Saturday, October 8, 2011

... takut bayang-bayang sendiri? ...

assalamualaikum.

pernah tak tengok manusia tiada bayang-bayang?

ada? pernah?

okay. itu semua dalam movie kan? tapi jangan lak kau akan bilang yang itu semua tidak wujud. kau pernah tengok cerita "PENDAMPING"? cerita seram Ahmad Idham dan pelakonnya Amy Mastura.

kalau sudah tengok. baguslah. pasti kalian akan faham apa yang aku mahu terangkan ini.  kan dalam cerita itu dimana Ahmad Idham tidak percaya pada hantu. makanya kawan dia, *sapa ek nama die?lupe dah.* menasihatkan dia yang benda itu memang wujud. aku suka ayat kawan dia yang simple.

"ko boleh nampak udara?tak boleh kan?dan kita pon tak boleh nampak Allah kan? tapi kita tahu yang Allah itu wujudkan?"

so, as we know yang semua benda wujud. dan bayang-bayang juga wujud. dia ada dalam diri kita. ia akan muncul bila ada cahayakan.

aku kan ada satu ketakutan. takut pada bayang-bayang sendiri. hinggakan aku tidak mahu jalan di bawah cahaya. aku sanggup berteduh hingga cahaya itu hilang.

tapi

sampai bila aku harus bersikap demikian?

aku cuba menerima semua yang terjadi. tapi kenapa aku masih takut? aku harap aku tabah dan bole menerima semua benda ini. tapi entah la. makan masa untuk aku menjadi orang lain kan.

manusia yang takut dengan bayang-bayang sendiri adalah manusia yang tidak boleh menerima hakikat kan?

ya. aku mengaku aku sebegitu. tapi aku tiada kekuatan untuk menjadi seorang yang tabah kan. tiada siapa yang mahu membantu aku.

itu yang membuatkan aku berasa sedih.

aku akan cuba minta pertolongan daripada Allah SWT. moga Dia membantu aku menghadapi bayang-bayang aku sendiri.

bayang-bayang bukahlah musuh. tapi aku sentiasa kata ia musuh aku. takut pada diri sendiri?

ya itu aku.

2 comments:

~cAhAyA kEmUL!aAn~ said...

nana nape??
lame xbce blog ko sbb xbole bukak klau by fon..huhu

☻UsaGi NaNa☻ said...

tak ada ape. huhuh