Wednesday, October 31, 2012

... WORDLESS WEDNESDAY: Holloween? ...

Pasan tak google sudah tukar gambar?
Hari ini kt luar negara sambut “Holloween”.

dan di television kartun confirm banyak kartun hantu.

Dulu sewaktu aku kanak-kanak, aku suka menonton kartun seperti ini. Macam Jack Skeleton dalam NBC dan Corps Bride.
Mereka yang pernah jadi budak “emo” and emo-kid tahulah kisah kartun ini.

Percaya jangan. Tengok boleh.
..: Usagi Kechik :..

Tuesday, October 30, 2012

... All about fingernails ...

As far back as 3,000 BC Chinese physicians studied their patients fingernails for telltale signs of illness.
Thousands of years later, American country doctors, tending to their patients in small towns and farm villages, routinely checked patients' eyes, the surface of the tongue, and the appearance of the fingernails.
Some knowledgeable practitioners still check these things, although most that do are doctors that practice holistic medicine.
Why did the ancients and the old-time country doctors take such an interest in their patients' fingernails?
Because the nails often signal the presence of serious internal diseases, many that could become life threatening if overlooked or left untreated.
.
Have you checked your nails lately?
It may seem like an a strange question, but actually it's not. The condition, strength, and color of your nails are good indicators of what's going on inside you that you can't see.
Holistic physicians analyze the nails and you can too, if you know what to look for when you check them. It's a good idea to check your nails periodically (at least several times a year) to get an early warning about anything that may be dangerous cropping up inside you.

Healthy nails
Healthy nails indicate a body that's likely to be healthy too. If your nails are thin, discolored, easily broken, have thick ridges, or the skin around the nails is discolored ot unnatural, further investigation is merited.
No matter the race, normal nails should be pinkish and have a lighter pinkish-white area near their base. Nails that don't appear like that are indicators that something is out of whack internally and a trip to the doctor may be in order.

The five most dangerous signs
Nails that exhibit one or more of these properties are warning signs. If your nails have any of these telltale qualities it may be a good idea to see a doctor for a check-up as soon as you can.

Clubbed nails are a very dangerous condition that warns of severe lung, bowel, or liver disease. If you notice your nails have skin that appears to have swollen, or the nails themselves have puffed out around your fingers seek medical help immediately.

Splitting nails appear to be flaking away and the condition is chronic. Although the nails are warning of a malady, it's not something that normally leads to death. Left untreated, however, illnesses signaled by splitting nails can become chronic, even severe. In most cases split nails result from ongoing malnutrition caused by poor diets, the beginning stages of psoriasis, or a significant lack of protein and possibly too little Vitamin C and folic acid in the diet.

Discolored nails are the most common nail discolorations all indicate moderate to sever illness. Many who suffer from hepatitis are unaware they carry the disease. Monitoring the nails provides a clue: if the nails are a milky white color it may be a sign of a liver disease, such as hepatitus. Other colors are clues to other ailments: nails with dark stripes near the base are a sign of congestive heart failure; red streaks mean a possible infection of the heart valve; lack of sufficient oxygenated blood makes nails appear blue, while green nails signal a likely bacteriological infection.
If your nails appear similar to the photo see a doctor
'Spoon' nails are another major warning sign of something going seriously wrong internally. Spoon nails are concave and curved upward, sometimes curved enough so they actually appear like tiny spoons. The condition is created by a number of possible illnesses such as advancing heart disease, anemia, thyroid disorders (commonly hypothyroidism), or a malfunctioning liver that soaks up too much free iron from the blood (a malady known as hemachromatosis).
Thickening nails are nails that appear abnormally thick. Eventually the nails begin appearing clawlike. A number of diseases are indicated by thick nails including lung diseases, fungal infections, the early stages of circulatory problems, and thyroid disease.
A thumbnail exhibiting prominent ridges
Other lesser conditions such as brittle nails (bacteria, thyroid, hormonal imbalances), pitted nails (insufficient zinc in the diet or psoriasis), and ridges (inflammatory arthritis or iron deficiency) should also be watched for all are early health warnings.
The body also signals problems in many other ways, that's why the ancient physicians and today's holistic medicine practitioners often check the eyes, tongue, and inner ears, some even take hair samples.
Yet, in the end, it's you the patient who's most responsible for your good health and maintaining it. Periodically checking your nails for early warnings of encroaching illnesses is another way to take charge of your body.

Monday, October 29, 2012

... Satukan Minda dan Hati ...

Maksudnya apa?

FOCUS.

Tumpukan sesuatu yang kita inginkan semoga kita dapat capai ia suatu hari nanti.

Minda dan hati manusia adalah berbeza jika kita tidak cuba satukan ia.

pernah tak alami yang anda inginkan sesuatu di hati tapi ia di luar batasan akal anda dan akhirnya ia tidak menjadi.

well.

its mean you out of your focus.

Set in mind. Siapkan kerja satu persatu. Jangan jadi manusia yang tamak haloba. Utamakan yang penting sahaja. And you will have your focus.

Mula-mula capaikan perkara yang agak suar untuk anda capai.

Use this chance wisely.

Remember. Focus with your brain and your heart.

Sunday, October 28, 2012

... Cinta sebelah tangan ...

Assalamualaikum...

Good night.


Pernah alami perasaan ini?
Pada si gadis comel atau jejaka kacak.
Pasti semua orang pernah merasa perasaan ini.

Apa yang menghalang kita untuk mengakui cinta kita? 
Jika ornag itu tiada kekasih atau masih single. 
Apa yang dinantikan. 
Grab the chance!
Only if you brave enough.

It is hard to admit something that's in your heart.

You stalk him/her.
You asked your friend about him/her.
You always dream about it.

The point is, you cannot let the feeling go.
Just let the feeling go away by itself.
It will be take a long time.
But we have to patient. 

Love someone that you don't know whether he/she likes you.
It is something that challange. 

I think so.


Saturday, October 20, 2012

... #TrueStory : Malaysian Drivers are Ego ...

Assalamualaikum dan have a good day peeps.

 how is your day? hope its great.

betul tak tajuk entry aku? sure kalian ramai yang setuju pasal ini kan?

susah nak cakap pasal sikap pemandu Malaysia yang berlagak cam die seorang sahaja yang bayar tol dan orang lain tidak. lebeh-lebeh lagi dengan manusia yang kereta besar maka dia pon berlagak gile kaya. dan kereta kecik tapi berlagak cam baawak kereta mahal. cehh!

dan paling tak suka adalah manusia yang PALING MALAS NAK BAGI SIGNAL!

wehh! mahai ka signal hang tuh? kena charge ke tiap kali guna? STUPIDO! lebeh-lebeh lagi kereta besar dan sport car. WTFishCAT!!!! hate it!

ada kawan opis aku pergi nepal dan bangla. tapi depa cakap di bangla mereka bawak kereta tiptop!

di sanakan mostly bawak basikal. so basikal lebeh berkuasa di jalan. so yg ada motokar harus berhati-hati semasa memandu. sangat-sangat tiptop akk opis aku cakap berbanding pemandu Malaysia yang bodoh seombong orang kate kan. *orang kata bukan saya kata*

entah la..kekadang tengah drivers sume seperti manusia yang tiada tamadun. memotong tak kira tempat. penting kan diri sendiri. asyik ingat diri sendiri nak cepat sahaja.

habis orang lain tak nak cepat ke? opkosss laa nak cepat jugak kan?

entah laa..susah nak cakap bnyak pasal drivers ni. sebab tuh laa Malaysia are rich with TRAFFIC LIGHT! hahahha! nescaya ramai orang luar negara cakap cm tuh.

negara yang kaya dengan traffic light. eeee! tah pape ajelah kan. eeee! sabar ajelah. elok-elok round about tapi ditukarkan ke traffice light!

wehh! lain kali kalo rse lambat kuar laa sebelum subuh! tahu!!! itu pon nk di ajar. huh!!!

 

Friday, October 19, 2012

... snow.walk ...

assalamualaikum!

14hb october aku ada pergi snow walk. wahhh! best nye!

with sape? sape lg kalo bukan ZJ. my lover! hahaha!

raya haji next week! and i tot nak jumpe parents die sebab aku sudah tiada kampung yang jauh kan. so ini lah masanya untuk aku bersedia.

tapi dia bizi. so sudah tiada mood. so tak payahlah aku tergedik-gedik mahu jumpa parents dia kalo orang sudah tak sudi mahu bawa kan?

buat apa aku mahu meminta-minta. sepatutnya dia sendiri boleh fikir waktu apa dan bila mahu bawa aku jumpa parents dia. ini tidak. aku meminta. huh!

tak pernah aku jumpa lelaki seperti ini. biasanya aku bercinta depa semua ajak aku jumpa parents dia. hinggakan aku tidak mahu sebab takut. haha!

dan inilah padahnya. so buat tak tahu sudah. tak perlu nak terhegeh-hegeh untuk jumpa parents dia jika tuan badan sendiri tidak mahu mengajak.

dan ya. hati aku sudah pudar untuk kahwin. better setelkan hal sendiri dahulu lagi bagusssss!


Friday, October 5, 2012

... sejarah islam disebalik 7 hari ...


Setiap hari pasti kita akan melalui semua keadaan, tidak kiralah kita suka atau tidak kerana kita akan tetap juga melaluinya dengan rasa rela atau tidak. Seperti yang semua tahu, ramai orang di luar sana yang tidak suka pada hari Isnin. Kenapa ?, persoalan itu seharusnya korang yang jawab sebab saya sendiri pun tak tahu kenapa mereka nie tak suka sangat pada hari tu. Mungkin ini salah satu jawapan yang boleh merungkai persoalan itu, kerana mereka bosan dan agak susah nak bangun awal pagi untuk bersiap-siap pergi ke sekolah atau kerja. Nak tahu sebabnya, sebab pada hari sebelumnya mereka dah rehat dan lambat nak bangun sebab itu kot... Hahahaha.. Sebenarnya bukan itu yang saya nak bagi tahu dekat korang semua.

Seminggu itu ada tujuh hari kesemuanya dan dalam tujuh hari itu terdapat hari Isnin, Selasa, Rabu, Khamis, Jumaat, Sabtu dan Ahad. Hebatnya Allah menjadikan semua hari-hari penuh bermakna. Nak tahu apa peristiwa-peristiwa yang terjadi pada hari-hari tersebut ? Jom kita review sama-sama...

Hari Isnin
Peristiwa-peristiwa yang terjadi pada hari ini ialah...
1. Naiknya Nabi Idris a.s ke langit..
2. Nabi Musa a.s berangkat ke bukit Thursina..
3. Rasulullah s.a.w dilahirkan..
4. Malaikat Jibril turun kepada Rasulullah s.a.w buat kali pertama.
5. Amal perbuatan umat Nabi Muhamad dilapurkan pada hari Isnin.
6. Hari wafatnya Junjungan mulia Nabi Muhamad s.a.w
7. Bukti keEsaan Allah diturunkan..."Qul huwallahu ahad"

Hari Selasa
1. Wafatnya Jurjis..
2. Nabi Yahya a.s wafat pada hari ini..
3. Nabi zakaria wafat pada hari ini juga..
4. Tukang sihir Firaun tewas dengan mukjizat Nabi Musa...
5. Asiah iaitu isteri kepada Firaun wafat pada hari ni..
6. Habil terbunuh hari selasa..

Hari Rabu
1. Allah menenggelamkan Qarun bersama keluarga dan harta kekayaanya ke dalam perut bumi..
2. Allah menghancurkan Firaun beserta semua pengikut2nya (kat laut itu)..
3. Allah menghancurkan raja Namruz bin Kan'an dengan memasukkan serangga ke dalam telinganya..
4. Allah menghancurkan kaum Nabi Saleh a.s..
5. Allah menghancurkan kaum Nabi Hud a.s dengan hembusan angin yang kuat..

Hari Khamis
1. Nabi Ibrahim bertemu dengan Raja mesir..
2. Saudara-saudara Nabi Yusof berjumpa dengan Nabi Yusof setelah mereka membuang dan mengasingkannya.. (masa ini, Yusof jadi raja mesir yang terkenal)..
3. Bunyamin iaitu saudara kecil Nabi Yusof datang ke mesir dan berjumpa dengan nabi Yusof..
4. Nabi Yaakub datang ke negeri Mesir juga...untuk bertemu anakandanya yang dirindui..
5. Nabi Musa a.s memasuki mesir pada hari khamis untuk mengajak firaun menyembah kepada Allah..
6. Rasululllah s.a.w memasuki kota mekah selepas perjanjian hudaibiyah...

Hari Jumaat
1. Pernikahan antara Adam dan hawa..
2. Pernikahan antara Yusof dan Zulaikha..
3. Pernikahan antara Nabi Musa a.s dan Shafura binti Nabi Syuaib a.s..
4. Pernikahan antara Rasulullah s.a.w dengan Khadijah Khuwailid..
5. Pernikahan antara Nabi Sulaiman a.s dengan Ratu Balqis dari negeri Sabar'..
6. Pernikahan antara Rasulullah s.a.w dengan Siti Aisyah binti Abu Bakar..
7. Pernikahan antara Ali bin Abi Talib r.a dengan Fatimah Az-Zahra..

Hari Sabtu
Hari ni pernah disebut oleh Rasulullah sebagai hari tipu daya...sebab..
1.Kaum Nabi Nuh membangkang kepada Nabinya..
2.Kaum Nabi Saleh mencabar nabinya dengan menyembelih unta yang diamanahkan kepada mereka..
3. Saudara-saudara Nabi Yusof mengkhianati Nabi Yusof dengan mencampakkannya ke dalam perigi di padang pasir..
4. Raja Firaun mencabar Nabi Musa..
5. Orang-orang yahudi mengkhianati dan menejar Nabi Isa a.s untuk membunuhnya. Lalu, Allah mengangkat Nabi Isa ke langit..
6. Orang-orang Quraisy menipu dan mencabar Nabi Muhamad di Darun Nadwah..
7. Kaum yahudi melanggar perintah Allah dengan menangkap ikan walaupun hari itu di larang mereka berbuat demikian..

Hari Ahad
1. Allah menjadikan neraka..
2. Allah mencipta bumi yang tujuh lapis..
3. Allah mencipta langit yang tujuh lapis..
4. Allah menjadikan 7 anggota adam..
5. Allah menjadikan bilangan hari yang tujuh..
6. Allah menjadikan bintang-bintang yang beredar..
7. Allah menjadikan lautan yang tujuh..
Sebagai umat Islam yang taat kepada-Nya kita seharusnya rasa bersyukur sebab Allah menjadi seminggu itu ada tujuh hari kesemuanya. Peristiwa-peristiwa yang berlaku di atas boleh menjadi ikhtibar kepada kita betapa Allah itu Maha Berkuasa terhadap setiap makhluk-Nya. Wassalam.....



Thursday, October 4, 2012

... Saya taknak kita jadi seperti "Somebody I used to know" ...

Awak. 
Kita kawan kan?
Awak tahu kita kawan. Bukan sahaja kawan biasa malah seorang sahabat pada saya.

Awak.
Kenapa awak bersedih?
Saya tahu awak bersedih kerana cinta awak tak kesampaian.
Saya tahu hati awak sudah dicincang dan dilumat oleh seorang lelaki.

