Monday, August 22, 2011

... mati batuk tercekik hanya kerana puasa ...

assalamualaikum.

sekarang cuaca memang tidak menentukan? habislah! musim penyakit semua sudah berkeliaran mencari mangsa untuk dijadikan rumah tumpangan. kn?kan?kan? dan mangsa itu termasuk aku yang sudah seminggu mengalami batuk di tangga tanpa diduga.

jumaat lepas 19hb ogos kan. aku tak puasa. bukan sebab saja gatal menggedix la kan. sebab aku batuk tersedak. perh! memang best kan? kul 2.40 petang aku dah buka puasa. hurmm.. malasnya nak ganti. tapi ganti puasa itu wajib bagi yang berkemampuan.

sebenarnya aku bukan nak buat cerita siapa yang mati tercekik sebab batuk ni. belum ada lagipon kisah ini. tapi ini kisah aku yang hampir-hampir kot mati tercekik batuk tersedak. *besh nye ayat.hihi.* 

kul 2.30 petang kot, aku tahan batuk aku. sebab bila aku batuk dia keluar batuk gatal seperti uhuk. uhuk. ala! pesal lak batuk gatal? pesal tak batuk cam cari gaduh kan cm dalam tv tuh kan. then aku tahan tetiba aku batuk tersedak sampai kepala aku cam perit. then aku 1kali batuk aku semacam. kali ke 2 aku dah cam nak muntah. dah nak naik batuk ke 3 aku berlari ke toilet dan aku dengar bos aku cakap, "pergi minum air!" hihi.


oke ini citer dalam toilet. aku batuk sampai nak muntah tapi tiada apa yang keluar dan aku menangis-nangis sebab batuk aku tak henti-henti. aku cuba tahan tapi tak boleh. semakin kuat batuk itu. dan makin sakit tekak dan dada dan kepala aku ni. bila batuk reda sedikit, maka aku jumpa recipsionist dan cuba bercakap dengan dia terbnyata suara aku seperti Tam Spider atau Ella. ROCK! haha! tapi sakit tekak tak payah cakap la kan. but batuk itu still batuk sakit teka dan kepala dan dada. hinggakan kawan kerja aku suruh aku pergi minum. keluar masuk bilik je, nasib bos memahami.

sebelum minum, aku tanya sorang akak nih pasal batuk tak henti, then dia cakap bettert pergi buka puasa sebelum mudarat dan boleh bawak maut. sebab batuk tersedak kena la minum air kan kasi ilang itu batuk.

so aku jalan ke dalam pantry, ada auntie bancuh kopi dalam tuh. aku mencari cawan dan tuang air tapi belum minum. batuk still tak reda but semakin kuat. tapi aku tahan. hinggakan auntie tuh cakap, "eh! minum sajalah. nanti lagi teruk, tak apa. u punya Tuhan tak akan mara. dia paham." nak tak nak aku minum la. perh! masa minum kan air tuh lalu tekak, punyalah sakit perit. suara tetap ilang. still tak bole cakap banyak kan. alang-alang sudah buka, better g minum 2 cawan kan?haha!

masuk dalam bilik, bos aku tanya lak soalan pasal keje, bila aku jawap dengan suara kejap ada dan kejap ilang dan serak-serak, bos aku cakap, "tuh la hari-hari pergi karoke." huhu! bos aku memang suka buat lawak. aish! then dorang suh aku g klinik. andai akak aku tidak mengambil kereta hari itu, sudah aku pergi klinik dan dapat MC. wee~ bos memang baik kan. huhu~

then aku jumpa kawan aku dan aku citer lah pasal aku batuk tersedak, depa p cakap, "Perhh!! kalau ko mati tercekik tuh. confirm mati syahid sebab nak puasa kan?" (=__=)"

member aku memang suka cam itu kan?aiish!

well tambah la lagi hari aku tak puasa. nanti kena ganti,wuwuwuwuwu~
sekarang aku dah makan ubat. tapi bukan ubat dari klinik, aku beli kat 7e je. breacol jee. huhu. malas lah nak jumpa doktor kan? kalo kacak tak apa juga. wee~

pengajaran: puasa andai mampu, puasa tidak emmudarat kan. andai anda sakit dan mudarat, sila buka puasa. dan jangan jadi cam aku yang malas ini. huhu~

No comments: