...batas-batas dalam berhias...

assalamualaikum...
dan selamat sejahtera..hihihi...

hah...x lame lg nk raya kn?pasti yg gurl sibuk cari barang2 make up...*termasuk la aku*.hahhha...*abaikan*..hihhi...

nih ada batas2 dlm berhias...so sblm nk make up kne la taw pntang larang nye dlm islam...tidak digalakkn dan yg mne 1 halal dan haram...ok pe kn...kite org islam..memg la sume nk canteq...tp bia canteq di hati...luar buruk pon xpe..hahhah...jgn la kome ikut buruk cm org giler x mndi berbulan2...tuh pengotor....mksd aku is...kemas...menjaga kekemasan diri...bj tuh jgn la nk pkai kodot2...gosok la dlu br pkai...xkesah la bj t-shirt ke..heii...aku gosok taw t-shirt aku..hahhha....(sori..sy da sengal..hahaha)....

baiklah..xnk melalut lebeh...jom la bc...

Hadith : 
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:”Allah mengutuk wanita yang bertatu atau minta ditatu, wanita yang mencukur alis dan mereka yang meminta dicukur alis mereka, wanita yang membentuk giginya agar kelihatan cantik dan mereka yang mengubah ciptaan Allah.” 
 
Riwayat Ibnu Mas’ud
 
Huraian
 
i) Maksud mengubah ciptaan Allah s.w.t. ialah membuat perubahan pada ciptaan Allah S.W.T yang telah sempurna secara pandangan umum dan adat atas dasar tidak berpuas hati dengan anugerah itu, bukan kerana memperbaiki atau memulihkan kecacatan.
 
ii) Mencabut bulu kening yang merupakan anugerah dan ciptaan Allah S.W.T. yang sempurna dan membuat atau melukis bulu kening yang baharu selepas itu agar menepati cita rasa sendiri supaya kelihatan lebih cantik, menawan dan bergaya adalah perbuatan yang haram di sisi Islam.
 
iii) Jika perbuatan mencabut bulu kening itu disebabkan ia tumbuh berselerak dan tidak kemas yang amat teruk, maka hal ini tidaklah termasuk dalam erti kata mengubah ciptaan Allah S.W.T. Lagipun jika yang dicabut itu hanyalah yang berselerak dan bukan termasuk bulu yang dipanggil kening serta tidak membuat lukisan semula terhadapnya. Ini dilakukan atas dasar menjaga kekemasan diri bukan kerana tidak puas hati dengan ciptaan Allah S.W.T kerana Allah S.W.T itu cantik dan sukakan kecantikan.
 
iv) Hanya rawatan ke atas penyakit yang tidak boleh sembuh dengan sendirinya sahaja yang diharuskan seperti memasang gigi palsu di tempat gigi yang rongak (bukan mematahkan gigi dan menggantikannya dengan yang lain), mengatur susunan gigi yang tidak tersusun (tapi bukan mengasah atau mengikir), memakai ubat supaya rambut tumbuh di tempat yang botak (bukan memakai rambut palsu), memakai ubat untuk membuang jeragat pada kulit (bukan membuat pembedahan plastik atau memakai bahan kimia untuk menukar warna kulit), memakai inai, syampu atau gel pada rambut atau janggut supaya lebih segar dan terurus (bukan mewarnakannya dengan cat atau spray) dan sebagainya sebagai perbezaan antara merawat/menjaga keaslian ciptaan Allah S.W.T dengan mengubah ciptaan-Nya di mana merawat/menjaga itu adalah HARUS manakala mengubahnya adalah HARAM.
 *aku ingt kn ratakn gg xleh..mksd aku pkai braces..hihi..aku da la pkai braces..hihihi...*
v) Diri manusia dan segala makhluk di alam ini adalah hak mutlak Allah S.W.T, Oleh itu kita hendaklah mematuhi segala hukum dan kehendak agama dengan baik. Janganlah tertipu dan terpengaruh dengan tabiat orang yang suka menurut hawa nafsunya disebabkan sikap tidak bersyukur dan tidak berpuas hati dengan ciptaan dan anugerah Allah di mana sikap ini sebenarnya merupakan sikap yang diwarisi daripada syaitan.


4 komen disini!:

hamzah ian said...

wa.. nice infoo.. tenkiu2.

☻UsaGi NaNa☻ said...

hihihi..sme2....

Fello Ariza said...

owhh.. ingatkan dl gne pndakap gigi 2 x leh..huhu

☻UsaGi NaNa☻ said...

boleh la...juz kalo sblm nk pkai tuh gg nye di rosak kn dgn sengaja..tuh aje..uhuhuhu~

✍ ✎ ✏ ✐✑✒

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

♛ the writter ♛

My photo
❤ the stories came from ME! ❤
Usagi Sailor Moon - Link Select

... My Tweet ...

♥ kawan belog ♥

SAYS.my Blog