Thursday, October 4, 2012

... Saya taknak kita jadi seperti "Somebody I used to know" ...

Awak. 
Kita kawan kan?
Awak tahu kita kawan. Bukan sahaja kawan biasa malah seorang sahabat pada saya.

Awak.
Kenapa awak bersedih?
Saya tahu awak bersedih kerana cinta awak tak kesampaian.
Saya tahu hati awak sudah dicincang dan dilumat oleh seorang lelaki.

Awak.
Saya tahu itu. Tapi awak membiarkan ia menguasai diri awak dan hati awak.

Awak.
Tolonglah jangan buta mata hati. Tolonglah awak.
Saya tahu awak sakit dan maafkan saya kerna tak mampu mengerti sebuah kesakitan kekecewaan itu.

Awak.
Saya minta maaf.

Awak.
Tolonglah jadi sahabat saya yang ceria semula.

Awak.
Awak mampu sebenarnya. Cuma awak takutkan sesuatu yang awak sendiri tak boleh nak terangkan.
Saya taknak faham semua itu.
Tapi saya harap awak akan jadi seorang yang ceria semula.

Awak.
Senyumlah.

..: Usagi Kechik :..

No comments: