Wednesday, April 14, 2010

sajak

Dalam mata memandang
Kebesaran dimana-mana
Tiada dapat dikira

Dalam telinga mendengar
Tidak terlindung sebutir jua
Zahir mahu sembunyi

Dalam hati mencinta
Penuh kasih sayang sejati
Terpelihara dalam Dzat dan Sifat

Dalam lafaz berkata
Cintailah sebuah Cinta
Berbalut iman kasih abadi

Dalam jiwa Dikau-lah rahsia
Terdakap erat tidak terpisah
Hidup mati bersama

Dalam sakit penuh nikmat
Hebat derita terasa dekat
Ikhlas dalam redha dan rahmat

Duhai Kekasih tambatan diri
Aku mukhlis serah segala
Insan fakir lemah dan hina
Mengharap dakap sinar kepulangan
Menanti dan merindu
Hingga sampai waktu
Pasti

Wajah ku suaraku
Hidup mahu matiku
Pandangan pendengaranku
Ilmu meski kemahuanku
Tiada nyata selain hakMu

Sungguh cintaku hanyalah Dikau
Tiada dua tiada tiga
Tiada dosa tiada dusta
Meski terseksa
Meski diseksa
Rela
Tiada paksa

Maafkan aku duhai Kekasih
Terlena akal dan fikiran
Dunia nan sementara
Sekadar sepagi sepetang sahaja

2 comments:

NOOR FATIN said...

waaa..wat sndiri ke?

UsaGi NaNa said...

byk la ko...org bg ak email..org tersyg..hikss~~