that i can make it done by 10% or 5%?

1st thing 1st:

~bunga teloq maybe dlm 600. -otw
~hand bouquet - otw
~ kad kwen - next year
~mak andam - check
~kameramen -confirm later
~signature book - thinking
~kain ela utk backdrop mini pelamin -next year
~baju nikah -this saturday htr ke tailor
~kasut kwen -mne nak beli?
~doorgift -still thinking
~baju sanding + flower gurl -searching

for the moment benda ini penting.

oh! pasti korg tertanya mana pelamin kan? hurmm~ my mum akan sediakan utk aku. hihi~

love u mum!!

okay. wat masa ini. ini saja. later i will check.

CHECK!!


Thursday, September 26, 2013

... minyak naik dan dan dan preparation ...

minyak naik lagi? kes naik 20sen pun masih bahang dan minyak naik lagi?

sebab seludup ke negara jiran?

apalah nak jadi dengan politik malaysia ni? turunkan harga kereta pon tiada guna andai minyak naik saja.

yang aku marah bila minyak naik adalah semua barang saling kait. semua barang dalam Malaysia ni naik. agak agak laa.

ye. naik takat sepose duapolohsen memang tak ada hal. tapi kalo semua barang naik ia menjadi masalah!!

masalah besar!!

macam ni kais pagi pg pon belum tentu dapat makan pagi. kais pagi sampai malam pun belum tentu dapat makan kan.

nak kawin pun serba salah. yela. semua dalam dunia ni mencari rezeki untuk survive. kalao memasing tak naik harga macam mana mereka nak survive? macam mana?

yang makan gaji confirm confirm gaji tak naik naik kan? so? solution?

nak kawen dan barang semua naik. confirm lah dorang pakai duit yang kteorg upag dorang tuh utk dorg survive. duit mana lagi dorang nak cari?

fikirlah. nak kawal pun tengok semua tak kawal pun. konon lah! tipu aje!

lepastuh mulalah semua cakap salah perempuan sebab naikkn wang hantaran. pastuh semua salah perempuan. so kalau salah perempuan tak payah kawen. senang! muktamad! dan perempuan pon jangan jadi bodoh. maruah tuh jaga.

entah lah. nak kawen pon xtau cam mana. sebab nak berjimat pun dah tak tahu nak jimat macam mana lagi dah.

kami bukan sedara mara kecik. besar. pastuh kawan kawan semua makin rapat. tak semestinya yang dekat tuh sentiasa dekatkan?

memang marah sungguh! nak kawen menjadi susah sebab politik.

pergi lah orang orang kaya derma ka. bayar tax ke. g lah kawal rasuah sana tuh, pegilah tengok pembangunan tuh tak ada tipu anggaran siapkan bangunan kan. teruk nye!

pastuh rakyat jugak yang susah. dah susah aku nak survive nanti.

harga tanah makin melonjak naik. tak bole turun. mata wang asing makin turun. tak naik naik. minyak makin mahal.

malaysia aman? syukur lah malaysia aman kan? sebab tuh la kes ragut makin meningkat.

kalo ko org senang bole la citer. cer jadi susah cam orang lain. ko bole idop? confirm confirm mati awal.

semoga kalian idop aman di akhirat. perhitungan disana lebeh adil daripada di dunia.

 .

Wednesday, September 25, 2013

... takut tersilap ...

Astagfirullah.

Jauh jauhkan lah diri ini darinbend yang tak baik.
Aku takut.
Aku takut terlebih gurau membawa padah.

Apa yang patut aku lakukan?
Abaikan.

Aku tak mahu berlaku kesilapan. Aku tak mahu berdepan dengan kesusahan.

Hati bergetar.
Jiwa merana.
Sedih.
Sungguh.

Harapan aku tidak akan pijak jalan yang salah.
Harap aku sentiasa beringat.
Harap sangat.

Dunia ini realiti. Bukan fantasi.
Ingatlah.

Sent from Yahoo! Mail on Android

Monday, September 23, 2013

... kuasa jodoh ...

Hebat sangat kuasa jodoh kan. Semua benda rahsia. Dan we should be proud because it is a surprise.

Ada orang tanya aku pasal pertunangan aku. They are happy for me but mereka sedikit sedih bila ada orang kecewa.

Silap aku kah mengecewakan orang?
Ada manusia yanh memang ditakdirkan singgah dalam hati kita kan? Dia bukan ditakdirkan untuk tinggal di hati kita.

Diluar sana pasti ada saja pengalaman bertunang dengan orang lain tapi nikah dengan orang lain.

Itulah jodoh.

Pasti wujud kekecewaan.
Wujud kegembiraan.

Dalam dunia ini, Siapa yang tak pernah kecewa?
Different reason. But same meaning.

Salah manusiakah?

Just like movie dalam tv. *tak lah terpengaruh but that is what some people have the experience.*

Sesetengah orang sangat sangat bernasib baik. Cinta bertahun tahun dan mereka dapat berkahwin. Some people dont.

*di opis dan tgh fefeling*

Memang kita akan menyesal sebab kecewakan orang.
Tapi salah kita kah sebab tak pilih dia pada mulanya?
Salah kita juga sebab hadir dalam hidup dia.
Tapi bukan kita yang tentukan jodoh.

Mungkin jodoh dia hanya sekejap.
Mungkin jodoh dia hanya singgah.
Mungkin jodoh dia hanya lalu saja.

Siapa yang tahu?

Andai esok nak nikah but suddenly you feel like dia bukan jodoh kita, apa yang patut kita buat?
Larikan diri?

Andai lagi beberapa minit nak nikah dan rasa seperti dia bukan untul kita. Adakah kita akan malukan keluarga?

Jawapan aku, yakin pada Allah.

Cuma bila orang tanya tentang pertunangan aku. Aku menjadi kelu. Tak tahu nak terangkan macam mana. Semua orang boleh buat andaian.

Betul tak?

Sent from Yahoo! Mail on Android

Saturday, September 21, 2013

... STRESS!! ...

6 month from now!

and everybody keep say "alaa~ lama lagik."
and i was like =____________="

kalau duit tuh bole simpan, tak apa. sebab bila kita simpan pasti ada saja perkara kena setelkan. tetbe perkara baru muncul. so tak boleh nak menyimpan sangat.

pernah kena tak?

well. aku banyak kali. sebab duit yang kita simpan tuh bukan duit kita. duit kita adalah bila kita bersedekah. paham?

so better aku beli barang sedikit demi sedikit. atleast tak la kelam kabut nanti kan.
lepastuh, kalaulah duit datang sederap!!! aku tak ada hal. nih!!!!! duit pon susah nak kais tahu!

sampai 1 tahap aku tak tahan, aku nagis nagis kol tunang aku. dan nasib baik lah die pandai pujuk. atleast reda cikt hati.

oh my! setiap hari dok godek utube aje. cara buat bunga macam macam jenis. harapan semua menjadi. inshaAllah.

okeh. gua lapar. bye!


Thursday, September 12, 2013

... 31st August 2013 ...

alhamdulillah.

assalamualaikum all.

syukur kepada Allah yang selamat sudah selama 2 minggu menjadi tunangan orang. *yeke 2 minggu? hr ni 12 sept 2013. ye kan ajelah*

barang persiapan makan masa 2minggu sahaja. pelamin sume nye simple aje. kebanyakan barang pinjam pinjam. Alhamdulillah ada kawan yang nak pinjamkan barang. berjaya jugaklah majlis ini.

simple dan saya suka.

tapi.....

abah bebel sebab tak ada kemah. senarnye kan. aku memang taknak ada kemah. HAHAHAHHAH!

oke ada tatapan pelamin saya. 1 keping aje cukup lah ye.

oh. ini mini pelamin. yelahh. zaman sekarang kan ada mini pelamin kannn~ dah cam wajib
 gitu. oh ye! aku dirisik dan ditunangkan. hahha!

pihak lelaki nak sangat. so kami perempuan kena la ikut kan.

okah! pix for u all!


Tuesday, September 3, 2013

... merasa ...

Hati ni sebak betul. Aku lapar. Tapi aku tak ada selera nak makan. Apatah lagi dengan mate sebelah merah. Risau tentang semua benda.
Aku kena redha.
Aku kena pasrah.
Semua ini ketentuan Allah.
Dia sudah merancang semuanya.
Apa yang patut aku buat?
Aku takut.
Aku tak mahu keadaan semakin teruk.
Aku tak mahu.

Ya Allah. Tolonglah permudahkan semuanya. Aminn.

Sent from Yahoo! Mail on Android

::: Setelah menerjah post sendiri :::

perhh!! bertahun sudah belog aku ni eh. from 2010. then aku kawen 2014. beranak pinak from 2015 until 2021. HHAHAH i have 4 ketoi anak. 1 bu...