Awak.
Saya tahu itu. Tapi awak membiarkan ia menguasai diri awak dan hati awak.

Awak.
Tolonglah jangan buta mata hati. Tolonglah awak.
Saya tahu awak sakit dan maafkan saya kerna tak mampu mengerti sebuah kesakitan kekecewaan itu.

Awak.
Saya minta maaf.

Awak.
Tolonglah jadi sahabat saya yang ceria semula.

Awak.
Awak mampu sebenarnya. Cuma awak takutkan sesuatu yang awak sendiri tak boleh nak terangkan.
Saya taknak faham semua itu.
Tapi saya harap awak akan jadi seorang yang ceria semula.

Awak.
Senyumlah.

..: Usagi Kechik :..

... 3 penawar hati yang gelisah ...




Suatu ketika seorang sahabat karib Rasulullah iaitu Ibnu Mas'ud didatangi seorang lelaki yang kelihatan dirundung duka nestapa . Lelaki ini berkata kepada Ibnu Mas'ud ,

" Saudara , berikanlah kepada ku satu nasihat yang dapat aku jadikan penawar untuk jiwa ku yang gelisah ini . Akhir - akhir ini jiwaku tidak begitu tenteram , jiwa ku sentiasa gelisah , fikiran ku juga selalu kusut , makan ku tidak kenyang , tidur ku tidak lena . "

Mendengar itu , Ibnu Mas'ud membalas ,

" Sekiranya itulah penyakit yang menimpamu , hendaklah kamu bawa hatimu mengunjungi tiga tempat ini :

PERTAMA , tempat orang membaca Al - Quran ;
sama ada kamu membacanya atau kamu sekadar memndengar orang lain membaca ayat suci .

KEDUA , majlis ilmu ;
yang dapat mengingatkan kamu kepada Allah .

KETIGA , carilah tempat dan waktu yang sesuai supaya kamu dapat beribadat kepada Allah dengan khusyuk dan tulus ikhlas . "

Demikian penawar hati gelisah ; kadangkala kita tidak tahu punca yang membawa hati resah . Tetapi sebenarnya itu kerana hati kita tidak diisi dengan sebaik - baiknya . Hati yang kosong , maka mudahlah syaitan masuk menyelinap .

Firman Allah ,
" Jika engkau dihasut oleh syaitan , maka mintalah pertolongan daripada Allah . Sesungguhnya Allah Maha Mendengar Lagi Maha Mengetahui . "
( Surah al - A'raf : 200 )



Tuesday, October 2, 2012

... Nenek sudah tiada (Part 2) ...

sambungan entry sebelum ini. Link sini!

tidur jam 3 pagi dan terjaga jam 6.30 pagi.

solat subuh dan bersiap dan jam 7pagi bertolak mencari kedai makan. sarapan pun tiada mood. lebih-lebih lagi mama.  Mama betul-betul tiada selera makan. entah apalah yang difikirkan mama itu. andailah aku leh baca. hurmm...

jam 7.30 bertolak dan sampai almost jam 8.30 pagi. jenazah nenek belum dimandikan maka sempatlah aku melihat arwah nenek lagi.

ramai yang datang ziarah. kalau bahasa jawa dipanggil, "Layat".

kawan-kawan adik aku dan kekasih adik aku juga datang ziarah.

siap mandikan, kapankan dan sembahyang kan. maka arwah dibawa dalam van jenazah ke tanah perkuburan. kalau tak silap waktu itu 12 tengahari. Matahari agak membahang tapi masing-masing mata tetap merah. lagi-lagi mak usu aku yang lebeh 10 tahun menjaga arwah. air mata die tak kering-kering. basah sahaja.

lubung kubur sudah pun digali. tinggal nak angkat jenazah aje. setelah jenazah di masukkan maka saudara aku ramai yang menimbuskan jenazah menutup lubang kubur. semua lelaki. pakwe adik aku pun ada tolong timbus lubang kubur itu.

saat itu aku terdetik, aku teringin jugak menimbus kubur arwah nenek aku. tapi aku perempuan, pasti mereka ingat aku main-main. sedangkan aku teringin juga mahu membantu mereka. teringin. saat ini aku teringin menjadi lelaki.

jika jadi lelaki boleh jadi iman semasa sembahyangkan untuk kedua orang tuaku satu hari nanti. ahh! angan tak sudah. merapu sudah aku.

jam 1 petang. Alhamdulillah selesai semuanya. kami singgah kubur atok. atuk sudah lama 'dijemput', tahun 2001.

dan habis ziarah kami pulang ke rumah arwah.

tahu taka perasaan bila masuk ke rumah arwah nenek.  terasa kosong. terasa seperti sudah tiada apa dalam rumah itu. terasa seperti kehilangan.

macam sudah tiada motif besar untuk aku balik ke kampung nanti. sudah tiada apa. semuanya kekosongan.

kosong.

malam ada tahlil. tapi tahlil saudara-saudara saja. sebab makcik-makcik dan pakcik-pakcik semua minta orang surau buat tahlil juga.

jam 1030malam kami balik.  abah sudah kepenatan kerna tak cukup tido. aku, adik dan mama juga begitu. sepanjang perjalanan balik, masing-masing melayan perasaan sendiri. diam. membisu saja kami.

sesampai dirumah, kami basuh muka dan terus masuk rumah, beg pakaian ditinggalkan saja dalam kereta. masing-masing amat penat. tak larat.

sampai rumah jam 1130 malam. balik basuh muka, mandi solat isyak dan terus tido. tapi seperti biasa sebelum tido pasti aku over thinking. entah apa yang aku fikirkan aku tak tahu.

48jam. jumaat dan sabtu. tido 4jam saja. kamis malam jumaat aku tido jam 1 pagi. jumaat kerja. then jumaat malam sabtu tido jam 3 pg. memang ternyata 4jam saja. sakit kepala bila di oagi ahad.

apapun Alhamdulillah semuanya selamat. Rindu Arwah nenek. aku percaya mama pon rindukan arwah nenek.

sudah. tidak mahu menangis lagi. cukuplah.

THE END.

Monday, October 1, 2012

... Nenek sudah tiada (part 1)...

Last Friday 28 september 2012. Nenek sudah menghembuskan nafas terakhir die. Aku tak sure sama ada sebelum asar atau selepas asar. Tapi yang pasti famili aku dapat tahu nenek sudah tiada pada jam 21.51. masa itu aku melihat jam dan tengah main twitter dengan kawan-kawan aku. Tapi aku dengar hp abah berbunyi dengan nyaring dan agak lama kerna mereka di dapur lambat angkat.

Dan 5 minit selepas itu, akak aku buka pintu bilik aku dengan wajah menangis dan berkata, “nana, nenek dah tak ada.”

Dan aku terus, “WHAT! Innalillah. Bile”. Akak aku cakap baru. Tapi bila abah confirm kat sana, rupanya sudah 4 jam nenek menghembuskan nafas terakhir dia.

1st aku terfikir mama. Kecian mama. Sampai hati mereka buat mama macam ini. Aku tidak faham kenapa mereka sungguh bencikan mama.

Then aku terfikir adik aku di politeknik behrang. She should know about this so I text her. Dia kol rumah tapi tiada orang angkat. Aku hanya sunggul di atas katil. Buntu. Terdiam.

Nenek itulah satu-satunya nenek yang anggap aku cucu die. Nenek lagi satu itu pilih kasih. So tidak berapa rapat. Tapi nenek ini sungguh baik. Aku suka. Aku sayang nenek ini lebih.

Kami adik beradik membisu. Then my sis di behrang kol abah dan akk no 1 aku mara kerna gtau adik aku itu. Aku tak paham kenapa nak mara aku pasal gtau adik aku kes ini.

