Saturday, December 31, 2011

... no more Father at my office! ...

Assalamualaikum.

yesterday is last day my father at opis. nak tahu tak yang aku dahulu ada 4 orang bos!!! sume manager dan aku sahaja kerani yang tinggal!!!!!!!!oh my!!!

tapi tidak menjadi masalah sebab aku menjadi sesukaan kerna aku membuat sume kerja mereka dengan sempurna sekali!!! hihihihihi~

okay marilah aku ceritakn kedudukan mereka.

1. DADDY die adalah GM depatment aku!! nama die Rich Cerini!!huhuhu~ Hi Boss!!err. ex-boss. tapi tak apalah. he always be my boss! oh boss aku ni dari USA. besh pulak ak speaking hari-hari walaupun gagap2 kan.huhuhu~

2. PAPA. dia lak manager project! nme die Kelvin. huhuhu~dia lak sgt2 baik. huhu. bagi aku angpau dan duit raya dan belanja nasi lemak every month dan kekdg belanje lunch! thanks boss!!!

3. FATHER! ini yang dah berenti semlm. smlm 30hb dec 2011 adalah last day die kt opis!!sedeh tau aku rasa. huhuhu~ oh nme die VICTOR. dlu kan aku nages masa aku mula-mula masuk sebab die tak yakin dengan kebolehan aku tapi bile die dah nampak aku ni hardworking and so die pon ok dah dgn aku. penh sekali die backup aku dpn customer!huhuhu~ besh kan dpt bos cm ni? die pnh ckp kan, "KALAU ADA ORG MARA U, GTAU SY, NT SY MARA ORG TUH. KAMI BOSS2 U PON X PNH MARA U.". besh tak cm tuh???huhuhu~ memg x pnh kne mara laa..

4. AYAH! ni melayu nme die Azlan. huhu~ tapi die dah tukar department lain tapi aku still lagi kekadg tlg die lah kan sebab kalo die dtg dpn die mntk tlg aku je.huhuhu~


well skrg aku di opis tinggal Papa dgn Ayah aje lah dan seorg abg engineer. hurmm. cume aku takut daddy akan tinggalkan aku juga. takut la. yela bukan ape kan sebab nanti aku tkaut kedudukan aku dengan abg engineer tak kukuh dan bila papa tgglkan kami maka kami sudah tida HOD dan kami terpaksa bawa diri berenti keje dan keje tempat lain.huhuhu~

tapi harap murah rezeki. aku diberi tugas yang dimana aku boleh bawak laa kan. senang antre ada boss o tak itu tak penting sebab kerja aku lebeh memerlukan aku, kan kan kan??

well itu ajelah cerita aku. aku nak tido dah. tatatat!! thanks for reading lah! sori xde gambo!

Sunday, December 25, 2011

... sungguh rindu ...

Assalamualaikum....

kalian yang membaca ini sihat? aku sihat alhamdulillah walaupun adik2 ak demam dan tidur disebelah aku. aku ada banyak cerita nak menceritakan tapi aku banyak luahkan di notapad lappy atau mic word yang ada. bukan mengapa. ini sebab aku malas mahu on9. oh abaikan saja sebab nya. terlalu personal untuk aku luahkan disini.

sungguh pon aku rindu untuk men'sharing' cerita aku pada kalian. tapi akan datang pasti aku ada banyak cerita kan? oh kalian usah rindukan aku. tiada info yang menarik dari aku. sesungguhnya aku memang kaki novel.

cuma sekarang aku kebizian di dunia realistik aku. yela. mahu mengumpul duit mahu beli kereta dan kahwin dalam waktu yang sama. dengan gaji yang tidak capai 1,5k mampukah aku berbuat demikian. oh buntu! dengan jodoh yang menjadi persoalan berlegar-legar dalam kepala lagi membuat aku pening dengan dunia kau sendiri. benci kan bila semua menjadi tanda tanya? oh! mengapalah aku mengeluh. berdosa sungguh!

seseungguhnya ini ujian bagi kerna aku telah membuat banyak dosa. ya dosa yang tak terhingga. harap aku diampuan Allah Taala. amin...

kalian, jagalah diri kalian baik-baik, sesungguhnya kalian ada yang membaca belog aku ini. maaplah kerna aku tidak melawat tanah kalian, kerna aku dalam kecundangan di dunia sendiri. nanti bila ada kesempatan, aku akan singgah nanti. syg kalian semua.*percaya jelah!hihihi*

terima kasih kerna sudi menjejakkan kaki di tanah aku ini yang tidak seberapa. terima kasih.

selamat bercuti dan moga anda berjaya dalam hidop. amin!!

Monday, December 12, 2011

... Selangor Cuti!!! ...

Assalamualaikum!

today is 12.12.2011 kan? yesterday adalah Besday Sultan Selangor kan. DAULAT TUANKU! well! i love my Sultan. hihi~ kan kan kan!

sebenarnya aku agak kecian kt sultan. harap post ini tidak menjadi isu besar oke. ini cuma luahan, andai ada terislap sume harap dimaafkan dan dibetulkan.

baiklah aku mulakan.

semalam pagi masa aku tengah bekpes aku baca paper di meja tulis bapak aku. fuhhyooo! bapak aku ada meja tulis. tapi ak ada meja mekup.hahahaha! disitukan ada paper so aku selak-selak sehelai demi sehelai untuk baca la. tapi mood aku baca paper bukan disiang hari, hanya pada waktu malam. so aku hanya baca tajuk beso2 pastuh aku tengok gambo-gambo seperti hp, kamera dan lappy and others la kan. ihihihih~

nak dipendekkan cerita tetibe aku nampak lah wajah SUltan Selangor yang kacak. cume aku agak sedih melihat die bukanlah FULL PAGE! tapi dia hanya HALF 1 PAGE! paham-paham la kan. pastuh black and white.

kenapa macam itu? SUltan negeri lain boleh pulak letak 1 page o 2 page dan siap warne kuning la tuh!!!

mungkin Sultan Selangor suruh save bajet kot. mungkin. so the right tjhing is think positif la kan.

mungkin la kan. tapi tidak mengapalah harap Sultan panjang umur. aminn!

dan hari ni aku cuti kul 9 pagi lak tetibe terasa nak g Broga lagikan. mendaki. pehh! hebat kalo lepaskan geram ni, tapi memandangkan noon sangat dah ni tak mengapalah. aku pergi ke Bagan Lalang lah kejap lg kan. ehh! petang nanti. huhuh~ mahu tangkap gambo kan. wahh! harap pemandangan cantek dan tak ujan. aminn~!

wait my picture if aku rajin nak tnjuk gambo la..ihihihi~

TTFN!

Wednesday, December 7, 2011

... elok ke membuat fitnah? ...

Assaalamualaikum.

okay aku hari ini nak citer pasal orang-orang belog ini suka bebenau buat cerita. aku ingat kan melodi je HOT HOT HOT. rupenye belog nih lagi HOT!!

okay aku sudah hampir seminggu la dapat emel pasal SYELLA KAMARUDDIN TUH. aku pon tak la kenal beliau. dia pon bukanlah sedara aku ke hape ke. tak ada lah. cuma sama-samalah kita kurang kan fitnah sesama islam.

ramai manusia yang nak tahu sangat-sangat siapa husband Syella ni kan? sampai ada yang buat fitnah yang husben Syella tuh Tan Sri Musa. Astagfirullah. korang ni. tak ada kerja lain ke? kornag ni press ke?

kalau di surat khabar dan majalah dok sibuk nak lakukan jualan dengan citer-citer sensasi. kat belog pon same! aishh!

sebenarnye kan aku tak kisah la sape2 pon husben Syella ni. suka hati depa laa nak 15juta ringgit ke. bape2 ke. dorang tak minta kornag duit kan? tak payah la nak amik tahu sape husben die. wat dosa kering aje dok fitnah kan? ape teka-teka tuh bukan fitnah ke? ehh! oleh sebab korang cakap mula-mula syak husben die tuh Tan Sri Musa tuh, bole merobohkan masjid orang lain tau.

Perlu ke tahu sape husben Syella? cukup laa die dah gtau yang dia dah kawen. memang la kenduri tuh perlu diumumkan. tapi kalo dah desak suh orang menceritakan benda yang dorang tak nak cerita, tuh jangan la memaksa. dorang baru kahwin. dah korang dok serbu.

ehh! aku yang baca kisah Syella ni pon naik rimas tau. ciss! tak pasal-pasal aku yang baca emel pasal ni pon dapat dosa tau. aku tak forwardkan emel-emel tuh. malas! benda tak ada faedah langsung! cam S**T!! tau tak?!!

aku bukanlah nak bekup si Syella ni. lagi pun dia ada salah gak. membuka aurat. tak mau la cakap tuh pasal dosa die kan. tapi die tak patut seksi. kan dia wanita. pastuh membelanjakan yang banyak kan dalam islam tidak digalakkan. pasal pengumuman kan cukuplah kalau dia nak ajak yang terdekat. lepas tuh kat luar sana bila orang tanya dah kawin ke belum, cakap ajelah dah. ape susah. xnak ngaku tanggung la dosa sendiri.

aku kecian kat korang yang dok sibuk kain org. kain sendiri tak sedar. kita ni umat akhir zaman, udah-udahlah dosa tau memaksa org tuh. cer la paksa Syella tuh tutup aurat. kan best cikit. aku rasa tak dosa kot. *err? tak kan? memaksa orang menutup aurat?*

rimas tol ak dapat emel pasal syella ni. cer la emel kt aku activity shaheizy sam. bole la ak tgk depa dok shooting. hahahha! kan kan kan?

sama-samalah kita renungkan benda ini. doakan la meke laki bini bahagia hingga akhir zaman, amin!! dan moga Syella tutup aurat. amin! aku nak nasihat depa panjang-panjang pon bkn depa kenal aku. huhu~ just doakan untuk awak as sesama islam.

p/s: jika aku ada kesilapan kata di post ini, sila betulkan. *peace no war!*

Saturday, December 3, 2011

... anda di mata orang lain ...

Suatu hari seorang penceramah terkenal membuka seminarnya dengan cara yang unik.
Sambil memegang wang RM100, dia bertanya kepada hadirin,

?Siapa yang nak duit ini??.

Kelihatan ramai penonton angkat tangan menunjukkan ramai yang minat.

?Saya akan berikan ini kepada salah seorang dari anda , tapi sebelumnya perkenankanlah saya buat ni dulu.?


Dia berdiri mendekati hadirin. Wang itu diramas-ramas dengan tangannya
sehingga renyuk.
Lalu bertanya lagi,

?Siapa yang masih mahu duit ini??
Jumlah tangan yang mengangkat tak berkurang.

?Baiklah,? jawabnya,

?Apa jadinya bila saya melakukan ini??

Ujarnya sambil menjatuhkan wang itu ke lantai & melenyek-lenyekkan dgn
kasutnya. Meski masih utuh, kini wang itu jadi amat kotor,lusuh dan amat
renyuk.

"OK, sekarang masih ada yang berminat??.
Tangan-tangan yang angkat ke atas masih tetap banyak.

Hadirin sekalian, Anda baru saja menghadapi sebuah pelajaran penting.
Apapun yang terjadi dengan wang ini, anda masih berminat kerana apa yang
saya lakukan tidak akan mengurangi nilainya.

Biarpun renyuk,lusuh dan kotor, wang ini tetap bernilai RM100 juga..

Dalam kehidupan ini, kita pernah beberapa kali terjatuh, terkoyak, dan
dipenuhi kotoran akibat keputusan yang kita buat & situasi yang menerpa
kita dalam sesuatu keadaan dahulu.

Dalam keadaan seperti itu, kita merasa tak berharga, tak bererti.
Padahal apapun yang telah & akan terjadi, anda tidak pernah akan
kehilangan nilai di mata mereka yang mencintai anda, lebih-lebih lagi di
mata Tuhan.

Jadi walau bagaimana kotor pun anda, kita masih mempunyai nilai yang
tersendiri. Sayangilah diri anda, bertaubat jika membuat dosa, terus
berusaha jika gagal kerana diri kita sebenarnya amat berharga.

Dan jangan terlupa kita adalah makhluk Allah yang di pandang sama, hanya
iman dan takwa yang membezakan kita...



... Minum Ketika Makan Tidak Baik Untuk Kesihatan ...

Mumbai: Kebanyakan orang semasa makan biasaanya diselangi dengan minum kononnya untuk membantu makanan mudah tertelan ke dalam tenggorok atau kerana haus. Sesungguhnya perlakuan ini tidak baik bagi tubuh kerana minum semasa makan menyebabkan gangguan proses pencernaan perut.
Berdasarkan sebuah kajian, amalam makan sambil minum itu juga menyebabkan peningkatan insulin yang dapat mengikat lebih banyak lemak di dalam tubuh.
Mr Shonali Sabherwal, ahli makrobiotik dari India, mengatakan, "kebanyakan orang minum sambil makan. Teorinya adalah bahawa hal itu membuat makanan turun lebih cepat. Sebenarnya mereka tidak tahu tabiat itu amat buruk bagi tubuh dan sistem pencernaan mereka."



Perut memiliki kemampuan untuk tahu bila akan makan dengan menghantar isyarat lapar ke otak lalu segera melepaskan cairan pencernaan. Jika kita makan lalu minum air pada masa yang sama, air itu telah mengikis cairan pencernaan yang telah dilepaskan untuk mencerna makanan. Akhirnya ia akan menghalang kerja sistem pencernaan. Air yang diminum semasa makan akan diserap oleh dinding perut. Penyerapan ini akan terus terjadi sehingga cairan pencernaan tertumpu untuk memulakan mencerna makanan.



