Friday, June 15, 2012

... New Boss AGAIN? ...

Assalamualaikum!

sudah lama kot ak tak hapdate entry baru ni. kebizian keje menjadi-jadi kot. haih! coming June and new car and naik pangkat, sesuatu yang mengejutkan tapi bersyukur kerna Allah bagi kite rezeki kan? aminn.

dalam masa tak sampai 6 bulan pas boss pertama aku berenti kan. aku sudah ditukarkan bos sebanyak DUA kali. tajuk entry cam banyak kali kan?haha! tapi masalahnya tak sampai 6 bulan okeh. awal March bos pertama aku resign. sekarang kan June so TIGA bulan aje??

gila ahh! company aku ni. chooi! memang buat mood aku langsung tak meriah okeh! hate it! sepatutnta aku resign aje kot. environment baru laa besh kan? hahaha! orang lain ditukarkan bos dalam masa 6 bulan selepas. aku? hampeh punya atasan. ceh!

aku agak sedikit trauma bila dapat bos lelaki melayu. haha! sebab aku sememangnya tak selesa okeh. aku ada satu kisah di mana ia berlaku di kilang previous aku keje. ada exec ni. department aku laa kan. dia dah kawin dan ada 3 or 4 orang anak kan, then aku hormat dia as seorang abang yang dah kawin la kan.

tapi ku sangka kan tengahari hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari. Exec tuh GATAL!!! die boleh pulak nak rapat-rapat dengan aku pastuh nak sentuh-sentuh aku! oh please! geli okeh! pastuh kan dia sentuh telinga aku!! aku dah la pakai tudung kan. memang la nampak bentuk telinga kan sebab aku pakai anak tudung half. aku tak selesa if telinga tak kuar kan. *orang pekak sedikit memang cam ni kan* die sentuh telinga aku tuh kan, aku menjerit, lintang pukang dia lari. teruk kan?

then ni bila aku ada bos lelaki melayu, dan dia tuh memang sedikit gatal kan, but i still kena hormat dia la kan as boss aku kan, so aku pun okeh la. tak die tak gatal kot. hope so. maybe dia cume mesra aje kot.haha! *think positif ni*

dulu bos aku cina aje pon. ada la sorang bos melayu aku ni. ex-bos la.die masuk department aku kan, aku sorang aje kerani. suma nak bagi aku kerja gile melambak. then bos aku yang hired aku mule-mule tuh akn, dia pon cakap ape tah kat bos melayu aku tuh, terus bos melayu aku tak banyak minta tolong kat aku.

majoriti bos aku cina. yang sekarang ni perempuan cina. dan minggu depan bos melayu lelaki. hurmm.. aku ni masa kecik-kecik dengan perempuan aje until my age 9month, baru abah balik dari jepun. siapa iqomat pon atok yang buat. abah tengah keje kot masa tuh. habis mama pantang, abah terbang g jepun. lepas tuh after 7 month (aku 9month) baru abah balik. cer pikiaq, tak ke mase tuh aku dah kenal mama dan kakak-kakak aku aje! perempuan okeh!

until dah besar kedabaq ni aku kurang mesra dengan abah. still dengan mama. but kalo nak beli barang kan, haha! abah laa jadi mangsa. haha! thats is my life yang penuh dengan kepelikan. pelik ke? tak kan? ada lagi human lain lagi pelik dari aku.

so means, aku kureng selesa berkawan dengan lelaki sangat. kawan lelaki aku satu aje. bercinta pon ni baru ke-2 sepanjang umur aku 23 tahun. *belum genap*

well itulah kisah aku dan bos baru. eleh! bos baru ke? bos lama kot. dia kena transfer aje kot.heh!

k laa. sudah magrib.

TTFN!

No comments: