LAZADA

Thursday, April 12, 2012

... orang mukmin yang kuat lebih dikasihi Allah SWT...

Assalamulaikum...

sumber dari SINI!

baca dan berfikirlah. selamat beramal!

Maksud Hadith :
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: "Orang mukmin yang kuat lebih baik di sisi Allah dan lebih dikasihi daripada orang mukmin yang lemah, sedangkan setiap seorang itu mempunyai kebaikannya (imannya) ; oleh itu hendaklah engkau bersungguh-sungguh berusaha memperoleh apa yang memberi manfaat kepadamu, serta hendaklah meminta pertolongan kepada Allah dan janganlah engkau bersikap segan dan malas; dan sekiranya engkau ditimpa sesuatu maka janganlah engkau berkata :" Kalaulah aku lakukan itu ini, tentulah akan terjadi begitu begini, tetapi katalah :" Allah telah takdirkan, dan apa yang dikehendaki oleh kebijaksanaan- Nya Ia lakukan, kerana perkataan 'kalau' itu membuka jalan kepada hasutan syaitan. " (Riwayat Muslim)

Huraian
Pengajaran hadith:

i) Setiap mukmin itu mempunyai tingkat imannya yang tertentu di mana ada yang kuat semangatnya, ilmunya dan kuat pula berusaha untuk mendapatkan kebaikan dalam hidup; manakala setengah yang lain pula adalah sebaliknya.

ii) Seharusnya kita berusaha bersungguh-sungguh dalam mencapai sesuatu di samping meminta pertolongan daripada Allah S.W.T supaya dengan ihsan-Nya Allah memberi taufik dan menjayakan segala usaha yang dilakukan itu kerana manusia walau sebijak mana dan sekuat mana pun ia, tetap berhajat kepada pertolongan dan pimpinan daripada Allah S.W.T.

iii) Demikian juga kita tidak sepatutnya bersikap malas dan malu untuk bekerja serta hanya memasang angan-angan bahawa Allah akan menyampaikan hajat kita dengan alasan Allah itu Maha Berkuasa sedangkan Allah sendiri telah menjelaskan bahawa sesuatu yang boleh diusahakan oleh manusia tidak akan berhasil melainkan setelah diusahakan sebab atau jalan untuk mencapainya.

iv) Sekiranya sesuatu usaha yang dibuat itu ditakdirkan menemui kegagalan maka kita selaku umat Islam dikehendaki menghadapinya dengan perasaan redha, tenang tenteram kerana hal tersebut pasti mengandungi hikmahnya yang tersendiri yang hanya diketahui oleh Allah.

v) Janganlah sekali-kali disebut perkataan 'kalau' jika mengalami kerugian atau kekecewaan kerana ia akan membuka jalan kepada hasutan syaitan yang akan menjadikan seseorang itu gelisah, marah, tidak redha kepada takdir dan ketentuan Allah Yang Maha Esa.

nota: aku selalu cakap "kalau". siyesly! sampaikan kekasih aku cakap "boleh tak stop cakap KALAU. what happen it just will happen. if u dont want in future ut become true. just dont do it!" dan aku terus diam. now i know. its just syaitan yang hasut kite.

3 comments:

kay_are said...

memang setuju sangat r.. pape hal pun mule2 kne usaha dulu.. dah tu baru doa + tawakkal.. kalau belum usaha terus tawakkal je.. memang tak kemane r.. pasal kalau tu pun baru tau takleh sebut sangat rupanye.. ish ish.. selalu gak sebut dulu..

eita said...

setan memang keje dia menghasut..

Anonymous said...

hai nana. hehe betol gak. aku pn kdg2 sebut jugak kalau tu. nampak mcm kita tak redha kan.. huhu lpas ni kena elakkan la. kekekek

aku xleh komen blog ko guna chrome. buka je error, buka je error, sampai skrg dari aritu lagi..

ni aku guna mozilla baru boleh. huk3.

aku malas nak log in guna google. kekeke.

-fatin :)

::: Setelah menerjah post sendiri :::

perhh!! bertahun sudah belog aku ni eh. from 2010. then aku kawen 2014. beranak pinak from 2015 until 2021. HHAHAH i have 4 ketoi anak. 1 bu...