Oleh sebab cairan penghadaman telah bercampur dengan air, kepekatan bahan kini menjadi lebih tebal daripada kandungan makanan dalam perut. Ia menyebabkan cecair gastrik yang kurang dirembeskan untuk mencerna makanan. Hasilnya, makanan tidak dicerna akan masuk ke dalam sistem kerana diserap oleh dinding perut. Ini akan menyebabkan refluks asid dan membakar jantung (haba sensasi di dada), "kata Shonali.

Minum semasa makan juga boleh membawa kepada meningkatkan tahap insulin. Lebih banyak insulin dilepaskan dalam aliran darah, badan yang lebih cenderung untuk menyimpan lemak.

Untuk mengelakkan banyak minum semasa makan, Shonali memberi beberapa nasihat, antara lain, jangan makan makanan yang terlalu masin atau boleh menyebabkan dahaga dan boleh membuat anda makan banyak, dan cubalah makan secara perlahan-lahan. (medicmagic)


... petua masakan ...

MELEMBUTKAN CUCUR :

Apa kata anda cuba cara ini jika inginkan cucur yang lembut setelah dimasak? Apa yang anda perlukan adalah bancuh tepung cucur dengan air suam. Kemudian goreng seperti biasa. Pasti rasa cucur akan berasa lembut walaupun setelah ia menjadi sejuk.



MENGHILANGKAN PAHIT PERIA :

Peria kaya dengan khasiat untuk tubuh anda. Namun rasa peria sememangnya pahit membuatkan ramai yang tidak mengemarinya.

Untuk menghilangkan rasa pahit peria itu, potong peria dan rendam didalam air berisi garam halus selama 25 minit. Tapiskan airnya dan masaklah peria tadi mengikut resipi anda.



MENGURANGKAN BAU HAMIS KAMBING :

Untuk mengurangkan bau masakan daging kambing cubalah petua berikut.

Setelah menghiris daging kambing, lumurkan dengan sedikit tepung gandum dan biarkan selama 15 minit. Kemudian bersihkan dan perahkan dengan sedikit jus limau kasturi atau lemon. Biarkan 30 minit dan bilas. Tapis dan toskan air basuhan.



MEMBERSIHKAN SIPUT SEDUT :

Jika anda menghadapi masalah untuk membersihkan siput sedut, petua berikut mungkin berguna bagi anda.

Ambil sebekas hampas kelapa, gaulkan siput sedut yang masih hidup itu dan biarkan semalaman. Esoknya barulah anda mengerat bahagian hujung cengkerang siput sebelum dimasak. Dengan cara ini bau lumpur dari siput itu akan hilang, malah bertambah rasa lemaknya apabila dimasak.


... pizza hut dulu dan sekarang ...

assalamualaikum.

pizza. sedap tak makan piza? lagi-lagi ada perisa baru tuh kan? cheese yang mencurah-curah. hahah!

senarnye hari kamis malam ak ada belanja adik2 dan parents aku makna pizza kan. pastuh kan. bapak aku citer la perbezaan pizza dahulu dan sekarang.

kalau dahulu pizza makan mushroom dew tuh kan men amik sendiri aje. bayar memang kena bayar tapi boleh ambil sendiri. pastuh leh tambah-tambah.

pastuh next nyew lak ada lak makanan salad dan buah-buahan campur dengan mayonis. tuh pon boleh ambil sendiri. besh kot.

then, dah xleh ambil sendiri. pastuh salad tuh pon dah xleh ambil. hanya dalam order sahaja boleh diambil. but still ambil sendiri time tuh.

then sekarang. aku rasa salad tuh dah tak ada dalam set pizza kan? kalo nak salad tuh kena add-on kan? pastuh mushroom dew tuh lak dah tak pekat cam dahulu. huhuhu~

bezakan dahulu dengan sekarang. banyak beza. kalau dahulu bapa aku selalu bawak anak-anaknye makan piza. tapi sekarang dah tak. sebab mahal. pastuh cam pizza sekarang kedekut. pizza nak makin nipias. mushroom nak makian cair.

tapi aku tak tau la sama ada sebab si pembuat atau pizza takut rugi. tah la..

harap owner pizza tak mara aku komen ni. just nak bandingkan sahaja.

tq!

nota: maaf lah aku agak malas nak upload gambo kan. sebab gambo masih dalam handphone kan. huhuhu~~

❦❦❦❦❦❦❦❦❦❦

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...