Then suddenly adik bongsu aku masuk bilik dan cakap, “kita g behrang amik Mimi”. Dengan pantas aku bersiap ala kadar. Dan mama cakap pastuh singgah rumah arwah nenek.

Nenek.

Kul 10lebih malam kami bertolak ke behrang. Then jam 12 kami sampai behrang dan terus ke sungai buloh. Then kami sampai sg buloh almost jam 1pagi.

Aku buntu. Hanya mampu melihat nenek. Makcik-makcik aku semuanya membaca Al-Quran dan Yassin. Mama juga join mereka.

Aku hanya merenung tengok nenek. Tengok sahaja sekujur tubuh yang kaku itu. Aku amati dan teliti. Tiba-tiba aku tengok nenek seperti masih bernafas. Almost nak menjerit dan cakap kt mereka yang nenek masih hidup. Tapi cepat-cepat aku mengucap. Aku kena terima hakikat yang Allah lebih menyayangi nenek.

Bila aku termenung lagi. Aku nampak seperti nenek bernafas. Lagi sekali. Maka aku buat keputusan untuk tunduk sahaja. Tak mampu merenung tubuh kaku itu lama-lama. Makin aku memandang, makin laju air mata aku mengalir.

Depan mama tiada air mata yang mengalir. Tapi wajah mama amat-amat merah. Menangis.

Jam kul 2pagi dan kami bertolak balik. Sampai rumah jam 3pg. dan aku basuh muka dan terus tidur.
Sebenarnya tak boleh tido tapi aku paksakan diri aku juga. Dan akhirnya terlena tanpa sedar.


..: Usagi Kechik :..

... Sahabat Sekolah ...

Di opis yg bizi ini aku tetap juga mengambil kesempatan nak menaip sebuah kisah ini.

Aku rindukan kawan sekolah aku. Ana, Nisa dan Wawa. Sudah lama berkawan dengan mereka. Rindukan mereka yang memahami sikap aku yg kebudak-budakan tapi matang.

Dorang cakap aku ni penceria dan perfection. Kira kalo mahu buat event pasti aku yang kena anjurkan event itu. Oh! Sanga t berat tugas itu tapi aku bahagia kerna ia menjadikan. Sebab itulah kawan aku suka aku yang anjurkan event. Sebab aku pasti mahu ia menjadi walaupun sorang ahli tiada.

So jangan sentap sudah.

Aku pernah termenung depan mereka dan diam depan mereka. Bila aku berbuat demikian, dorang akan tegur dan cakap, “ko kenapa? Ko jangan pendam sangat. Bahaya.”
So aku senyum. Dorang tahu kisah cinta aku. Dgn ex aku, buddy dan ZJ. Dorang tahu kisah cinta 3 segi aku. Dorang tahu aku susah nak pilih suami. Kerna semuanya baik sangat-sangat.

Ada yang suruh amik ZJ as husben. Ada yang suruh amik buddy sbg husben. Ada yang suruh wat solat isthikarah.

Sudah lama tak melepak minum until midnight. Sudah lama tak pergi mandi manda bersama. Sudah lama tak main bowling bersama.

Rindukan dorang yang memahami sikap aku dan perasaan aku. Rindukan dorang yang sentiasa gila-gila walaupun ada bf. Haha!

Tapi masa mencemburui kami. Masa dengki dengan kami. Dorang sibuk mencari rezeki. Dorang sibuk mengejar dunia kerana mahu kawin.

Dan aku pasrah dengan semuanya. Apa boleh buat. Jodoh mereka sudah sampai. Maka aku doakan yang terbaik untuk mereka.

Miss u guys! Miss u guys a lot! Nanti aku plan cara untuk kita hang out! Harap kalian ada masa!


..:Usagi Kechik :..

Usagi Sailor Moon - Link Select

❦❦❦❦❦❦❦❦❦❦

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...